Home Reality Show Kim Hye Yoon Muncul dalam “Whenever Possible”, Variety Show Menggabungkan Pelawak Terkenal...

Kim Hye Yoon Muncul dalam “Whenever Possible”, Variety Show Menggabungkan Pelawak Terkenal Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok

0

Whenever Possible adalah rancangan variasi Korea terbaru, yang dihoskan oleh dua hos iaitu Yoo Jae Suk dan Yoo Yeon Seok dan boleh ditonton di platform Viu. Whenever Possible berkonsepkan di mana dua hos dan hos jemputan akan melawat penduduk terpilih semasa waktu rehat kerja mereka untuk bermain permainan.

Sekiranya tuan rumah berjaya melepasi permainan, para pekerja akan mendapat hadiah yang telah diundi sebelum ini. Bukan sahaja permainan yang dimainkan akan membuatkan semua pemain dan penonton merasa cemas, tetapi juga akan mengundang ketawa!

Terbaru pada 21 Mei 2024, media telah mendedahkan pelakon comel loteh Lovely Runner Kim Hye Yoon dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Yoo Jae Suk dan Yoo Yeon Seok dalam “Whenever Possible”.

IMG 8113
Screenshot

Agensi Kim Hye Yoon kemudian mengesahkan bahawa dia akan muncul pada episod 7 siri Whenever Possible, yang dijadualkan disiarkan pada 4 Jun jam 10:20 malam KST.

Bagi anda yang baharu sahaja mengikuti rancangan variasi menghiburkan ini, apakata kita lihat dahulu dibawah beberapa maklumat tentang tiga permainan lucu yang telah disiarkan dalam “Whenever Possible” pada episod sebelumnya. Pasti mengundang gelak tawa!

 

 

1. Permainan tisu terbang di studio foto

Whenever possible
Screenshot

Dalam episod pertama, Yoo Jae Suk, Yoo Yeon Seok dan Lee Kwang Soo melawat tiga tempat. Salah satu tempat yang mereka pergi ialah studio foto.

Permainan yang perlu mereka mainkan ialah menerbangkan tisu dengan meniupnya dalam beberapa saat dan pada saat terakhir, tisu itu mesti diambil gambar dalam bingkai kamera.

Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan malah mengundang gelak tawa kepada pemilik studio dan pekerjanya. Setelah melalui tiga pusingan penuh gelak ketawa, siapakah yang akan menang pada akhirnya?

2. Permainan Jegi di Menara Namsan

IMG 8101
Screenshot

Dalam episod kedua, dua hos bersama Jo Jung Suk melawat dua penduduk yang bekerja di Menara Namsan. Mereka bertiga bermain permainan jegi untuk mendapatkan hadiah kasut dan tablet. Gelagat mereka membuatkan dua pekerja itu ketawa terbahak-bahak.

3. Permainan bola sepak di atas kapal perang

IMG 8094
Screenshot

Permainan lucu seterusnya dalam Whenever Possible ini ialah permainan bola sepak di atas kapal perang.

Yoo Jae Suk, Yoo Yeon Seok dan hos jemputan, Ahn Bo Hyun, melawat seorang pesara tentera laut yang kini berkhidmat sebagai pemandu di kapal perang yang tidak lagi digunakan oleh tentera. Mereka bertiga akan bermain permainan bola sepak yang diikat bersama supaya bola itu tidak jatuh atau terbang ke laut.

Mereka mesti berjaya dalam lima hantaran pada separuh masa pertama untuk memenangi mesin kopi. Bola yang diikat menyebabkan bola yang disepak kadangkala sukar dikawal. Yang pasti, gelagat mereka cukup lucu dan menghiburkan.

IMG 8124

Selain tiga permainan kelakar dalam “Whenever Possible” di atas, gelagat lucu hos juga berjaya mengundang gelak tawa penduduk dan penonton.

Dan jika anda ingin melihat apakah permainan yang Kim Hye Yoon harus bermain dalam episod ke 7 siri rancangan variasi ini, jangan lepaskan peluang dari menonton “Whenever Possible” setiap Khamis di Viu ya!

Jangan lupa langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama dan rancangan variasi menghiburkan tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: The Player 2: Master of Swindlers, Misi Merompak Orang Kaya dan Korup Diteruskan Lagi
Baca juga: Dreaming of a Freaking Fairy Tale, Kisah Cinta Dongeng Pyo Ye Jin Sebagai Cinderella Zaman Moden