Drama Korea merupakan salah satu pilihan tontonan ramai orang untuk mengisi waktu terluang. Kebiasaannya drama Korea terdiri dari 16 episod dengan durasi 45 minit hingga 1 jam untuk setiap episod.
Kini, sudah banyak drama Korea dengan episod yang lebih singkat iaitu kurang dari 16 episod. Drama dengan durasi masa dan episod yang lebih sedikit dari drama pada umumnya memiliki daya tarikan tersendiri untuk ditonton. Terutamanya untuk anda yang lebih suka menonton dalam waktu singkat.
Berikut dibawah ini adalah pilihan Kdrama dengan episod pendek yang menarik dan boleh ditonton di Netflix!
1. Move To Heaven (2021) – 10 Episod
Mengisahkan tentang Han Geu Ru (Tang Jun Sang), pemuda dengan sindrom Asperger yang melakukan perniagaan “pembersih trauma” bersama ayahnya. Selepas ayahnya meninggal dunia, dia meneruskan perniagaannya dengan Cho Sang Gu (Lee Je Hon), bekas banduan yang merupakan bapa saudaranya sendiri.
Bersama bapa saudaranya tersebut, mereka bekerja sama membersihkan tempat kejadian, tempat kematian dan mengatur barang-barang milik orang-orang yang sudah mati. Melalui pengalaman tersebut, mereka belajar tentang pentingnya hidup dan mati serta keluarga dan komunikasi. Anda boleh menonton drama Korea ini di Netflix.
2. Puck (2016) – 2 Episod
Kdrama ini menceritakan tentang Jo Joon Man (Lee Kwang Soo), seorang lintah darat di bawah kuasa seorang ketua dalam sebuah geng. Dia bertugas untuk menagih hutang dari seorang jurulatih hoki. Demi untuk menagih hutang, dia sanggup menyertai pasukan hoki yang dipimpin oleh jurulatih tersebut.
Seiring berjalannya waktu dia menjadi akrab dengan anggota pasukan hoki tersebut. Drama episod pendek ini boleh anda selesaikan dengan jumlah waktu 2 jam 20 minit sahaja.
3. Be Positive (2016) – 6 Episod
Menceriakan tentang kehidupan Hwan Dong (Do Kyung Soo), seorang pelajar jurusan filem yang sedang menyiapkan projeknya sebagai pengarah filem. Skrip filemnya memenangi hadiah utama, tetapi dia menghadapi berbagai-bagai kesukaran semasa cuba menyelesaikan filemnya.
Bermula dari masalah dana hingga pemilihan pelakon. Akhirnya Hwan Dong meminta bekas kekasihnya, Hye Jung (Chae Seo Jin) untuk melakonkan watak utama dalam filemnya.
4. My Name (2021) – 8 Episod
Drama ini menceritakan tentang usaha balas dendam Yoon Ji Woo (Han So Hee) apabila mengetahui bahawa ayahnya ditembak oleh orang yang tidak dikenali semasa hari lahirnya yang ke-17.
Untuk membalas dendam, Ji Woo menjadi anak buah Choi Mu Jin (Park Hee Son) yang juga pernah menjadi majikan ayahnya. Ji Woo menyusup ke unit pencegahan dadah di sebuah balai polis dan menjadi seorang detektif.
Melalui penyamaran tersebut, dia mula mencari pembunuh ayahnya. Walau drama ini adalah kisah balas dendam, namun kisah romantik dalam drama ini juga sangat menarik! Anda boleh menonton drama Korea ini di Netflix.
5. The Killer Shopping List (2022) – 8 Episod
Menceritakan tentang Ahn Dae Sung (Lee Kwang Soo) yang memiliki ingatan yang sangat baik. Namun Dae Sung dikenali sangat pemalu. Dae Sung juga mempunyai seorang kekasih yang bernama Do Ah Hee (Seol Hyun) yang bekerja sebagai polis. Dae Sung sendiri bekerja di sebuah pasaraya yang dikenali sebagai MS Mart.
Sebuah kejadian membuatkan mereka bekerja sama untuk mengungkap sebuah kes pembunuhan yang mana terjadi di tempat kerja Dae Sung. Mereka saling berharap atas kemampuan masing-masing untuk mencari pembunuh tersebut.
6. You Drive Me Crazy (2018) – 4 Episod
You Drive Me Crazy membawa kisah yang sederhana namun sangat memikat. Kim Rae Wan dan Han Eun Sung telah berkawan baik selama lapan tahun, tetapi pada suatu malam, mereka tidur bersama. Kini, dengan perasaan baru ini, mereka rasa terperangkap dan merasa buntu untuk meneruskan persahabatan dan kehidupan mereka.
Kejadian itu menerbitkan perasaan masa lalu yang mereka pendam demi menyelamatkan persahabatan mereka, tapi mungkin inilah saatnya memberi kesempatan buat mereka berdua untuk menunjukkan rasa cinta.
7. The School Nurse Files (2020) – 6 Episod
The School Nurse Files yang dibintangi oleh Jung Yumi dan Nam Joo Hyuk merupakan drama komedi romantik ringan dengan kisah pahlawan super dan elemen fantastik yang menambah kehebatan cerita.
Ahn Eun Young adalah juru rawat sekolah dengan kuasa khas, dia boleh melihat perasaan dan keinginan orang lain.
Dia juga boleh melihat roh-roh yang kelihatan seperti jeli, yang kadang-kadang boleh mengambil berubah ke bentuk berbahaya dan membahayakan orang.
Dengan bantuan Hong In Pyo, yang juga memiliki medan kuasa khas yang membuatnya kebal dari jeli tersebut dan dapat menyerangnya, seorang guru bahasa Mandarin di sekolah yang sama, dia bertarung melawan raksasa tersebut dan melindungi para pelajar.
Baca juga: 6 Drama Korea Tampilkan Villain sebagai Watak Utama, Kebanyakannya Kisah Psikopat
8. Somebody (2022) – 8 Episod
Drama Korea ini menceritakan tentang seorang pembunuh yang menggunakan aplikasi dating untuk memancing para mangsa untuk masuk perangkapnya. Sementara itu, seorang developer aplikasi dating bersama kawannya menyiasat kes pembunuhan yang membuatkan mereka terjerat dalam jaringan seorang pembunuh bersiri. Drama ini hanya memiliki 8 episod dan boleh ditonton di aplikasi streaming Netflix.
9. Remarriage & Desires (2022) – 8 Episod
Drama dengan 8 episod ini menceritakan tentang sebuah syarikat mencari jodoh yang dikenali sebagai Rex. Syarikat ini wujud untuk melayan individu kelas atasan yang paling kaya. Dalam penjodohan ini, para pelanggan mereka ingin memasuki dunia kelas atasan atau mempertahankan status mereka di puncak melalui perkahwinan. Salah seorang wanita yang akan mendaftar dalam biro jodoh kelas atasan ini bukan hanya menaikkan status, namun juga berniat untuk membalas dendam. Drama ini sangat sesuai untuk anda yang suka dengan jalan cerita yang rumit.
Demikian sahaja beberapa buah drama Korea episod pendek menarik yang tidak melebihi 10 episod yang boleh anda tonton. Tertarik untuk menonton?