Home Netflix Anda Suka Siri Nightmares and Daydreams karya Terbaru Joko Anwar? Ini Panduan...

Anda Suka Siri Nightmares and Daydreams karya Terbaru Joko Anwar? Ini Panduan Tonton Mengikut Susunan Garis Masa

0

Tahukah anda dalam dunia perfileman, kita sering berhadapan dengan cerita yang kompleks dan menarik.

Antara yang tidak kurang menariknya ialah siri Nightmares and Daydreams karya oleh Joko Anwar yang bukan sahaja menawarkan cerita-cerita unik malah turut mengajak penonton mengikuti garis masa yang luar biasa.

Dengan jumlah tujuh episod, siri Nightmares and Daydreams ini menggambarkan beberapa peristiwa yang saling berkaitan, membentuk sebuah cerita yang kaya dengan misteri dan saspens.

Nightmares and Daydreams

Bagi anda yang baru menemui siri Nightmares and Daydreams ini atau ingin memahaminya dengan lebih mendalam, berikut ialah panduan susunan yang anda patut menonton Nightmares and Daydreams berdasarkan garis masa cerita.

1. Episod 4: Encounter (1985)

IMG 2240

Episod ini adalah titik permulaan untuk semua peristiwa yang berlaku dalam Nightmares and Daydreams.

Mengisahkan Wahyu (lakonan Lukman Sardi), seorang nelayan yang tiba-tiba bertemu dengan entiti di pantai, digelar bidadari. Kisah ini berlaku pada tahun 1985, di Jakarta Utara, dan menandakan bermulanya konflik antara manusia kelas Antibodi dan makhluk Agarthan (makhluk yang menghuni rongga bumi) dan kejahatan.

 

2. Episod 5: The Other Side (1997)

IMG 2239

Ceritanya bersambung hingga 1997 di Jakarta, dengan fokus kepada Bandi (lakonan Kiki Narendra) dan Dewi (lakonan Sita Nursanti).

Bandi, suami Dewi, hilang tanpa jejak selama dua tahun. Namun, apabila Bandi pulang ke rumah, dia berasa seperti baru pergi sebentar dan hanya singgah dan masuk ke pawagam tempat dia bekerja dahulu. Dewi yang cuba mencari kebenaran di sebalik kehilangan suaminya, mendapati penglibatan makhluk yang dahsyat.

 

3. Episod 1: Old House (2015)

IMG 2234

Kali ini kisahnya berada di sebuah rumah penjagaan misteri yang didiami oleh figura yang menakutkan pada 2015.

Panji (Ario Bayu), seorang pemandu teksi, terpaksa berdepan detik tegang apabila ibunya terpaksa ditinggalkan di rumah anak yatim itu. Penemuan rahsia gelap di sebalik dinding rumah jagaan itu membawa Panji berkonfrontasi dengan makhluk raksasa kembar yang mendiami tempat itu (alien).

 

4. Episod 3: Poems and Pains (2022)

IMG 2235

Tahun 2022 menjadi latar untuk episod ini yang mengisahkan Rania (bintang Marissa Anita), seorang penulis novel terkenal.

Rania terpaksa menulis sekuel novelnya yang berjaya sebelum ini, walaupun dia sendiri tidak mahu. Kisah ini membuka tirai hubungan misteri antara watak fiksyen dalam novelnya dengan adik kembarnya di dunia nyata.

 

5. Episod 6: Hypnotized (2022)

IMG 2236

Episod ini mengisahkan Ali (Fachry Albar), seorang juruteknik yang sukar mendapat pekerjaan kerana buta warna.

Ali terperangkap dalam situasi yang tidak munasabah apabila dia mencuri wang daripada seorang wanita, yang ternyata mempunyai kuasa hipnosis yang mematikan. Cerita ini berkait rapat dengan watak-watak utama dari episod sebelumnya, sekali gus mewujudkan jalinan yang semakin kompleks.

 

6. Episod 2: The Orphan (2024)

IMG 2237

Episod ini pada tahun 2024, mengisahkan tentang Ipah (Nirina Zubir) dan Iyos (Yoga Pratama).

Mereka mengambil figura anak yatim piatu yang digelar anak syaitan dengan harapan dapat kekayaan dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, kehidupan mereka dilanda kengerian dan mengancam nyawa mereka sendiri.

 

7. Episod 7: PO Box (2024)

IMG 2238

Ceritanya sama pada 2024, penonton dibawa ke Valdya (Asmara Abigail), yang mencari adiknya yang hilang selama lima tahun.

Pencariannya membawanya ke pertempuran epik antara Antibodi dan Agarthan, di mana rahsia terbongkar. Episod ini merupakan kemuncak konflik yang membelenggu watak utama sepanjang siri ini.

Persoalannya, kenapa Ipah (watak dari Ep2) tidak muncul? Kerana kita tidak pernah tahu nasib sebenar beliau. Boleh jadi Ipah akan muncul pada musim ke-2 aka dihidupkan semula oleh anak syaitan yang cuba menghidupkan dirinya kerana rasa seperti kehilangan Ipah akibat kasih sayang yang diberikan kepada anak syaitan.

Nah, anda boleh menonton episod mengikut urutan Nightmares and Daydreams ini di Netflix, atau dalam susunan rawak mengikut garis masa cerita.

Dengan menjejaki garis masa cerita Nightmares dan Daydreams, kita dapat melihat betapa kompleksnya hubungan antara setiap episod dan bagaimana ia saling berkaitan untuk membina naratif yang tegang dan misteri. Joko Anwar sekali lagi berjaya mencipta karya yang bukan sahaja menghiburkan, malah mengajak penonton mempersoalkan realiti dan misteri yang tersembunyi di sebalik skrin.

Baca lagi: 9 Filem dan Siri Seram Thriller Misteri Popular Karya Joko Anwar, Terbaru Ada Nightmares and Daydreams Tayang di Netflix
Baca juga: 5 Filem Thriller Diangkat dari Manga dengan Jalan Cerita Mengejutkan dan Penuh Kengerian