Home Kdrama/Kmovie 10 K-Drama Akan Membuat Anda Jatuh Cinta Kembali.

10 K-Drama Akan Membuat Anda Jatuh Cinta Kembali.

0

K-Drama ini akan membuatkan anda rasa ingin mencari teman istimewa anda sendiri tau!

K-Drama adalah merupakan satu peluang, terutama penonton membayangkan seperti mereka yang sedang dalam drama tersebut. Hal ini kerana, watak yang dimainkan dalam drama-drama tersebut memainkan peranan penting dalam menghayati sebuah lakonan.

Berikut adalah 10 K-Drama yang boleh anda tonton yang membuatkan anda percaya kepada sebuah pencintaan balik!

1. Descendants of the Sun

Descendants of the sun adalah cerita tentang Kapten pasukan khas dan seorang doktor yang secara kebetulan terjumpa dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain di saat memberi bantuan kepada orang yang mengalami bencana alam.

descendantsofthesun kbsworld

2. Love in the Moonlight

Love in the moonlight adalah drama sejarah yang melibatkan kehidupan putera mahkota dan seorang gadis yang berpura-pura menjadi seorang lelaki.Drama ini penuh dengan saat-saat yang menyeronokkan dan romantis.

moon light

3. My First First Love

My first first love adalah sebuah drama yang berkisarkan kehidupan pelajar kolej yang menjalani perjalanan hidup yang sama. Drama ini masih segar di ingatan dan akan memberikan keseronokan kepada penonton. Disamping juga menceritakan tentang persahabatan dan keluarga.

Capturelove

4. The Bride of Habaek

Ha Baek (Nam Joo Hyuk) merupakan dewa penurun hujan sedangkan dan So A (Shin Se-Kyung) adalah seorang psikiatri. “The Bride of Habaek” mengisahkan tentang penduduk desa yang menderita akibat kekeringan berpanjangan. Dewa air Ha Baek dapat menurunkan hujan jika seorang wanita muda menjadi isteri kepadanya dan ditakdirkan untuk melayani tuhan air ini semasa dia berada di Bumi. Drama ini dapat membuat penonton sedar bahawa perbezaan bukan lagi satu perkara yang penting apabila anda jatuh cinta.

CJ EM The Bride of Habaek 2017 2

5. Her Private Life

Her Private Life menceritakan kisah Sung Duk Mi (Park Min Young) yang menjalani kehidupan sebagai seorang kurator galeri seni profesional. Manakala, Sung Duk Mi juga adalah seorang fans fanatik kpop atau fangirl idola. Drama ini mengingatkan para penonton bahawa ada orang yang akan mengasihi anda dan mereka sanggup menerima semua kekurangan tanpa teragak-agak.

her private life 1

6. Rookie Historian Goo Hae Ryung

Satu lagi drama sejarah, Rookie Historian Goo Hae Ryung adalah K-Drama yang dapat membuat penonton percaya pada cinta lagi. Drama ini bercerita mengenai seorang calon sejarahwan wanita Goo Hae Ryung (Shin Se Kyung) dan seorang lelaki bernama Lee Rim (Cha Eun Woo) yang secara diam-diam merupakan penulis novel popular. Seiring perjuangan Goo Hae Ryung (Shin Se Kyung) dalam memperjuangkan cita-citanya, terselip cerita romantis dengan  Lee Rim (Cha Eun Woo) yang memiliki sebuah rahasia yang disembunyikan dari orang ramai.

rookie historian 1

7. She was Pretty

She was pretty adalah satu lagi drama yang berkisarkan tentang seorang gadis yang dulu terkenal dengan penampilan cantiknya, tetapi menjadi “tidak menarik” ketika dia umurnya meningkat tua.

pretty

8. Strong Woman Do Bong Soon

Do Bong Soon menceritakan seorang wanita yang mempunyai kekuatan luar biasa dimana dia mampu mengangkat beban yang sangat berat berkali-kali ganda dari tubuhnya. Sementara itu, Ahn Min Hyuk merupakan seorang pengarah ternama dari sebuah perusahaan dan In Gook Do merupakan seorang polis iaitu kawan kepada Bong Soon.

strong women 2

9. Legend of the Blue Sea

Legend of the Blue Sea adalah drama yang menceritakan tentang putri duyung ajaib yang berjumpa dengan seorang lelaki yang dicintainya dan menjalani kehidupan di daratan seperti orang biasa.

blue

10. What’s Wrong With Secretary Kim?

What’s Wrong With Secretary Kim adalah drama tentang seorang setiausaha yang sangat rajin dan ghairah tentang pekerjaannya itu. Drama ini menunjukkan bahawa anda boleh mencari cinta di mana saja, kadang-kadang walaupun di tempat yang paling tidak dijangka.

secretary kim 3

Dah baca? Jangan lupa like,share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Koreaboo