Bagi peminat program realiti Running Man, pasti kenal dengan salah seorang ahli perempuan mereka iaitu Jeon Somin. Walaupun tidak begitu menyerlah dalam bidang lakonan, kini dia dikenali ramai kerana perangai ‘gila-gila’nya dalam program tersebut.
Baru-baru ini, Jeon Somin ada memuat naik foto buku keluarannya sendiri iaitu “You Can Drink And Call Me” menerusi laman Instagram miliknya. Namun yang menjadi perhatian netizen adalah luahannya yang dilihat sedang mengalami depresi.
Saya sangat sedih
“Sebenarnya, saya berasa sangat sedih sekarang. Saya pasti tiada yang peduli pun tetapi apabila seseorang melihat muka kosong saya dan bertanya apa yang tak kena, itu mungkin buat kami rasa disayangi.
“Hakikatnya walaupun berapa banyak senarai nombor dalam telefon bimbit, tiada sorang pun yang akan cuba dapatkan saya bila saya memerlukan mereka, bermakna saya tak disayangi. Sejak bila saya rasa sunyi sebegini?” luahnya
Cerita menarik tak akan kekal lama
“Saya melihat salah seorang kawan saya membaca buku ini dan menangis. Saya gembira dan berterima kasih kerana reaksinya itu berbanding eksprisi. Saya rasa seperti saya difahami. Dia faham perasaan saya seperti mana harapkan.
“Dia sangat berbangga dengan saya. Dia berbangga dengan kisah orang yang tidak didengari dan dipandang tinggi.
“Jikalau awak ada kelapangan, tolonglah buka buku saya. Awak mungkin penat, tak minat dan meluat dengan luahan perasaan saya tetapi saya menulis semuanya di dalam sebuah buku.
“Saya tertanya adakah awak akan berlari dan memeluk saya sekiranya awak tahu kisah saya ini. Tak, awak masih lagi akan kekal sama. Itu hanyalah harapan, jangkaan dan salah faham. Cerita yang menarik tak akan kekal lama.” ujarnya
Ini respon netizen:
Apa kata anda? Dah baca jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih
Sumber : oh bulan