Home Artis Korea Lee Hyeri Bakal Muncul Sebagai Cheerleader dalam Filem Baru “Victory”

Lee Hyeri Bakal Muncul Sebagai Cheerleader dalam Filem Baru “Victory”

0

Para peminat setia Lee Hyeri pasti sudah tidak sabar untuk menyaksikan bintang manis itu dalam filem barunya!

Lee Hyeri bakal membuat kemunculan melalui filem terbaru dalam waktu terdekat ini. Kali ini, anggota kumpulan Girl’s Day tersebut akan tampil sebagai seorang cheerleader dalam filem Victory.

Filem garapan pengarah Park Beom Soo ini mengusung tema sukan dengan latar waktu pada tahun 1999. Mari sama-sama kita lihat sinopsis filem Victory dan beberapa perkara menarik mengenai filem terbaru lakonan Lee Hyeri ini.

 

1. Sinopsis filem Victory

Lee hyeriMengambil latar di sebuah perkampungan kecil Geoje pada tahun 1999, filem Victory mengikuti kisah kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Pil Sun. Pil Sun memiliki impian besar untuk menjadi penari tersohor.

Dia kemudian mengajak kawan baiknya, Mi Na untuk menyertai kelab cheerleader sekolah mereka yang dikenali sebagai Millennium Girls. Kelab tersebut disertai oleh beberapa orang pelajar termasuk Sehyun, pelajar yang baru berpindah dari Seoul yang sebelum ini juga pernah menjadi anggota cheerleader di sekolah lamanya.

Semua ahli kumpulan Millennium Girls saling bekerja keras hingga membuatkan hubungan mereka menjadi semakin akrab. Lalu adakah akan berjaya menggapai impian besar tersebut?

 

2. Senarai pelakon filem Victory

Filem victoryMenariknya, watak Pil Sun dibawa oleh Lee Hyeri. Pada 2 Julai 2024, pihak produksi filem Victory melancarkan still cut penampilan Lee Hyeri yang tampak ceria dan comel mengenakan pakaian seragam ‘MILLENIUM GIRLS.’

Bukan hanya Lee Hyeri, filem Victory juga dibintangi oleh beberapa orang artis terkenal Korea yang lain. Berikut ini adalah senarainya.

● Hyeri sebagai Pil Sun
● Park Se Wan sebagai Mi Na
● Jo Aram sebagai Sehyun
● Lee Jung Ha
● Choi Ji Soo
● Baek Ha Yi
● Kwon Yu Na
● Yeom Ji Young
● Lee Han Joo
● Park Hyo Eun

 

3. Tarikh tayangan filem Victory

IMG 6466Berita gembira buat para peminat Hyeri terutamanya, filem Victory bakal ditayangkan di pawagam Korea Selatan pada 14 Ogos 2024 akan datang. Sayangnya, hingga artikel ini diterbitkan, belum ada maklumat lebih lanjut tentang tayangan filem Victory secara global, termasuk di pawagam negara kita. Jadi, kita nantikan update terbaru ya!

Baca lagi: Hyeri Disahkan Bakal Muncul dalam Kdrama Misteri Thriller Terbaru
Baca juga: Kim So Yeon Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru “Virtuous Sales”, Bergandingan dengan Yeon Woo Jin