Shin Jae Rim (Pyo Ye Jin) merupakan watak utama dalam drama Korea baru Dreaming of a Freaking Fairy Tale yang mahu mengahwini lelaki kaya raya untuk mengubah hidupnya. Perkara itu terjadi kerana dia ingin bebas dari kemiskinan dan keluarga tirinya. Dia ingin hidup seperti Cinderella yang menemui putera raja tampan dan kaya supaya dia tidak perlu menderita lagi.
Bapa Shin Jae Rim merupakan seorang duda. Shin Jae Rim kehilangan ibu kandungnya sejak dia masih kecil. Pada suatu hari, bapa Shin Jae Rim jatuh cinta pada seorang janda. Mereka mendirikan rumah tangga dan Shin Jae Rim berpindah ke rumah wanita tersebut bersama bapanya.
Bagaimanakah sebenarnya keluarga keluarga Shin Jae Rim ini? Hidupnya seolah-olah sama seperti lagenda mitos Cinderella. Jom kita lihat ulasan dibawah ini ya!
1. Bapa Shin Jae Rim jatuh cinta pada seorang janda yang mempunyai dua orang anak dan akhirnya dia berkahwin lagi sekali
2. Shin Jae Rim berpindah ke rumah ibu tirinya dan menjadi anak bongsu dalam keluarga barunya tersebut
Baca lagi: Dreaming of a Freaking Fairy Tale, Kisah Cinta Dongeng Pyo Ye Jin Sebagai Cinderella Zaman Moden
3. Malang baginya, bapanya meninggal dunia semasa masih muda, Shin Jae Rim kini ditinggalkan sendirian bersama ibu dan dua kakak tirinya
4. Selepas kematian bapa Shin Jae Rim, keluarga tersebut muflis kerana rumah mereka dijadikan pajakan. Akhirnya mereka terpaksa berpindah ke tempat lain
5. Ibu tirinya mengandungkan anak bapa Shin Jae Rim yang sudah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya
6. Ibu tiri dan dua kakak tiri Shin Jae Rim tidaklah terlalu jahat seperti dalam dongeng Cinderella pada umumnya
7. Namun, mereka tidak pernah mempedulikan Shin Jae Rim hingga membuatnya merasa tidak diterima kerana kehadirannya seperti tidak dialu-alukan
8. Walau begitu, ibu tiri Shin Jae Rim tidak pernah meninggalkannya sendirian dan tetap menjaganya walau ayahnya sudah tiada
Shin Jae Rim ingin hidup sendirian dan meninggalkan keluarganya. Namun, dia langsung tidak mempunyai duit. Lebih baik dia hidup bersama saudara tiri dan ibu tirinya daripada tidak mampu membayar sewa yang mahal. Shin Jae Rim terpaksa menerima keadaannya dan akhirnya hatinya terbuka untuk membantu keluarga tirinya.
Wanita tersebut akhirnya memohon pekerjaan di Chungdam Heaven, dia mahu bertemu lelaki kaya. Hanya di syarikat tersebut dia boleh menggapai impiannya itu. Dia ingin menjadi Cinderella yang mengahwini putera raja dan tentunya memiliki banyak harta kekayaan. Adakah impian Shin Jae Rim akan tercapai dalam Dreaming of a Freaking Fairy Tale?