Home Artis Korea Ji Hye Won Makin Meningkat Naik, Ini 6 Kdrama Popular Lakonannya

Ji Hye Won Makin Meningkat Naik, Ini 6 Kdrama Popular Lakonannya

0

Kebelakangan ini, nama Ji Hye Won menjadi sorotan kerana wataknya dalam drama Korea bertajuk Hierarchy. Seperti yang diketahui, Hierarchy sudah ditayangkan pada 7 Jun 2024 baru-baru ini.

Ji Hye Won merupakan pelakon wanita muda berbakat yang memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2019 melalui penampilannya dalam drama Korea Justice. Ji Hye Won sudah membintangi enam buah drama Korea, termasuk Hierarchy.

Berikut dibawah adalah beberapa drama Korea yang telah dibintangi Ji Hye Won:

 

1. Justice

Ji Hye Won
Justice adalah drama thriller yang mula ditayangkan pada 17 Julai hingga 5 September 2019 di KBS2. Drama Korea ini mengisahkan tentang seorang peguam yang bernama Lee Tae Kyung (Choi Jin Hyuk) yang bergabung dengan orang jahat untuk membalas dendam, dan seorang lelaki yang bernama Song Woo Yong (Son Hyun Joo) yang sanggup menjadi jahat demi keluarganya.

Mereka terlibat dalam penyiasatan tentang kehidupan terselindung VVIP Korea Selatan selepas beberapa orang pelakon terkenal menghilang secara misteri. Dalam drama ini, Ji Hye Won membawa watak sebagai Jang Yeong Mi yang merupakan mangsa rogol. Pelakon-pelakon lain yang bergandingan dengan Ji Hye Won dalam drama ini adalah Choi Jin Hyuk, Son Hyun Joo, dan Nana.

 

2. Dr. Romantic 2

fdb1c446 2880 47ef a47b be8e5962490d
Meneruskan kisah Kim Sabu dan paramedik di sebuah hospital kecil Doldam, kali ini dua pelakon utama baru menampilkan Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) dan Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop). Mereka mendapat pengalaman berharga selepas belajar banyak perkara dari doktor Kim.

Kim Sabu menyebut dirinya Dr. Romantic atau identikal dengan panggilan Guru Kim. Karakter ini sangat bijak dan menjadi tutor yang baik bagi para juniornya. Dalam drama ini Ji Hye Won membawa watak sebagai sebagai jururawat pelatih Seo Se-Young.

 

3. It’s Okay to Not Be Okay

265cef73 8e8a 4705 8817 3ee38d03f55e
Kdrama yang membawa tema perubatan dan psikologikal ini mempunyai dua watak unik yang saling berlawanan sifat antara satu sama lain iaitu Moon Kang Tae yang tenang dan Ko Moon Young yang bersifat sembong, emosi, dan suka marah-marah.

Dari kedua-dua watak ini ada cara yang unik yang dimiliki oleh Ko Moon Young untuk menakluki hati orang yang dicintai iaitu Moon Kang Tae. Dia selalu menggunakan cara yang lantang dan tanpa segan untuk menunjukkan cintanya pada Kang Tae, sehingga lama-kelamaan Kang Tae jatuh cinta padanya.

Ji Hye Won membawa watak sebagai Lee A Reum iaitu salah seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital OK tempat Moon Kang Tae bekerja.

 

4. The Sound of Magic

774130bc 95d5 47d7 b87d 1107c8e76f88
The Sound of Magic adalah drama Korea dengan tema yang lain dari yang lain. Merupakan siri original Netflix, Ji Chang Wook bergandingan dengan Choi Sung Eun.

Watak Choi Sung Eun adalah sebagai gadis yang tumbuh dewasa terlalu cepat dan sangat berbeza dengan watak yang dibawa oleh Ji Chang Wook iaitu orang dewasa yang ingin menjadi kanak-kanak. Seorang gadis dengan latar belakang mengerikan bertemu dengan ahli silap mata dengan perwatakan aneh. Anda perlu tonton!

Ji Hye Won membawa watak sebagai Baek Ha Na, gadis berani dan tidak memiliki perasaan takut yang merupakan kawan sekelas Yoon Ah Yi (Choi Sung Eun).

 

5. My Perfect Stranger

Ji Hye Won
My Perfect Stranger menceritakan tentang Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook) yang memulakan kerjayanya sebagai wartawan di sebuah stesen berita tempatan. Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis. Namun, untuk menyara diri, dia bekerja di sebuah syarikat penerbitan.

Pada suatu hari, Baek Yoon Young menghadapi situasi mengejutkan yang mengubah jalan hidupnya. Mereka mendapat peluang untuk kembali ke masa lalu dengan tujuan yang berbeza.

Dalam drama ini, Ji Hye Won membawa watak sebagai Ko Mi Sook versi muda di tahun 1987, dia membawa watak antagonis dalam drama ini.

 

6. Hierarchy

c49f634d e401 4e17 a58e 054ab5c426ca
Mengangkat kisah sekumpulan anak-anak dari keluarga chaebol. Latar utama cerita ini adalah di Jooshin High School, sekolah elit yang diasaskan oleh keluarga konglomerat pemilik Jooshin Group. Ji Hye Won membawa watak sebagai Yoon He Ra iaitu anak bongsu bagi keluarga yang menguasai syarikat perdagangan antarabangsa Yoon. Pelakon-pelakon lain yang bergandingan dengan Ji Hye Won dalam drama ini ialah Roh Jeong Eui, Lee Chae Min dan Kim Jae Won.

Demikian sahaja enam buah drama korea popular yang dibintangi oleh Ji Hye Won. Semua watak yang dibawanya sangat menarik dan pelbagai variasi. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Roh Jeong Eui Akan Muncul dalam 3 Kdrama Baru
Baca juga: 11 Cadangan Kdrama dan Filem Popular yang Dibintangi Park So Yi, Pelakon Cilik Mencuri Perhatian