Kali terakhir muncul dalam filem India Satyaprem Ki Katha (2023), Kartik Aaryan bakal tampil dalam filem terbarunya yang berjudul Chandu Champion pada 14 Jun 2024 nanti. Filem bergenre drama kesukanan ini mengisahkan tentang kehidupan Murlikant Petkar, atlet India pertama yang meraih pingat emas di kejohanan Paralimpik.
Selain Chandu Champion, terdapat beberapa buah filem India lain juga yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2024. Mari sama-sama kita lihat!
1. Hamare Baarah
Hamare Baarah adalah filem drama garapan Kamal Chandra yang bakal ditayangkan pada 7 Jun di pawagam India. Filem ini mengikuti kisah Manzoor Ali Khan (Annu Kapoor) yang ingin mempunyai anak lagi walau isterinya dalam keadaan tidak sihat. Anak perempuan Manzoor membawa ayahnya ke muka pengadilan untuk menyelamatkan nyawa ibu tirinya. Filem ini membuka mata masyarakat tentang hak-hak wanita.
2. Munjya
Pada tarikh yang sama, filem komedi seram bertajuk Munjya juga akan ditayangkan di pawagam. Filem yang diterbitkan oleh Maddock Films ini dibintangi oleh Sharvari Wagh, Mona Singh, dan Abhay Verma. Diarahkan oleh Aditya Sarpotdar, filem ini akan mengikuti kisah sekumpulan anak muda yang berhadapan dengan makhluk aneh di tengah-tangah hutan belantara.
Baca juga: 10 Filem India Bawa Tema Kekeluargaan, Menyayat Hati
3. Blackout
Filem lain yang akan ditayangkan pada 7 Jun adalah Blackout. Membawa genre komedi hitam, Blackout menampilkan Vikrant Massey, Mouni Roy, dan Sunil Grover sebagai pelakon utama. Kisah dalam filem ini fokus pada Vikrant Massey dan kawan-kawannya yang menghadapi banyak masalah sejak menemui wang dan emas dalam jumlah yang banyak. Filem ini akan ditayangkan di aplikasi JioCinema.
4. Chandu Champion
Selepas 3 tahun menyepikan diri dari kerusi pengarah, Kabir Khan kembali lagi melalui filem biopik yang bertajuk Chandu Champion. Pengarah hebat itu menampilkan Kartik Aaryab untuk membawa watak Murlikant Petkar, atlet India pertama yang meraih pingat emas di kejohanan Paralimpik. Proses penggambaran berlangsung sejak bulan Julai 2023 hingga bulan Januari 2024 di England dan India.
Filem ini diterbitkan oleh Sajid Nadiadwala di bawah naungan syarikat penerbitannya, Nadiadwala Grandson Entertainment. Selain Kartik Aaryan, Chandu Champion juga turut menampilkan Bhuvan Arora dan Rajpal Yadav sebagai pelakon. Filem Chandu Champion akan ditayangkan di pawagam pada 14 Jun nanti!
Baca lagi: 8 Filem India 2023 Dengan Rating Tertinggi IMDb
5. Ishq Vishk Rebound
Ishq Vishk Rebound adalah sekuel filem romantik popular Ishq Vishk yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem ini akan menyoroti kisah cinta sepasang anak muda dengan Pashmina Roshan dan Rohit Saraf sebagai pelakon utama. Ishq Vishk Rebound bakal ditayangkan pada 21 Jun nanti.
Baca lagi: 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video
6. Kalki 2898 AD
Tayangan filem ini pernah ditunda, Kalki 2898 AD bakal ditayangkan di pawagam India pada 27 Jun akan datang. Filem bergenre sains fiksyen ini akan ditayangkan dalam bahasa Hindi dan Telugu. Beberapa orang pelakon terkenal muncul sebagai pelakon utama dalam filem ini, bintang-bintangnya adalah Prabhas, Amitabh Bachchan, dan Deepika Padukone. Dibuat dengan bajet yang sangat besar, Kalki 2898 AD menduduki tempat pertama senarai filem India dengan kos produksi termahal sepanjang zaman iaitu US$ 75 juta.
Enam filem India yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2024 ini datang dari industri Bollywood dan juga India Selatan. Selain cerita yang menarik, enam filem ini juga menampilkan lakonan memukau dari pelakon-pelakon ternama India. Filem manakah paling anda nantikan?
Baca lagi: Minat Jang Ki Yong? Tonton 8 Drama Korea Dibintanginya Ini, Menarik dengan Rating Tinggi
Baca juga: Mahu Filem Seram Lain dari Biasa? Tonton 10 Filem Seram India Ini