Dua episod Bad Memory Eraser telah ditayangkan sebagai pembuka yang sangat memukau pada 2 Ogos lalu. Bad Memory Eraser ini mengisahkan tentang kehidupan Lee Goon (Kim Jae Joong) yang berubah selepas mendapat rawatan penghapus memori lama dari Kyung Joo Yeon (Jin Se Yun). Dalam memori tersebut juga ada kenangan buruk dengan adiknya, Lee Shin (Lee Jong Won).
Dengan jalan ceritanya yang menarik, ternyata motif-motif penting yang dibawa dalam Bad Memory Eraser sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Apakah motif penting yang dikupas dalam siri ini? Berikut adalah ulasannya.
1. Kesihatan mental
Semasa remaja, Lee Goon adalah pemain tenis yang selalu memenangi pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa. Dia bersara kerana mengalami kecederaan semasa menolong adiknya. Berada dalam keadaan yang sangat tertekan, dia ditinggalkan oleh keluarganya. Posisinya sebagai pemain tenis digantikan oleh adiknya.
Tindakan ibu bapanya ini mengakibatkan kesihatan mental Lee Goon terganggu. Dalam perkara ini, penonton boleh melihat bagaimana keadaan pesakit yang menghidap gangguan gejala somatik. Pergelangan tangannya terasa sakit walau sebenarnya pergelangan tangan tersebut baik-baik saja. Kemudian, akan dijelaskan bagaimana kesihatan mental Lee Shin. Ada satu adegan di mana dia mengunjungi pakar psikiatri untuk mengetahui keadaan mentalnya.
Baca juga: 10 Kdrama Popular Ini Mempunyai Vibe Sama dengan Bad Memory Eraser, Romantik Lucu yang Menghiburkan
2. Keibu-bapaan
Salah satu ciri khas dalam drama Korea adalah dengan memasukkan cara pola asuhan ibu bapa. Dari asuhan dan cara mendidik anak-anak ini akan membentuk keadaan mental anak-anak. Eun Ji Sun (Yun Yoo Sun) adalah ibu Lee Goon dan Lee Shin. Sebagai bekas atlet, dia ingin anak-anaknya kuat dan tidak terlalu manja.
Sejak meninggalkan Lee Goon ke Australia, Eun Ji Sun berusaha untuk tidak menangis. Setiap kali Lee Goon mengeluh kesakitan, dia selalu buat-buat tidak peduli. Dia malah lebih mengambil berat terhadap Lee Shin kerana telah menjadi tulang belakang keluarga. Dia juga sering berkata kesat kepada Lee Goon dan menganggap anak sulungnya tersebut tidak boleh mencari rezeki.
3. Percintaan
Sebelum kemalangan, Lee Goon menghadiri majlis perjumpaan semula. Dia melihat ada seorang wanita yang sedang meletakkan medalnya. Bagi Lee Goon, wanita tersebut adalah cinta pertamanya yang membuatkan dirinya kembali bersemangat. Sayangnya, dia melihat Lee Shin bersama dengan wanita itu.
Penghapusan memori lama pada Lee Goon selesai dilakukan. Apabila tersedar, dia menganggap cinta pertamanya adalah Kyung Joo Yeon. Pada awalnya, Kyung Joo Yeon tidak mahu mengaku. Oleh kerana Lee Goon adalah objek penyelidikan terbarunya, akhirnya dia berpura-pura menjadi cinta pertama lelaki tersebut.
Kemungkinan Kyung Joo Yeon akan jatuh cinta kepada Lee Goon. Di sisi lain, Lee Shin ternyata juga tertarik dengan Kyung Joo Yeon. Sepanjang dua episod, penonton dipersembahkan dengan beberapa motif percintaan, iaitu cinta pertama, cinta palsu, dan pasti ada cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Baca lagi: 6 Kdrama dan Filem Dibintangi Kim Jae Joong, Terbaru “Bad Memory Eraser’, Sebagai Lelaki Yang Dihapus Ingatannya
4. Hubungan persaudaraan
Pertengkaran antara adik beradik adalah perkara yang lumrah dalam sesebuah keluarga. Namun, apabila pertengkaran tersebut menyinggung perasaan salah seorang dari mereka, maka akan menjadi dendam atau trauma pada masa depan. Perkara ini sama seperti Lee Goon yang sakit hati dengan Lee Shin.
Lee Goon merasa masa gemilangnya dirampas oleh adiknya sendiri. Mereka menjadi tidak sebulu dan sukar untuk berkomunikasi dengan selesa. Padahal, dua beradik ini dulunya saling melindungi dan menyayangi.
Dua episod awal Bad Memory Eraser memang agak berat kerana menyoroti bagaimanakah kehidupan Lee Goon hingga mengalami gangguan jiwa. Dengan memasukkan genre romcom, drama ini juga berjaya membuatkan penonton tertawa. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lupa menonton episod terbarunya yang telah ditayangkan pada minggu ini (Jumaat-Sabtu) ya!