Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Tayang Jun 2024 Nanti! The Player 2: Master of...

5 Drama Korea Tayang Jun 2024 Nanti! The Player 2: Master of Swindlers Paling Ditunggu

0

Bulan Jun 2024 bakal menjelang. Beberapa buah drama Korea terbaru dengan jalan cerita yang menarik bakal menemani anda pada bulan Jun ini.

Para peminat drama Korea pasti sudah tidak sabar untuk menonton aksi dan lakonan para pelakon kesayangan. Berbagai-bagai genre drama akan memanjakan anda.

Berikut dibawah ini adalah 5 buah drama Korea yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2024, tidak lama lagi.

 

1. The Player 2: Master Of Swindlers

Drama koreaThe Player 2: Master Of Swindlers akan ditayangkan pada 3 Jun 2024. Drama Korea yang membawa genre aksi ini boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa di Korea Selatan di saluran tvN. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon terkenal di antaranya ialah Song Seung Heon, Lee Si Un, Tae Won Seock, dan juga Jang Gyu Ri.

Dipetik dari Allkpop, drama The Player 2: Master Of Swindlers mengisahkan tentang seorang penipu, penggodam, ahli petarung yang handal, dan pemandu kereta bekerja sama untuk mencuri wang haram dari orang kaya. Kumpulan dinamik ini menggunakan kepakaran unik mereka untuk membahagikan semula kekayaan. Siri ini merupakan sekuel dari drama rompakan tahun 2018 ‘The Player’ yang meneruskan pengembaraan berisiko tinggi.

 

2. Hierarchy

554fef1c 13d0 4774 87af 3f42843f1808Hierarchy bakal muncul di platform streaming Netflix pada 7 Jun 2024 nanti. Drama Korea ini diarahkan oleh Bae Hyun Jin dan ditulis oleh Chu Hye Mi. Drama Hierarchy dibintangi oleh Roh Jeong Eui, Lee Chae Min, Kim Jae Won, Ji Hye Won dan juga Lee Won Jung. Hierarchy menceritakan tentang sekumpulan pelajar di Jooshin High School, sebuah sekolah persendirian eksklusif untuk pelajar-pelajar elit. Cerita ini mendalami tema cinta, persahabatan, dan balas dendam, dimulakan dengan kedatangan Kang Ha, seorang pelajar yang berpindah yang mengganggu peraturan yang ada di antara para pelajar.

Baca juga: Drama Korea Thriller Remaja, ‘Hierarchy’, Mendedahkan Watak Kompleks Pelajar Elit 7 Jun Ini

3. My Sweet Mobster

dc24b7ef c7fd 440f 82a2 d87f4257a90aMy Sweet Mobster akan ditayangkan bermula 12 Jun 2024 di JTBC. Drama ini akan ditayangkan setiap Rabu dan Khamis. Drama yang membawa genre romantik ini dibintangi oleh Um Tae Goo, Han Sun Hwa, Kwon Yool dan juga Kim Hyun Jin. Sementara itu pengarah My Sweet Mobster adalah Kim Young Hwan dan Kim Woo Hyeon.

My Sweet Mobster mengisahkan tentang hubungan tidak terduga antara Go Eun Ha dan Seo Ji Hwan. Eun Ha, yang dikenali sebagai Mini Sister, menjalankan saluran YouTube popular untuk kanak-kanak. Ji Hwan, seorang gangster yang telah berubah memulakan hidup baru dan membantu geng lain mengubah cara hidup mereka. Jalan mereka saling bersilangan, dan romantik berkembang semasa mereka mengenali antara satu sama lain.

 

4. Miss Night And Day

eeb807ca 9699 4c72 bf04 974de1837389

Miss Night And Day akan ditayangkan di JTBC pada 15 Jun 2024 akan datang. Drama Miss Night And Day merupakan garapan pengarah Lee Hyeong Min dan Choi Sun Min. Bintang-bintang utama drama ini adalah Lee Jung Eun, Jung Eun Ji, Choi Jin Hyuk dan Yoon Byung Hee. Lee Mijin telah berjuang untuk mendapat pekerjaan yang baik. Suatu hari, dia secara misteri terbangun sebagai wanita berusia 50 tahun dan memutuskan untuk menggunakan keadaannya.

 

5. DNA Lover

dc7fc673 80de 43ad a407 677fb77b8d50Drama DNA Lover merupakan siri bergenre romantik yang akan ditayangkan pada 22 Jun 2024. Drama garapan pengarah Sung Chi Wook ini akan menemui anda pada setiap hari Sabtu dan Ahad. DNA Lover menampilkan Choi Si Won dan Jung In Sun sebagai pelakon utama.

Drama ini mengisahkan tentang So Jin, seorang penyelidik genetik yang merasakan bahawa genetik memegang kunci untuk menemui cinta sejati. Nekad untuk menemui kesesuaian genetiknya, dia bertemu Yeon Woo, seorang doktor yang sukar mempertahankan hubungan. Dia akhirnya putus setiap kali bercinta. So Jin juga memiliki seorang kawan yang merupakan seorang bomba, Kang Hoon. Kang Hoon selalu sentiasa membantunya.

Nantikan kemunculan drama-drama ini pada bulan Jun 2024 nanti ya!

Baca lagi: 11 Drama Korea Ini Tonjol Watak Kaki Lantak, Buat Terliur
Baca juga: 10 Drama Korea Kisah Vampire dari dua Zaman Berbeza, Menghiburkan dan Penuh Fantasi