Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Filem dan Drama Korea Mengisahkan Tentang Keajaiban dalam Kehidupan

5 Filem dan Drama Korea Mengisahkan Tentang Keajaiban dalam Kehidupan

0

Keajaiban akan datang apabila kita terus melakukan sesuatu dengan kerja keras tanpa putus asa dan memiliki keinginan yang kuat untuk mencapainya.

Berikut ini adalah 5 filem serta drama Korea yang menampilkan realiti keajaiban sebenar yang dapat membuat anda bersemangat dan tidak menyerah untuk meneruskan impian anda!

 

1. The Miracle We Meet

Drama koreaTayang pada tahun 2018, drama Korea ini dibintangi oleh Kim Myung Min, Ra Mi Ran dan Kim Hyun Joo sebagai pelakon utama dengan menonjolkan konflik keluarga. Menceritakan tentang dua orang yang memiliki nama yang sama, namun latar belakang mereka sungguh berbeza. Song Hyun Chul (Kim Myung Min) seorang ketua cawangan sebuah bank terkenal dan Song Hyun Chul (Ko Chang Seok) seorang tukang masak di sebuah restoran China.

Pada suatu hari, Dewa Ato (Kai EXO) melakukan kesalahan, dia tersalah mengambil nyawa dan membuatkan Song Hyun Chul si tukang masak bertukar roh dengan Song Hyun Chul si ketua cawangan bank. Di sinilah keajaiban-keajaiban bermula.

Walau bertema fantasi, namun drama Korea ini memiliki banyak pesanan moral, contohnya seperti kita perlu selalu menyayangi keluarga dengan sepenuh hati.

Baca lagi: 9 Drama Korea Thriller Jenayah, Kisah Pembunuhan Kejam

2. The Miracle (2016)

366c906e 5e8a 429a 91e1 c59d836795cdMini drama Korea ini memiliki 12 episod dengan 16 minit tayangan untuk setiap episod. Membawa genre fantasi-romantik, drama ini menampilkan jalan cerita yang sangat mainstream dengan cerita sepasang gadis kembar yang memiliki fizikal dan karakter yang berbeza. Seorang penilik nasib yang dapat mengabulkan permintaan datang dan membuat mereka bertukar tubuh. Hari-hari mereka lalui dengan tubuh yang berbeza akhirnya dimulakan.

Walau memiliki jalan cerita yang mudah dijangka, namun watak Kwon Shi Ah (Kim Na Hyun) dan Kwon Si Yeon (Hong Yoon Hwa) ditonjolkan dengan baik melalui lakonan yang berkesan kerana boleh membuatkan penonton mengetahui perbezaan sifat dua kembar ini.

Mini drama The Miracle ini juga menampilkan pesanan moral yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian, contohnya walaupun diri kita mempunyai kekurangan namun menjadi diri sendiri itu tetap adalah pilihan yang terbaik.

 

3. The Miracle: Letters To The President

8483ae0d 1956 4372 b96e 77b11fb4d3b3Filem Korea ini ditayangkan pada tahun 2021 dengan durasi 117 minit dan dibintangi oleh Park Ju Min serta Im Yoona (SNSD) sebagai pelakon utama. Filem The Miracle: Letters To The President mengusung genre komedi, drama, fantasi, romantik dan coming of age.

Walau pada awal filem para penonton diajak untuk seakan-akan terbawa dengan romantisnya hubungan pelajar sekolah, namun berjalannya plot cerita, filem yang berlatar tahun 1980-an ini juga menyajikan tentang kehangatan keluarga dan perjuangan seseorang untuk meraih impiannya. Selain itu, plot twist yang ditampilkan dalam filem ini juga sangat mengejutkan.

 

4. Miracle in Cell No. 7

3d1851db 0a00 43a3 8f8f 52ff266fe9b6Filem yang ditayangkan pada tahun 2013 dan dibintangi oleh salah seorang pelakon hebat Korea Selatan iaitu Park Shin Hye (Ye Sung dewasa) ini nampaknya memiliki kesan yang tidak dapat dilupakan di hati para penonton. Bahkan, filem Miracle in Cell No. 7 ini juga telah dijadikan remake dalam pelbagai versi.

Menceritakan tentang rasa cinta seorang ayah yang memiliki ketidakupayaan mental kepada anaknya, begitu juga sebaliknya. Walau terdengar penuh kehangatan dan kebahagiaan, tapi filem ini juga mengandung banyak adegan yang meruntun perasaan, terutamanya ketika Lee Yong Goo (Ryu Seung Ryong) dituduh menculik, membunuh, dan merogol seorang kanak-kanak. Hingga dia terpaksa dipisahkan dari anaknya yang masih kecil.

Filem Miracle in Cell No. 7 ini memiliki pesanan yang sangat mendalam, dimana seorang anak perlu menghormati dan menyayangi orang tuanya. Selain itu, kesedaran tentang sesebuah institusi dalam memutuskan sebuah keadilan juga akan menemani penonton selama filem ini berlangsung.

 

5. Miracle

67be8147 68cc 4138 a978 660ac3f5a362Ditayangkan pada 24 Jun 2022, Miracle adalah sebuah web drama yang dibintangi oleh Chani SF9, Kang Min Ah serta Hwiyoung SF9, dan membawa genre komedi-romantik. Menceritakan tentang idola muda bernama Luice (Chani SF9) yang mencapai populariti tertingginya. Dia terkenal kerana muzik dan berada di posisi tersebut dari hasil kerja kerasnya.

Manakala Lee So Rin (Kang Min Ah) adalah seorang pekerja swasta yang bekerja di agensi Core Entertainment, agensi yang dinaungi oleh sahabatnya iaitu Min Si Woo (Hwiyoung SF9). Walau menampilkan kisah cinta tiga segi di antara mereka, namun drama ini juga memiliki pesanan untuk tetap membantu kawan dan selalu bersemangat dalam mengejar impian.

Senarai filem dan drama Korea tersebut menjelaskan kepada para penonton untuk tidak menyerah kalah pada impian yang diinginkan, walau memiliki banyak masalah yang berbeza, namun setiap watak tetap bekerja keras demi mencapai apa yang mereka cita-citakan.

Baca lagi: 7 Drama Korea Tampilkan Kisah Watak Utama Berbohong dan Menipu, Tipu Daya yang Pasti Terbongkar
Baca juga: 11 Drama Korea Ini Dibintangi Deretan Pelakon Terkenal, Semua Dihimpunkan dalam Satu Drama