Home Artis Korea 8 Pelakon Wanita Korea Ini Bakal Menemani Anda pada Bulan Julai 2024...

8 Pelakon Wanita Korea Ini Bakal Menemani Anda pada Bulan Julai 2024 Melalui Drama-Drama Lakonan mereka

0

Beberapa buah drama Korea baru sudah diumumkan bakal ditayangkan pada bulan Julai 2024 akan datang. Begitu juga dengan barisan pelakon wanita Korea terkenal yang nampaknya membuatkan para penonton dan peminat setia Kdrama tertanya-tanya tentang watak-watak yang akan mereka bawa.

Terdapat pelbagai jenis genre drama yang bakal ditayangkan, bermula dari romantik hingga genre aksi yang pastinya sangat menarik dan mengujakan untuk ditonton.

Drama-drama ini juga turut menyaksikan kemunculan beberapa orang pelakon yang sangat dinantikan contohnya adalah pelakon cantik manis Kim So Hyun yang membintangi Serendipity’s Embrace (Is It Fate). Drama Korea terakhir yang dibintanginya ditayangkan pada tahun 2023 lalu iaitu My Lovely Liar.

Berikut dibawah ini adalah barisan pelakon wanita yang bakal membuat kemunculan dalam drama Korea yang akan ditayangkan pada bulan Julai 2024 ini.

 

 

 

a5da65cd e374 46a0 829e 4173ed1c9218
1. Dalam drama siri Good Partner, Nam Ji Hyun membawa watak sebagai peguam baru yang melawan ketidakadilan dan penganiayaan dengan caranya sendiri

 

Baca juga: 13 Pelakon Wanita Korea ini Bawa Watak Pelajar Sekolah dalam Kdrama 2024, Awet Muda Sentiasa

 

6b9a9296 7990 4b65 8247 229f25d9fff5
2. Jo A Ram tampil dalam drama The Auditors sebagai pegawai baru dalam pasukan audit, dia adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan sangat fokus pada kejayaan peribadi

 

 

 

IMG 2313
3. Kim So Hyun membintangi drama Serendipity’s Embrace sebagai produser animasi yang mempunyai pengalaman percintaan pahit di masa lalu

 

Baca lagi: 3 Pelakon Wanita Korea Ini Pernah Dituduh Rampas Kekasih Orang, Kaki Sailang

 

IMG 2314
4. Masih dalam drama yang sama iaitu Serendipity’s Embrace, Kim Da Som menjadi sahabat Kim So Hyun yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris

 

 

 

c7e4fd75 2a94 4ce3 a8aa 96e277c08846
5. Buat kemunculan dalam drama thriller, Jung Eun Chae membintangi Your Honor bersama pelakon senior Son Hyun Joo dan Kim Myung Min

 

 

IMG 2312
6. Dalam Sweet Home 3 perkembangan watak Lee Si Young memang sangat dinantikan, dia kembali melawan raksasa-raksasa yang mengerikan

 

 

 

IMG 1637 1
7. Dalam Sweet Home 3 Go Min Si pelakon cantik ini membawa watak sebagai Lee Eun Yoo yang merupakan bekas penari balet yang suka memberontak dan selalu melakukan sesuatu sesuka hatinya

 

Baca lagi: 6 Pelakon Wanita Korea Ini Memiliki Visual dan Aura Seperti Supermodel

 

Pelakon wanita korea

8. Masih dalam drama yang sama iaitu Sweet Home 3, Park Gyu Young membawa watak sebagai Yoon Ji Soo yang mempunyai masa lalu yang sangat mengerikan kerana kawan baiknya mati bunuh diri

Kehebatan lakonan pelakon-pelakon wanita Korea yang bakal muncul dalam drama Korea pada bulan Julai 2024 ini memang tidak perlu diragukan lagi. Mereka selalu berjaya memberi persembahan yang memukau dalam projek drama dan juga filem sebelum-sebelum ini. Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton penampilan istimewa mereka nanti!

Baca lagi: 6 Pelakon Wanita Korea Ini Pernah Bawa Watak Sebagai Orang Cacat Penglihatan, Buat Penonton Berlinang Air Mata
Baca juga: 10 Pelakon Wanita Korea Terkaya dan Gaji Tertinggi 2024