Bagi mengenali pasangan masing-masing memang memerlukan usaha yang lebih dari kedua-dua belah pihak untuk saling terbuka antar satu sama lain supaya masing-masing boleh mengenali lebih dalam. Ternyata bukan hanya sikap keterbukaan sahaja yang boleh membuatkan kita makin mengenali pasangan kita.
Contohnya seperti lima drama Korea dibawah ini yang memberi pengajaran kepada kita tentang cara yang ditunjukkan oleh setiap karakter utama untuk mengenali pasangan mereka lebih dekat. Mari sama-sama kita lihat.
1. Dali and the Cocky Prince
Drama Korea ini mengisahkan tentang kisah cinta antara dua orang yang sangat berbeza. Kisah seorang lelaki yang kurang pintar tapi pandai dalam mencari duit. Pasangannya pula, seorang wanita yang pandai secara intelektual dan mempunyai berlatar belakang keluarga kaya. Bukan hanya bercerita tentang kisah cinta, banyak adegan lucu yang mengundang tawa dalam drama korea ini.
2. Tomorrow With You
Drama Korea Tomorrow With You memang menggunakan elemen romantik seperti kebanyakan drama Korea yang lain, drama ini mempunyai idea unik untuk tema penjelajahan masa itu sendiri. Walau sebahagian penjelajahan masa dalam drama ini melibatkan perjalanan masa secara tidak sengaja, watak utama dalam Tomorrow With You dapat menjelajah masa dengan sendirinya.
Perkara ini dilakukan sewaktu mengembara dengan keretapi bawah tanah, dia terjatuh melalui portal dan mengalami kecederaan yang mengancam nyawa sewaktu menjelajah masa. Yoo So-Joon (Lee Je-Hoon) melakukan pengembaraan masa ketika dia mendapati bahawa Ma-Rin (Shin Min Ah) akan mengalami kemalangan tragis. Makin dia mengenali isterinya, makin dia menyedari bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama.
3. Come and Hug Me
Dibintangi oleh Jin Ki Joo, drama Korea Come and Hug Me (2018) membahaskan kisah cinta antara seorang pelakon wanita dan pemuda yang merupakan anak kepada seorang psikopat. Han Jae Yi (Jin Ki Joo) mengalami trauma yang mendalam akibat menyaksikan kejadian pembunuhan yang terjadi di masa lalu.
Ternyata, dia tidak sendirian mengalami trauma tersebut kerana ada seorang lagi yang juga mengalaminya iaitu Chae Do Jin (Jang Ki Young). Kes pembunuhan tersebut membuatkan mereka berdua kembali bertemu dan saling berinteraksi di masa sekarang. Sehingga mereka berdua saling membantu memaafkan dan menyembuhkan luka trauma tersebut.
4. Marriage Contract
Tayang pada 5 April 2016, drama Korea Marriage Contract menceritakan tentang Kang Hye Soo (Uee), seorang ibu tunggal yang berputus asa selepas didiagnosis menderita penyakit ketumbuhan otak peringkat terakhir. Dia setuju untuk menjadi penderma organ hati untuk majikan barunya, Kang Hye Soo akan menerima imbuhan wang yang lumayan dan bakal diwariskan kepada anak perempuannya.
Untuk proses saringan pemilihan penderma dan penerima organ, mereka perlu berkahwin dan menyakinkan hospital bahawa mereka menjalin hubungan jangka panjang. Namun, mereka tidak menyangka bahawa semakin ramai orang yang terlibat dalam perkara tersebut, termasuk anak Kang Hye Soo yang berusia 7 tahun.
5. Flower of Evil
Cha Ji Won (Moon Chae Won) semasa masih muda jatuh cinta pandang pertama pada Do Hyun Soo (Lee Joon Gi). Mereka berdua akhirnya berkahwin dan mempunyai seorang anak kemudian hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri yang bahagia.
Keadaan mula berubah apabila Cha Ji Won mengetahui tentang masa lalu kelam suaminya yang disembunyikan selama ini. Dengan cintanya yang mendalam kepada suaminya, dia membantu suaminya untuk membuka hatinya dan memberinya ruang untuk memperbaiki hubungan mereka.
Memang sangat sukar untuk mengenali pasangan masing-masing secara luaran dan dalaman. Tapi percayalah, seiring dengan berjalannya waktu dan keinginan untuk saling menerima, pasti anda akan mengenali pasangan secara lebih utuh dan mendalam.
Drama Korea mana yang telah anda tonton?