Home Kdrama/Kmovie Kdrama Connection Makin Misteri, Episod 5-6 Penuh Babak Intense

Kdrama Connection Makin Misteri, Episod 5-6 Penuh Babak Intense

0

Memasuki tayangan episod ke enam, drama Korea Connection menampilkan banyak adegan mencemaskan yang dilalui oleh Jang Jae Kyung (Ji Sung) dalam usahanya mengungkap hubung kait beberapa buah kes kematian dengan berleluasanya pengedaran dadah jenis baru di Anhyeon.

Kematian Park Jun Seo (Yoon Na Moo) rupa-rupanya hanya petunjuk awal untuk Jang Jae Kyung menemui beberapa kes kematian lain yang janggal. Selain itu, dia semakin kesuntukan waktu kerana kini dos kecanduan dadah yang dimilikinya sudah naik ke paras yang lebih tinggi lagi.

Tayangan episod enam drama Korea Connection ini kembali menampilkan beberapa misteri baru yang mengundang tanda tanya di benak fikiran para penonton. Penglibatan watak-watak yang tidak dijangka juga semakin membuatkan konflik memanas di dalam drama ini.

Berikut dibawah ini adalah beberapa misteri di tayangan episod 5-6 drama Korea Connection, mari sama-sama kita lihat ya!

 

Connection

1. Ji Yeon dan Tae Jin membahaskan tentang kod pin untuk mendapat dana yang sangat banyak. Siapakah pemilik dana yang dicari oleh mereka berdua itu?

 

 

IMG 92152. Yoon Ho menikam pemilik kedai demi untuk menghancurkan rakaman CCTV. Apakah yang terakam pada hari kematian Jun Seo oleh CCTV itu?

 

 

 

IMG 92193. Chang Soo menyelamatkan bukti alatan jarum suntikan dadah yang disuntik pada Jae Kyung. Adakah dia memang berada di pihak Jae Kyung?

 

 

IMG 92134. Adakah orang yang memberi maklumat tuduhan salah guna dadah pada Jae Kyung dan kes salah prosedur di hospital pada Yoon Jin adalah orang yang sama?

 

 

 

c14057e1 9451 45f4 88f0 7c5621ccaf9a5. Adakah terdapat hubungan di antara syarikat farmasi Keumhyung dengan pengedaran dadah jenis baru di Anhyeon?

 

 

 

IMG 9216

6. Sejak bilakah Ji Yeon curang dengan Tae Jin? Apakah kebenaran ini juga diketahui oleh Jun Seo?

 

 

 

IMG 92147. Jong Soo nampak memiliki ciri-ciri seperti ketagihan dadah yang dialami oleh Jae Kyung. Adakah dia juga ketagihan dadah tertentu?

 

 

IMG 9209 scaled
Screenshot

Semua misteri di atas berjaya membuatkan para penonton tertanya-tanya. Dalang di sebalik pengedaran dadah jenis baru belum terungkap, kini beberapa kes kematian misteri telah muncul. Bagaimanakah cara Jang Jae Kyung dan Oh Yoon Jin (Jeon Mi Do) mengatasi perkara ini?

Baca lagi: Suka Hierarchy? 9 Drama Korea Ini Bawa Kisah Hampir Sama Tentang Skandal Sekolah
Baca juga: Episod 3-4 Connection Dedahkan Kebenaran, Kejutan Terbaru