Home Anime 5 Anime Popular Ini Diadaptasi ke Versi Live Action, Drama dan Filem...

5 Anime Popular Ini Diadaptasi ke Versi Live Action, Drama dan Filem yang Diminati Ramai

0

Live action anime adalah sebuah filem atau drama siri yang dihasilkan ke dalam layar kaca atau layar perak yang dibuat dengan pelakon sebenar. Bagi anda para peminat anime, pastinya anda mengetahui ada banyak anime yang pernah diadaptasi menjadi sebuah filem dan drama.

Menampilkan cerita sama dalam anime namun dengan gaya arahan yang berbeza menjadikan sebuah pengalaman menonton yang baru. Berikut ini adalah 5 pilihan live action anime yang boleh anda tonton.

 

1. Your Lie In April (filem)

Anime live actionKisah percintaan dua orang insan yang dibaluti dengan kehidupan di sekolah dan genre muzikal ini berjaya membuatkan para peminat anime menangis dengan kisah tragis yang ditampilkan oleh setiap watak yang benar-benar menusuk hati dan benar-benar menghancurkan sisi emosional kita ketika menontonnya.

Anime live action ini mengisahkan tentang seorang pemain piano yang memiliki trauma semasa bermain piano yang membuatnya berhenti seketika untuk bermain piano, namun semuanya berubah apabila seorang gadis pemain biola bernama Kaori muncul dalam hidupnya yang membuatnya kembali bermain piano dan menjalin hubungan asmara walau semasa muncul Kaori tiba-tiba tidak sedarkan diri. Ada perkara yang disembunyikan Kaori dari pemain piano tersebut.

Ceritanya tetap berjaya membuatkan penonton menangis dengan sentuhan emosional yang lebih mendalam, serta lakonan para pelakon yang sangat berkesan.

 

2. Let Me Eat Your Pancreas (filem)

Live actionSebuah Live Action yang diambil dari anime yang memiliki visual yang menarik, menampilkan kisah percintaan dan persahabatan pelajar sekolah Jepun yang sangat unik dan hangat namun membuatkan air mata berderai dalam masa yang sama.

Mengisahkan tentang seorang gadis yang sudah nazak, tanpa sengaja seorang jejaka menemui buku rahsianya, dari sanalah gadis dan jejaka itu mula bersatu dan mereka berusaha bersama untuk memenuhi impian gadis tersebut.

 

3. Anohana: The Flower We Saw That Day (drama 1 episod/filem TV)

IMG 6929Jika sudah bosan dengan kisah percintaan, anda boleh menonton kisah persahabatan yang sangat menarik ini dan pasti membuatkan anda emosi dengan sentuhan ceritanya yang unik.

Kisah ini menceritakan tentang seorang remaja bernama Jinta yang bertemu dengan teman masa kecilnya yang merupakan roh, kawan masa kecilnya itu ternyata memiliki sebuah permintaan namun dia terlupa, memaksa Jinta untuk bertemu kembali dengan kawan-kawan lamanya demi mengungkap keinginan kawannya yang sudah meninggal dunia itu.

Jalan ceritanya sangat emosional namun tetap diselitkan elemen komedi dan membuatkan kita ketawa tidak kering gusi, namun pastinya akan ada waktu kita berderai air mata dengan cerita yang disajikan. Kisah persahabatan antara roh dan manusia yang lucu namun dalam masa yang sama membuatkan penonton berendam air mata.

 

4. Great Teacher Onizuka (drama TV)

IMG 6930Drama siri ini menceritakan tentang seorang bekas ketua geng motor yang menjadi seorang guru dengan niatnya mahu mencari murid yang paling seksi. Cerita yang penuh dengan babak komedi namun drama ini memiliki ramai peminat tersendiri.

Memang terdapat banyak babak yang membuatkan para penonton ketawa terbahak-bahak di setiap episod kerana para pelakon sangat mirip dengan watak-watak dalam versi anime.

 

5. Assasination Classroom (filem)

IMG 6931Dibaluti dengan komedi yang sangat mencuit hati, tidak lupa juga kisah antara guru dan murid yang sangat menarik dan juga terasa sangat hangat.

Filem ini mengisahkan tentang pelajar-pelajar sebuah kelas yang perlu membunuh guru mereka kerana guru mereka yang merupakan seorang makhluk kuat akan menghancurkan bumi hingga binasa apabila waktu cuti panjang tiba.

Filem ini memiliki 2 siri yang sangat menarik dengan komedinya yang melucukan, kisah persahabatan pelajar sekolahnya juga sangat unik, aksinya juga sangat menawan untuk sebuah filem anime live action.

Demikian 5 anime menarik yang digarap menjadi sebuah live action yang perlu anda tonton, anda paling suka anime live action yang mana?

Baca lagi: 4 Anime di Netflix Ini Bawa Kisah Misteri dan Penyiasatan, Penonton Diajak Berfikir Bersama
Baca juga: Donquixote Doflamingo Bakal Bergabung dengan Cross Guild? Adakah Doflamingo Akan Kembali ke Saga Terakhir One Piece?