Home Netflix 3 Siri Original Netflix Kembali dengan Musim Baru Minggu Ini

3 Siri Original Netflix Kembali dengan Musim Baru Minggu Ini

0
Netflix

Tiada perkhidmatan penstriman lain yang berjaya menghasilkan siri original sebanyak Netflix.

Pada bulan ini beberapa siri original Netflix disambung kepada musim baru. Pada setiap minggu Netflix akan melancarkan siri original terbarunya dan biasanya para penonton tidak perasan dengan tayangan-tayangan siri-siri original Netflix dengan musim terbaru.

Minggu ini, musim terakhir drama remaja berbahasa Sepanyol Elite bakal tiba, menamatkan salah satu siri bahasa asing yang paling lama ditayangkan di Netflix. Kita juga bakal dihidangkan dengan musim baru drama pengintip Kleo dan musim kedua terakhir The Dragon Prince.

 

1. Kleo: Musim 2 (25 Julai)

Tahun ini merupakan tahun yang memuaskan untuk peminat drama pengintip (spy). Netflix bakal menghidangkan musim baru Kleo yang mengikuti perisik Jerman Timur Kleo Straub ketika dia cuba memikirkan bagaimanakah dia berakhir di penjara selepas membunuh seorang lelaki di kelab malam.

 

2. The Dragon Prince: Musim 6 (26 Julai)

Sedekad selepas berkhidmat sebagai ketua penulis pada ketiga-tiga musim Avatar: The Last Airbender, Aaron Ehasz bekerjasama dengan pengarah bersama Uncharted 3: Drake Deception Justin Richmond untuk mencipta siri animasi baru yang bertajuk The Dragon Prince.

Netflix

Siri TV fantasi berlatarkan Xadia, tempat naga, bunian dan manusia pernah hidup bersama secara aman sebelum manusia mula mengamalkan sihir gelap. Musim kedua terakhir ditayangkan secara perdana minggu ini.

 

3. Elite: Musim 8 (26 Julai)

Akhirnya, drama remaja Sepanyol Elite akan berakhir minggu ini dengan musim kelapan dan terakhirnya. Siri ini mengikuti tiga orang pelajar kelas pertengahan yang mendapat biasiswa ke Las Encinas, sebuah sekolah swasta fiksyen di Madrid, Sepanyol. Siri ini meneroka beberapa subjek yang menarik termasuk kelas sosial, penggunaan dadah dan jenayah. Jika anda sedang mencari siri yang panjang dan bosan menonton siri-siri percintaan biasa, anda boleh cuba menonton semua lapan musim Elite di Netflix.

Jadi bagaimana? Adakah anda pengikut setia siri-siri ini atau anda belum pernah lagi cuba menonton siri-siri di atas?

Baca lagi: 10 Kdrama Terbaik Untuk Ditonton Selepas Sweet Home, Bawa Konsep Sama
Baca juga: 5 Filem dan Kdrama Menarik Bakal Ditayangkan di Netflix pada Ogos 2024 Nanti