Tiga episod pertama drama Korea baru iaitu Miss Night and Day telah ke udara pada 14, 15 dan 22 Jun 2024 baru-baru ini.
Miss Night and Day tersebut menceritakan tentang Lee Mi Jin (Jung Eun Ji), seorang gadis manis yang berusia 20-an yang tiba-tiba berubah penampilan menjadi wanita berusia 50-an apabila matahari terbit.
Namun, apabila matahari terbenam, Lee Min Ji akan kembali kepada kejadian asalnya sebagai gadis yang berusia 20-an. Perubahan tersebut merupakan kejutan yang penuh misteri bagi para penonton.
Bukan hanya perubahan penampilan, terdapat banyak misteri di episod perdana drama Korea Miss Night and Day yang berjaya membuatkan para penonton tertanya-tanya.
Mari sama-sama kita lihat perinciannya di bawah ini!
1. Sebelum Lee Mi Jin tiba-tiba berubah penampilan menjadi wanita tua di pagi hari, dia pernah terjatuh ke dalam sebuah perigi semasa cuba menyelamatkan seekor kucing. Di manakah kucing itu sekarang?
2. Di dalam perigi tersebut, dia yang sangat kecewa dengan hidupnya sendiri telah berdoa ingin menjadi orang lain. Adakah perubahan yang dialami olehnya merupakan jawapan sebenar kepada doanya?
3. Siapakah sebenarnya wanita berusia 50-an yang berubah menjadi dirinya di siang hari? Adakah dia merupakan versi tua Lee Mi Jin?
4. Jika bukan versi tua Lee Mi Jin, lalu siapakah wanita tua tersebut yang sebenarnya? Adakah dia mempunyai kaitan tersendiri dengan hidup Lee Mi Jin?
5. Semasa berubah menjadi tua, Lee Mi Jin menggunakan identiti Lim Soon yang telah lama menghilang. Bagaimanakah keadaan wanita itu kini?
6. Ada pembunuh bersiri yang mensasarkan wanita sebagai mangsa. Adakah Lim Soon yang menghilang juga merupakan salah seorang mangsa pembunuh bersiri tersebut?
7. Di akhir episod 2, Lee Mi Jin juga seolah-olah sedang diintai dan diperhatikan oleh pembunuh bersiri yang sama. Adakah dia berjaya menyelamatkan diri?
Ketujuh-tujuh kejutan dan misteri di episod awal drama Korea Miss Night and Day berjaya membuatkan para penonton tertanya-tanya. Kini, Lee Mi Jin perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dirinya di siang hari. Adakah hidupnya boleh kembali normal sekali lagi? Saksikan nanti dalam episod seterusnya ya!