Home Kdrama/Kmovie Sudahkah Anda Tonton? 8 Drama Korea Psikologikal 2024 yang Membahas Isu Kesihatan...

Sudahkah Anda Tonton? 8 Drama Korea Psikologikal 2024 yang Membahas Isu Kesihatan Mental yang Telah Ditayangkan

0

Drama Korea memang selalu menampilkan kisah yang disertai dengan berbagai-bagai pengajaran hidup. Kisah yang realistik juga sering dijadikan pengajaran bagi para penonton. Salah sebuah genre yang digunakan pada tahun 2024 ini adalah genre psikologikal yang membahas isu kesihatan mental watak-watak penting.

Contoh drama Korea yang sedang hangat kini adalah The Atypical Family yang menyoroti kisah sebuah keluarga yang mempunyai kekuatan super berbeza-beza. Namun, mereka kehilangan kuasa untuk menggunakan kelebihan mereka itu kerana masalah masing-masing. Seorang wanita asing hadir dan masuk ke rumah mereka dan mula membawa perubahan.

Isu kesihatan mental juga dapat dipelajari melalui banyak drama Korea dengan genre psikologikal lain. Termasuk beberapa drama Korea yang telah ditayangkan pada awal tahun 2024 ini. Mari sama-sama kita lihat.

 

Drama korea1. Tampilkan tema survivor (bertahan hidup), The 8 Show mengisahkan tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh 8 orang individu hingga mereka memutuskan untuk menyertai sebuah pertunjukkan aneh yang membawa maut

 

 

 

0909f846 86b3 4075 8764 c5fde82fcf642. Mengisahkan tentang manusia yang mempunyai kuasa luar biasa, The Atypical Family mengikuti kisah bekas anggota bomba yang kehilangan kuasa super miliknya akibat tekanan dan kemurungan yang teruk

 

 

 

11c9588c 3618 40a9 a07d b454780589653. Diadaptasi dari novel Jepun, Goodbye Earth menceritakan tentang kehidupan manusia selepas berita asteroid yang akan melanggar bumi tersebar

 

 

 

2d4ba11a 0575 455c ac1e fc1b80d5b6b7 14. Penuh dengan plot twist, My Happy Ending fokus pada kisah CEO yang mempunyai gangguan mental akibat trauma. Dia juga menghadapi berbagai-bagai pengkhianatan

 

 

 

0dfe3b83 5972 4fc4 8107 b6361b7c8416 15. Tampilkan kes pembunuhan, Nothing Uncovered menyoroti kehidupan wartawan yang diperangkap dalam kes pembunuhan selepas dia dicurangi

 

 

 

9be3960b 64b3 4a28 9f3b 48f952b26b4a6. Masih dengan genre jenayah dan psiko thriller, A Killer Paradox mengikuti aksi seorang pelajar yang jadi pembunuh bersiri selepas secara tidak sengaja membunuh seorang penjahat

 

 

 

b4e223e4 1970 4d24 8488 f635b60153dc 17. Mengangkat isu kesihatan mental, Doctor Slump mengisahkan tentang dua doktor berjaya yang perlu menghadapi krisis terburuk dalam hidup mereka

 

 

 

62ee8481 9178 4733 89bc f3e6085594788. Berpusat pada sebuah permainan untuk membuli pelajar yang mendapat undian paling bawah, Pyramid Game menampilkan perang psikologi antara pelajar berkuasa dan pelajar yang baru berpindah

Isu mengenai psikologi ditampilkan dalam beberapa buah drama 2024 di atas. Banyak watak perlu berjumpa pakar psikolog untuk mengatasi masalah gangguan mental. Ada juga yang mempunyai trauma akibat pengalaman buruk semasa kecil hingga mempengaruhi kehidupan mereka saat dewasa.

Kebanyakan dari mereka mula mengatasi masalah mereka tersebut dengan berdamai dengan masa lalu. Drama Korea manakah yang sudah anda tonton?

Baca lagi: 17 Kdrama 2024 Ini Membicarakan Tentang Dunia Kerjaya, Penuh Cabaran dan Konflik
Baca juga: 13 Drama Korea Ini Pernah Dipandang Remeh, Tapi Ternyata Meraih Kejayaan Besar dan Meledak