High School Return of a Gangster merupakan salah sebuah Kdrama yang mencuri perhatian pada bulan Jun 2024. Kdrama ini diadaptasi dari webtoon bertajuk I, a Gangster, Became a High School Student (2024) karya Ho Rol.
Berbeza dengan siri webtoon, Kdrama High School Return of a Gangster dikemaskan menjadi drama bertema bromance dan tidak menyelitakan kisah cinta sejenis. Bukan kisah cinta sejenis, 7 Kdrama bertema romance dibawah ini membuatkan para penonton tersenyum dan bahagia!
1. High School Return of a Gangster (2024)
High School Return of a Gangster ditayangkan secara perdana pada 29 Mei 2024 di Viu. Mengisahkan tentang Kim Deuk Pal (Lee Seo Jin) yang terbangun dalam tubuh pelajar sekolah yang bernama Song Yi Heon (Yoon Chan Young). Drama Korea ini diadaptasi dari webtoon I, a Gangster, Became a High School Student (2024) yang menyelitkan kisah cinta sejenis. Namun drama ini dikemaskan dengan unsur bromance antara watak Song Yi Heon dan Choi Se Kyung (Bong Jae Hyun).
Baca juga: 5 Fakta Kdrama High School Return of a Gangster, Kisah Samseng Yang Terperangkap Dalam Tubuh Seorang Pelajar
2. Brain Works (2023)
Brain Works ditayangkan secara perdana pada 2 Januari 2023 di KBS. Menceritakan tentang Shin Ha Ru (Jung Yong Hwa), pakar saraf yang bekerja sama dengan Detektif Geum Myung Se (Cha Tae Hyun). Drama ini bergenre misteri dan komedi yang dibaluti dengan tema bromance. Hadir dengan jumlah 16 episod, anda boleh menonton semua episod melalui Viu.
3. D.P (2021)
D.P. ditayangkan secara perdana pada 27 Ogos 2021 di Netflix, manakala musim kedua pula ditayangkan pada 28 Julai 2023. Drama ini diadaptasi dari webtoon bertajuk D.P Dog Day (2024). Mengisahkan tentang Ahn Joon Ho (Jung Hae In) dan Han Ho Yul (Koo Kyo Hwan) yang bekerja sama sebagai D.P. untuk menangkap para askar yang lari dari latihan. Bromance mereka yang menarik, kerap membuatkan penonton tersenyum.
4. The Devil Judge (2021)
The Devil Judge tayang secara perdana di tvN pada 3 Julai 2021 dan anda boleh menonton drama ini di iQIYI, WeTV, dan juga Netflix. Kdrama ini diadaptasi dari manhwa bertemakan cinta sejenis berjudul The Devil Judge (2021). Mengisahkan tentang Hakim Kang Yo Han (Ji Sung) yang mengadakan perbicaraan secara langsung untuk menghukum para penjenayah. Manakala Kim Ga On (Park Jin Young) adalah hakim baru yang tanpa sengaja terlibat dengan kehidupan Kang Yo Han.
5. Bad and Crazy (2021)
Bad and Crazy tayang pada 17 Disember 2021. Berjumlah 12 episod Bad and Crazy (2021) boleh ditonton di iQIYI dan Netflix. Mengisahkan tentang Ryu Soo Yeol (Lee Dong Wook), polis yang dikenali sebagai bad boy. Sisi kemanusiaannya muncul selepas bertemu seorang lelaki gila bernama K (Wi Ha Joon).
6. Strangers from Hell (2019)
Strangers from Hell ditayangkan dengan jumlah 10 episod pada 31 Ogos 2019. Anda boleh menonton drama adaptasi webtoon Strangers from Hell karya Kim Yong Ki ini di Netflix dan Prime Video. Drama ini mengisahkan tentang Yoon Jong Woo (Im Si Wan) yang berpindah ke hostel murah, Eden Gosiwon semasa berada di Seoul. Dia berjuran dengan doktor gigi Seo Moon Jo (Lee Dong Wook).
7. Prison Playbook (2017)
Prison Playbook ditayangkan secara perdana di tvN pada 22 November 2017 dan boleh ditonton di Netflix. Drama ini hadir dengan total 16 episod dan dibintangi oleh Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Lee Kyu Hyung, Jung Hae In, Park Ho San, dan juga Choi Moo Sung. Mengisahkan tentang Kim Je Hyuk (Park Hae Soo), pemain besbol profesional yang dipenjarakan kerana sebuah insiden. Kehidupannya di penjara berjalan lancar kerana kehadiran sahabatnya yang merupakan pengawal penjara iaitu Lee Joon Ho (Jung Kyung Ho).
Walau tidak menyelitkan unsur cinta sejenis, tapi bromance yang ditampilkan kadang kala membuatkan penonton terkejut. Anda paling suka Kdrama yang mana?
Baca lagi: Unsur BL Dialih Keluar, Kdrama High School Return of a Gangster Berbeza Dengan Versi Webtoon?
Baca juga: Kdrama Baru “Death to Snow White: Black Out” Tampilkan 4 Pelakon Terkenal, Adaptasi Novel Jerman