Home News 8 Filem Korea yang Mengungguli Carta Box Office 2024 Setiap Hari Semasa...

8 Filem Korea yang Mengungguli Carta Box Office 2024 Setiap Hari Semasa Ditayangkan Di Pawagam

0

Industri perfileman Korea Selatan diwarnai oleh banyak karya menarik sepanjang enam bulan pertama tahun 2024 ini. Bahkan sudah ada dua buah filem Korea yang berjaya menembusi 10 juta penonton.

Dua filem tersebut adalah Exhuma dan juga The Roundup: Punishment dengan genre yang cukup berbeza iaitu okultisme dan aksi. Kedua-dua filem ini juga merupakan filem Korea yang paling lama memegang takhta tempat pertama box office setiap hari semasa ditayangkan di negara Korea.

Namun, ada juga beberapa buah filem Korea lain yang juga berjaya menduduki takhta box office harian semasa tempoh penayangan pada tahun 2024 ini. Jom kita lihat dibawah ini!

 

f4f3f5c8 40e4 434e 8f2c 198c3c3105091. Ditayangkan pada 20 Disember 2023, Noryang: Deadly Sea masih boleh bertahan di tangga pertama box office harian Korea Selatan hingga 2 hari pertama tahun 2024

 

 

 

Filem korea2. Alienoid: Return to the Future merupakan filem Korea Selatan yang berjaya mencapai puncak box office harian dan bertahan selama 14 hari berturut-turut!

 

 

 

e6692087 5ef7 4971 b6d8 a32ea7fbf63f3. Tidak kurang hebatnya seperti Alienoid 2, filem Citizen of a Kind yang diangkat dari kisah benar ini menarik perhatian ramai penonton hingga boleh merajai box office selama 7 hari berturut-turut

 

 

 

c60413be 8d3e 4659 b605 9614a297cd934. Exhuma merupakan filem Korea Selatan pertama pada tahun 2024 yang mencapai 10 juta penonton. Filem ini juga berada di tempat pertama box office harian hingga tempoh 48 hari, hebat bukan?

 

 

 

df17ff69 d310 4995 bac3 240f545e89035. Troll Factory pernah merampas tangga pertama box office harian Exhuma pada hari tayangan perdananya. Namun, sayangnya filem ini berada di puncak selama 1 hari sahaja

 

 

 

511a000d 9836 4b3c b2e9 4bf4d67061f06. The Roundup: Punishment terbukti tidak kurang hebatnya dari siri filem sebelum ini. Filem ini melangkaui 10 juta penonton dan merajai box office selama 28 hari

 

 

 

9a2e583a a139 4c53 a1ce 46e809ea44127. The Plot diadaptasi dari filem Hong Kong, Accident (2009). Selama ditayangkan di pawagam negara Korea, filem ini hanya boleh bertahan 2 hari di puncak box office

 

 

 

320c00b1 e48b 4936 bf46 b22a445284078. Wonderland merupakan satu-satunya filem romantik yang berjaya berada di puncak box office harian pada tahun 2024 ini, filem ini merajai box office selama 7 hari berturut-turut, genre romantik tetap berbisa!

Kelapan-lapan filem yang tersenarai di atas memang unggul jika dibandingkan dengan filem-filem lain, baik filem Korea Selatan mahupun filem dari luar negara yang ditayangkan di pawagam Korea Selatan sepanjang 6 bulan pertama tahun 2024.

Beberapa buah filem dari yang tersenarai di atas juga sudah dan bakal tayang di OTT dan boleh anda tonton di rumah! Contohnya filem Alienoid: Return to the Future yang sudah tersedia di Prime Video dan Wonderland yang bakal ditayangkan di Netflix tidak lama lagi. Nantikan ya!

Baca lagi: Filem Korea Joseon Chefs, Kisah Benar Lagenda Gastronomi Korea
Baca juga: 4 Pilihan Filem Korea tentang Pengembaraan, Kisah Penuh Pengajaran dan Meruntun Hati