Tidak semua filem Korea menampilkan cerita yang fiksyen dan rekaan semata-mata. Beberapa buah pilihan filem Korea dari kisah benar dibikin dengan sangat indah dan mampu memberi kesan buat tontonan anda.
Bukan hanya memberikan kisah sebenar yang menarik sahaja, namun anda akan bakal tercengang dan juga bermain emosi dengan beberapa buah filem yang akan kami cadangkan di bawah ini. Mari sama-sama kita lihat.
1. SILENCED (2011)
Filem ini diangkat dari kisah benar yang pernah terjadi di Gwangju Inhwa School, sebuah sekolah khas untuk para pelajar kurang upaya di Korea Selatan. Filem ini mengisahkan tentang Kang In-ho, seorang guru seni di Benevolence Academy di bandar fiksyen Mujin, Wilayah Jeolla Utara yang baru sahaja masuk mengajar.
Namun, kemudian In-ho mengetahui bahawa para pelajarnya telah mengalami gangguan dan serangan seksual yang dilakukan oleh para guru dan staf pentadbiran. Selama menonton filem ini anda akan merasa marah hingga akhirnya kes ini dibuka kembali dan dilakukan penyiasatan menyeluruh.
Selain itu, pada Oktober 2011, Majlis Nasional Korea Selatan menghapuskan undang-undang had kejahatan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur dan orang kurang upaya. Namun, para penjenayah ini tidak mendapat hukuman yang setimpal.
Baca lagi: Mengapakah Anda Perlu Menonton “Crash”? 2 Episod Awal adalah Dari Kisah Benar
2. AS ONE (2012)
Setelah pengeboman yang dilakukan oleh Korea Utara pada Korean Air Penerbangan 858 pada tahun 1987, sebuah Persidangan Tertinggi diadakan antara Korea Utara dan Korea Selatan untuk meredakan ketegangan yang ekstrem di semenanjung Korea. Persidangan berakhir dengan kesepakatan yang dibuat secara pantas untuk membentuk pasukan sukan Korea bersatu. Dan ping pong menjadi pilihan sebagai sukan yang menyatukan secara simbolik.
Secara ringkas, pasukan Korea Utara-Selatan pertama yang pernah bersatu di bawah naungan sederhana “KOREA” dibentuk untuk bersaing di Kejuaraan Ping Pong Dunia 1991 di Chiba, Jepun. Filem AS ONE ini menceritakan tentang peristiwa bersejarah tersebut.
Dua orang pemain ping pong yang selama ini hanya pernah bertemu di meja ping pong sebagai musuh, tiba-tiba menjadi kawan sejati dan rakan pasukan pada waktu genting terbesar untuk Kejuaraan Dunia.
3. WISH (HOPE) (2013)
Diangkat dari kisah benar. Seorang anak gadis berusia 8 tahun menjadi mangsa serangan seksual dan fizikal oleh seorang lelaki kejam yang tidak dikenali. Kes sebenar ini terjadi pada tahun 2008 di Korea Selatan. Dalam filem ini para penonton pasti akan merasa pilu melihat seorang kanak-kanak kecil yang mengalami banyak kecederaan akibat serangan ganas tersebut.
4. HAN GONG JU (2013)
Filem ini diadaptasi dari kisah benar yang terjadi di Miryang, Korea Selatan pada tahun 2004. Filem ini menceritakan tentang kes rogol yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah di Miryang yang berlangsung selama 11 bulan yang melibatkan mangsa seramai 41 orang.
Gong-ju adalah salah seorang mangsa yang waktu itu baru berusia 14 tahun. Gong-ju mendapat ancaman dari para pelaku yang merekam kejadian dan mengancam akan menyebarkan rakaman tersebut jika Gong-ju bersuara. Tidak mendapat bantuan dari keluarganya, Gong-ju berusaha sendiri untuk mencari bantuan.
5. NORTHERN LIMIT LINE (2015)
Filem Northern Limit Line adalah berdasarkan sebuah kisah benar Pertempuran Yeonpyeong Kedua yang terjadi pada 29 Jun 2002. Kapal kawalan Korea Utara melancarkan serangan mendadak ke atas kapal kawalan Korea Selatan sewaktu menyeberangi perairan Korea Selatan.
Filem ini dibintangi oleh Kim Moo Yeol, Jin Goo, dan Lee Hyun Woo sebagai watak utama. Khusus untuk Lee Hyun Woo, dirinya membawa watak sebagai pegawai tentera perubatan yang bernama Park Dong Hyuk yang turut serta dalam peperangan yang terjadi.
6. NEW TRIAL (2017)
Filem ini mengisahkan tentang kisah pilu yang dialami oleh Jo Hyun-woo setelah melihat pembunuhan seorang pemandu teksi. Bukan menjadi saksi dalam kes tersebut, Hyun-woo malah dituduh melakukan pembunuhan tersebut.
Joon-ho terpaksa mengakui pembunuhan yang tidak pernah dilakukan keraja dia dianiaya oleh pohak polis. Dia dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara. Selepas menjalani 10 tahun hukuman di penjara, Joon-ho bertemu dengan Lee Joon-young, seorang peguam yang mempunyai banyak hutang yang ingin membersihkan namanya di mata undang-undang.
7. ESCAPE FROM MOGADISHU (2021)
Escape from Mogadishu ditayangkan pada 2021 dan diarahkan oleh Ryoo Seung Wan. Mengambil latar waktu pada akhir tahun 1991 di Mogadishu, filem ini bertemakan Perang Saudara di Somalia yang pecah dan menyebabkan rusuhan. Kisah ini fokus pada pengosongan besar-besaran kedutaan besar Korea Selatan dan Korea Utara yang terperangkap wilayah tersebut. Dalam filem ini, Koo Kyo Hwan membawa watak salah satu karakter penting bernama Tae Joon Ki.
Demikian sahaja 7 buah filem Korea yang menyayat hati yang diangkat dari kisah benar. Jangan lupa untuk menonton ya.