Drama Korea kini merupakan tontonan yang sangat digemari ramai. Drama Korea yang berjaya menarik perhatian penonton biasanya berjaya meraih rating yang sangat tinggi.
Biasanya seseorang akan menonton sebuah drama Korea dengan menjadikan rating sebagai faktor penentu. Apabila rating drama tersebut tinggi, bererti drama tersebut juga memiliki kualiti yang bagus. Begitu juga sebaliknya.
Namun, terdapat beberapa buah drama dengan rating rendah dan underrated sebenarnya memiliki kualiti yang sangat bagus. Berikut dibawah ini adalah 7 buah pilihan drama Korea dengan rating rendah yang mempunyai kualiti yang bagus dan jalan cerita yang sangat menarik.
1. Time
Time merupakan drama yang dibintangi oleh KIm Jung Hyun dan Seohyun SNSD. Mengangkat genre misteri romantik, drama ini mengisahkan tentang usaha untuk mengungkap insiden kematian saudara perempuan serta ibunya. Soo Ho (Kim Jung Hyun) merupakan CEO sebuah restoran dan juga anak lelaki yang menjalankan perniagaan besar W. Bukan hanya itu, dia juga yang menyebabkan kehidupan JI Hyun (Seohyun) hancur lebur. Soo Ho berharap dia boleh memutar balik waktu untuk Ji Hyun.
2. You Are My Spring
Kang Da Jeong (Seo Hyun Jin) tinggal di sebuah rumah penginapan di Gangneung ketika masih kecil. Kini dia bekerja di sebuah hotel dan berpindah tempat tinggal ke bangunan Gudu. Dia kemudian terlibat dalam kes pembunuhan bersama jirannya, Ju Young Do (Kim Dong Wook).
Young Do bekerja sebagai pakar psikiatri untuk membantu orang yang ingin bunuh diri supaya dapat semangat hidup kembali. Dia mudah mengerti perasaan orang lain yang terluka, walau dia juga sunyi dan tidak pernah ditemani sesiapa pun. Bagaimana kisah mereka seterusnya?
3. The One and Only
Sejak kecil, Pyo In Sook (Ahn Eun Jin) sudah dijaga oleh neneknya. Menjalani hidup yang sukar, dia bekerja di rumah mandi untuk menggosok tubuh pelanggannya. Hingga suatu hari dia mendapat berita bahawa keadaan kesihatannya makin memburuk dan dia tidak memiliki banyak waktu lagi untuk hidup.
Ketika menjalani rawatan, dia bertemu dengan Se Yeong (Gang Ye Won) dan Mi Do (Joy Red Velvet) di hospital khas untuk wanita. Woo Cheon (Kim Kyung Nam) terlibat dalam sebuah kes pembunuhan yang mengubah hidupnya.
4. My Liberation Notes
My Liberation Notes merupakan drama yang menceritakan mengenai liku-liku kehidupan yang dialami oleh tiga bersaudara iaitu Yeon Chang Hee (Lee Min Ki), Yeom Mi Jeong (Kim Ji Won), dan Yeom Gi Jeong (Lee El). Mereka tinggal di pinggiran Seoul dan masing-masing mempunyai masalah sendiri.
Kisah mereka bertiga semakin rumit sepas kehadiran Mr. Gu (Son Seok Gu), seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di tempat mereka. Dia selalu mabuk-mabuk dan membuatkan ketiga-tiga beradik itu tertanya-tanya tentang lelaki itu.
5. Abyss
Ko Se Young merupakan pendakwa raya cantik dan sangat mahir dalam pekerjaannya. Kerana sebuah benda misteri yang dikenali sebagai Abyss, dia tiba-tiba memiliki penampilan baru (Park Bo Young). Sedangkan Cha Min merupakan pewaris syarikat kosmetik yang bijak namun tidak menarik dari segi penampilan. Sama seperti Se Young, penampilannya juga berubah menjadi tampan (Ahn Hyo Seop). Bagaimanakah mereka akan meneruskan hidup dengan keadaan fizikal yang jauh berbeza tersebut?
6. Tempted
Mengisahkan tentang seorang remaja kaya raya, Kwon Shi Hyun (Woo Do Hwan) yang merupakan pewaris syarikat besar di Korea Selatan. Dia bersahabat dengan Choi Soo Ji (Moon Ga Young) dan Lee Seo Joo (Kim Min Jae). Semasa Soo Ji baru sahaja mengakhiri hubungan dengan bekas kekasihnya, dia meluapkan segala sakit hatinya kepada Shi Hyun.
Dia meminta Shi Hyun untuk menggoda teman lelaki bekas kekasihnya Eun Tae Hee (Joy Red Velvet) hingga terpikat, selepas Shi Hyun perlu meninggalkannya. Ternyata Seo Joo juga jatuh hati dengan Soo Ji. Bagaimanakah seterusnya hubungan mereka?
7. Rain or Shine
Lee Gang Do (Junho) menaruh impian untuk menjadi pemain bola sepak, namun sebuah kemalangan mengakhiri impiannya sekaligus merampas ayahnya. Kini dia hidup penuh kekosongan dan hanya mensia-siakan hari-harinya. Hingga pada suatu hari dia bertemu dengan Ha Moon Soo (Won Jin A).
Tidak jauh berbeza dengan Gang Do, Moon So juga terlibat dalam sebuah kemalangan hingga meragut nyawa adiknya. Dia menderita dan dipenuhi rasa bersalah kerana hanya dirinya sahaja yang terselamat. Apabila mereka saling bertemu, adakah mereka dapat menyembuhkan luka antara satu sama lain?
Drama yang mendapat rating yang rendah dan underrated tidak semestinya tidak menarik. Kadang kala drama-drama ini kurang mendapat sambutan kerana ditayangkan pada waktu yang sama-sama dengan drama-drama yang lebih popular. Bagaimana? Adakah anda tertarik untuk menonton drama-drama di atas?