Home Movie Minat Filem Seram? Anda Perlu Tonton 5 Filem Ini Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur...

Minat Filem Seram? Anda Perlu Tonton 5 Filem Ini Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup

0
Filem seram

Jika anda seorang adalah seorang peminat filem seram maka anda mesti menonton filem-filem yang akan kami cadangkan berikut ini.

Anda akan disajikan dengan babak paling tegang apabila menonton filem-filem ini. Bukan itu sahaja, filem seram dibawah ini juga telah dihasilkan di Asia dan telah memenangi jutaan hati peminat di seluruh dunia.

1. Ringu

Filem seramBermula dari kematian pelik dua orang pelajar perempuan selepas menonton video, Reiko Asakawa (Nanako Matsushima), seorang wartawan dan ibu saudara salah seorang mangsa, cuba menyelesaikan misteri kematian anak saudaranya itu. Pada suatu hari, Reiko menemui video itu dan menontonnya. Kemudian, gangguan makhluk ghaib tersebut mula menghantui Reiko.

 

2. A Tale of Two Sisters

Filem ini mengisahkan tentang dua beradik yang bernama Bae Soo Mi (Im Soo Jung) dan Bae Su-Yeon (Moon Geun Young). Selepas kematian ibu kandungnya, Soo Mi mengalami gangguan mental dan sering mengalami khayalan, dalam Khayalannya dia melihat ibu tirinya Eun-Joo (Yum Jung-Ah) membunuh adiknya Su-Yeon.

 

3. Ju-On

Apabila anda menonton filem ini, bersedialah kerana anda benar-benar akan dihantui oleh hantu menyeramkan dalam filem ini. Filem ini mengisahkan tentang roh yang menghantui sebuah rumah di Jepun. Kerana cemburu, Tokeo Saeki tergamak membunuh isterinya Kayako dan anaknya Toshio. Selepas kejadian ini, roh mereka merayau dan bersedia untuk menghantui sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah tersebut.

 

4. The Wailing

Filem ini mengisahkan tentang kes pembunuhan bersiri sebuah keluarga di sebuah kampung terpencil di Korea Selatan. Pada mulanya polis mengesyaki kes itu berlaku kerana mangsa makan cendawan beracun dan menjadi gila. Namun lama kelamaan perkara yang sama berlaku lagi sehingga polis mengesyaki perkara ini berlaku kerana sumpahan orang Jepun yang tinggal bersendirian di atas sebuah gunung.

 

5. Shutter

IMG 6416
Filem yang dibuat di Thailand ini mengisahkan tentang pasangan Tun (Ananda Everingham) dan Jane (Natthaweeranuch Thongmee). Pada suatu hari, mereka secara tidak sengaja melanggar seorang wanita Kerana panik, mereka meninggalkan wanita itu terbaring di atas jalan. Gangguan makhluk ghaib bermula. Tun, seorang jurugambar, sentiasa menemui wanita dengan wajah kabur dalam setiap gambar yang diambilnya.

Demikian 5 buah filem seram Asia terbaik yang mesti anda tonton sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda. Jika anda peminat filem seram, anda pasti menyukai filem-filem yang tersenarai di atas.

Baca lagi: 4 Filem Tentang Cerita Rakyat dari Thailand, Kisah Seram Turun Temurun
Baca juga: Minat Filem Seram dan Thriller Indonesia? Nantikan 7 Filem Ini Tayang Pada Ogos 2024