Home Kdrama/Kmovie Drama Korea The Auditors Memaparkan 4 Realiti Persekitaran Kerja, Banyak Cabaran

The Auditors Memaparkan 4 Realiti Persekitaran Kerja, Banyak Cabaran

0

Drama Korea yang mengangkat tentang kehidupan dunia kerja memang selalu menarik untuk diikuti.

Salah sebuah drama yang menarik tentang tempat kerja dan pekerjaan adalah The Auditors yang sudah ditayangkan sejak 6 Julai 2024 lalu di platform streaming Viu.

The Auditors ini mengangkat kisah liku-liku kehidupan para juru audit di sebuah syarikat. Mereka perlu berhadapan dengan orang atasan yang terus-menerus menyembunyikan kejahatan mereka. Dalam drama ini anda boleh melihat dinamika seorang juru audit dalam bekerja.

Berikut ini ialah realiti dunia kerja yang ada dalam drama The Auditors.

 

1. Rakan kerja yang bersemangat dan bercita-cita tinggi

The auditors

Dalam dunia kerja, rakan merupakan orang yang akan selalu berada di lingkungan kita pada setiap hari. Kebanyakan rakan kerja snagat bersemangat dan menganggap satu sama lain sebagai saingan.

Seperti dalam drama The Auditors, rakan kerja bersaing antara satu sama lain. Seperti watak Yoon Seo Jin (Jo A Ram) yang cukup kaku dan dan kurang bergaul. Dia selesa dengan usahanya sendiri dan berusaha mencapai kejayaan dengan caranya.

Baca lagi: The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah

2. Orang atasan yang toksik

IMG 4586

Selain rakan kerja, orang atasan juga sangat penting dalam persekitaran kerja. Salah satu karakter dalam The Auditors adalah Hwang Dae Woong (Jin Goo). Dia merupakan wakil presiden yang mahu menjadi presiden. Hwang Dae Woong sanggup melakukan kejahatan untuk menutup perangai buruknya. Dia membantu orang bawahannya yang sudah jelas melakukan rasuah.

 

3. Dianggap tidak cekap padahal sudah bekerja keras

b5bc44df 5a89 49ee 9dfc baa9c7b7e16e

Dalam dunia pekerjaan selalunya mempunyai konflik tersendiri. Dianggap tidak cekap walau sudah bekerja sangat keras adalah sangat menyakitkan. Seperi Goo Han Su (Lee Jung Ha) yang merupakan salah seorang anggota pasukan audit. Dia mempunyai sikap ceria dan mudah tersentuh dengan sikap orang lain.

Sebenarnya, Han Su sangat berbakat tapi akhir-akhir ini dia terlibat dalam konflik dengan pengurus barunya iaitu Shin Cha Il (Shin Ha Kyun). Shin Cha Il menganggapnya tidak cekap bekerja dan ingin memindahkannya ke pasukan lain.

 

4. Tidak semua orang boleh dipercayai

IMG 4587

Dalam dunia pekerjaan, tidak semua orang boleh dipercayai. Seperti hubungan Han Su dan Seo Jin. Mereka memang tidak terlalu rapat walau sama-sama menjadi junior dalam pasukan audit.

Seo Jin yang tampak tidak memiliki hubungan dengan sesiapa pun, ternyata mengenali Hwang Dae Woong. Mereka memang sengaja menyembunyikan hubungan mereka kerana kepentingan masing-masing. Inilah yang membuatkan Seo Jin tampak begitu mencurigakan.

Drama The Auditors memberikan gambaran secara jelas mengenai realiti dunia pekerjaan, terutamanya sebagai juru audit. Jangan lupa menonton drama yang sedang ongoing ini ya!

Baca lagi: The Auditors, Mengapakah Shin Ha Kyun Menunjukkan Kelemahan dalam Kes Rasuah Baru?
Baca juga: Mengapa Perlu Tonton The Auditors? Kdrama Popular dan Hits Terbaru