Filem Korea yang brutal dan sadis menampilkan banyak adegan mengerikan. Bermula dari pembunuhan bersiri yang penuh darah dan keganasan hingga balas dendam yang membuatkan penonton turut merasa tegang.
Walau menyuguhkan banyak adegan sadis, filem Korea ini tampil dengan jalan cerita dan plot twist yang tidak dijangka dan luar biasa. Selain itu, filem-filem ini juga dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Korea Selatan. Semuanya menjadi daya tarikan tersendiri untuk filem-filem Korea yang menampilkan banyak adegan sadis ini.
Filem dengan genre ini juga tidak kurang hebatnya dengan filem Korea romantik tentang kisah percintaan yang manis yang mempunyai ramai peminat. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Berikut dibawah ini adalah senarai filem Korea yang sangat brutal dan menampilkan pelbagai kisah pembunuhan yang mengerikan!
1. Midnight FM (2010)
Filem bergenre thriller ini diarahkan oleh Kim Sang Man. Midnight FM menceritakan tentang seorang juru hebah di salah sebuah radio yang memutuskan untuk bersara awal untuk menjaga anak perempuannya yang sedang sakit. Namun, terdapat panggilan telefon misteri yang masuk ketika dia sedang mengacarakan siaran terakhirnya.
2. I Saw The Devil (2010)
Diarahkan oleh Kim Jee Woon, I Saw The Devil menceritakan tentang seorang ejen rahsia yang bernama Kim Soo Hyun yang memulakan pencariannya untuk membalas dendam kepada seorang psikopat bernama Jang Kyung Chul. Lelaki gila itu membunuh tunang ejen rahsia tersebut yang sedang hamil secara brutal.
3. The Neighbors (2012)
The Neighbors berlatar di sebuah apartment. Di dalam kejiranan tersebut, ada seorang penghuni yang bernama Kyung Hee yang baru kehilangan seorang anak tirinya, Won Yeo Seon. Ada seorang pembunuh bersiri yang tinggal di daerah tempat tinggal tersebut. Kyung Hee merasa sangat bersalah kerana tidak dapat mencegah kes pembunuhan yang melibatkan anak tirinya itu.
Tambahan pula pegawai keselamatan yang ada di sana tidak kelihatan selepas terjadi kes pembunuhan tersebut. Seorang gadis muda yang mirip dengan Won Yeo Seon menjadi target pembunuhan seterusnya.
4. Bluebeard (2017)
Bluebeard menceritakan tentang seorang doktor bernama Seung Hoon yang mempunyai sebuah klinik kecil di daerah Gangnam. Dia juga menyewa sebuah flat yang di bawahnya dihuni oleh seorang tuan rumah yang bernama Sung Geun bersama isteri dan anaknya. Tuan rumah ini juga membuka kedai daging di bawah flat Seung Hoon. Pada suatu hari, terdapat satu mayat tanpa kepala hanyut di Sungai Han. Seung Hoon merasa curiga terhadap Sung Geun apabila tuan rumah tersebut menjelaskan setiap langkah yang dilakukannya untuk membunuh mangsa-mangsanya semasa dalam sesi rawatan di kliniknya.
5. Memoir of a Murderer (2017)
Diarahkan oleh Won Shin Yun, Memoir of a Murderer menceritakan tentang seorang pembunuh bersiri yang menghidap alzheimer yang bernama Kim Byung Seo. Pembunuhan-pembunuhan itu dilakukan kerana masa lalunya yang kejam yang membuatnya berusaha untuk menjaga anaknya yang bernama Eun Hee dan dia mengesyaki bahawa teman lelaki baru anaknya iaitu Min Tae Joo juga merupakan seorang pembunuh bersiri.
Bagaimanakah caranya pembunuh bersiri tua yang lupa ingatan ini menyelamatkan satu-satu anaknya tersebut?
Sudahkah anda menonton filem-filem Korea yang tersenarai di atas? Jika anda sukakan kisah yang penuh dengan babak brutal dan plot twist mengejutkan, jangan lupa untuk menonton ya!