Home Kdrama/Kmovie Movie 5 Filem Aksi Komedi Korea Popular yang Perlu Anda Tonton, Misteri dan...

5 Filem Aksi Komedi Korea Popular yang Perlu Anda Tonton, Misteri dan Jenaka Silih Berganti

0

Netflix baru sahaja menyiarkan filem aksi komedi Korea original terbaru mereka yang bertajuk Mission: Cross. Filem aksi komedi yang dibintangi oleh Hwang Jung Min, Yum Jung Ah, dan Jeon Hye Jin ini telah ditayangkan secara perdana pada 9 Ogos 2024 baru-baru.

Filem Mission: Cross menambah senarai filem aksi komedi Korea Selatan yang boleh anda tonton. Sesuai untuk ditonton bersama keluarga di rumah, berikut ini adalah cadangan filem aksi komedi Korea Selatan yang tayang menarik untuk ditonton.

 

1. Midnight Runners (2017) – iQIYI

Filem koreaFilem aksi komedi Midnight Runners menceritakan tentang dua orang pemuda yang sedang menyambung pelajaran di akademi polis. Semasa dalam latihan polis, Park Ki Joon (Park Seo Joon) bertemu dengan Kang Hee Yeol (Kang Ha Neul). Mereka memiliki sikap dan latar belakang keluarga yang berbeza. Ki Joon membesar dengan seorang ibu tunggal dan dia nekad menyertai masuk akademi polis kerana kosnya tidak mahal.

Hee Yeol berasal dari keluarga kaya dan mempunyai otak bergeliga. Dia tidak belajar di kampus atau universiti berbeza dengan anggota keluarganya yang lain. Dari segi sikap, Ki Joon merupakan seorang pemuda yang kelam kabut, ceria dan tidak berfikir panjang. Berbeza dengan Hee Yeol yang lebih terancang, kaku, dan tidak terbiasa mengungkapkan isi fikiran secara langsung.

Namun, perbezaan tersebutlah yang membuatkan mereka berdua serasi. Pada suatu hari, semasa sedang menikmati malam mereka seperti anak muda lain, Ki Joon dan Hee Yeol menjadi saksi kes penculikan seorang remaja perempuan. Kes ini dilakukan oleh sindiket mafia yang bekerja sama dengan klinik kesuburan. Gadis-gadis yang diculik diambil sel telur mereka secara paksa untuk dijual ke klinik kesuburan tersebut. Ki Joon dan Hee Yeol bersemangat untuk
membongkar kes ini sesuai teknik dan pengetahuan yang mereka pelajari di akademi polis.

 

2. Confidential Assignment (2017) – VIU

Filem aksi komediFilem aksi komedi Confidential Assignment mengikuti kisah detektif bernama Im Chul Ryung (Hyun Bin) yang merupakan anggota pasukan penyiasatan khas yang berasal dari Korea Utara. Dia menangani sebuah kes pencetakan wang palsu. Pegawai atasannya, Cha Ki Sung (Kim Ju Hyeok) dan pasukannya terlibat dalam kes tersebut. Mereka berusaha mencuri plat induk untuk mencetak wang palsu.

Im Chul Ryung ditembak, sementara anggota pasukan lain tewas meninggal dunia. Cha Ki Sung melarikan diri ke Korea Selatan dan menjadi buruan. Berita tersebut kemudian sampai ke telinga pegawai tertinggi Korea Utara, dan Im Chul Ryung diberi misi untuk menangkap Cha Ki Sung.

Sayangnya, dia hanya diberi masa selama 3 hari untuk menyelesaikan misi tersebut. Perkara ini membuatkan Korea Utara dan Korea Selatan pertama kali membuka kerja sama untuk menangkap penjenayah. Untuk menjalankan misi tersebut, Chul Ryung perlu bekerja sama dengan detektif Korea Selatan, Jin Tae (Yoo Hae Jin). Tugas Jin Tae adalah menjaga Chul Ryung selama dia berada di Korea Selatan dan turut membantunya menghadapi Cha Ki Sung

 

3. Extreme Job (2019) – Apple Tv

e0523bb6 dd1b 44b1 b3e8 0b16e322dc7cFilem aksi komedi Extreme Job menceritakan tentang kisah lima orang detektif dalam misi penyamaran mereka. Di bawah kepemimpinan Kapten Ko (Ryu Seung Ryong), pasukan ini terdiri dari Detektif Ma (Jin Sun Kyu), Detektif Jang (Lee Ha Nee), Detektif Young Ho (Lee Dong Hwi), dan Detektif Jae Hoon (Gong Myung). Mereka perlu mengawasi sebuah kumpulan organisasi jenayah.

Namun, situasi membuat mereka membuatkan mereka perlu menyamar sebagai pengusaha sebuah restoran ayam goreng yang berada tepat di depan markas geng penjenayah yang sedang mereka awasi. Pada awalnya, kedai ayam goreng mereka ini dianggap akan segera gulung tikar, namun, hasil resepi ayam goreng mereka yang lazat, restoran tersebut menjadi popular dan dikunjungi ramai pelanggan.

Populariti restoran mereka yang tidak dijangka telah membuatkan para detektif menemui diri mereka dalam situasi yang penuh dilema. Bahkan, pendapatan dari restoran ayam tersebut lebih besar daripada gaji yang mereka terima sebagai detektif. Para detektif itu mula merasa bingung untuk memilih melanjutkan misi atau meneruskan perniagaan restoran ayam goreng.

 

4. The Pirates: The Last Royal Treasure (2022) – NETFLIX

70027ef7 5452 497c 937f 569fb43761efBerlatar tahun 1388, semasa tiang terakhir Kerajaan Goryeo telah runtuh, Jeneral Goryeo yang masih tinggal telah mencuri harta kerajaan dan melarikan diri ke laut. Tersebar khabar angin bahawa kapal tersebut hilang termasuk harta berharga yang dibawanya. Suatu hari, seorang lanun laut bernama Hae Rang (Han Hyo Joo) menyelamatkan tahanan lanun yang terdampar di tengah lautan dan mengupah mereka sebagai anak buah di kapalnya.

Moo Chi (Kang Ha Neul) yang menjadi ketua para lanun dikenali suka bermalas-malasan. Dia juga kerap menentang perintah Hae Rang. Pada akhirnya, Moo Chi dan Hae Rang saling membantu semasa mereka berhadapan dengan perompak Jepun. Bukan hanya itu, mereka juga mendapat peta lokasi harta karun milik Kerajaan Goryeo.

Peta tersebut menjadi rebutan beberapa pihak termasuk Mak Yi (Lee Kwang Soo), seorang anak buah kapal yang suka membuat kacau. Selepas melalui pelbagai perselisihan, mereka akhirnya sepakat untuk mencari harta itu bersama-sama. Hae Rang lalu memerintahkan anak buahnya untuk segera berlayar. Hae Rang dan anak buahnya perlu bertarung bermati-matian demi mendapatkan harta karun tersebut.

 

5. Mission: Cross (2024) – NETFLIX

e1e22a9f c778 4604 9e70 98ea1efa8083Filem aksi komedi Korea terbaru ini mengisahkan tentang bekas ejen rahsia, Kang Moo (Hwang Jung Min) yang hidup sebagai ketua rumah tangga. Kang Moo menjalani hari-hari sambil menyembunyikan masa lalunya dari isterinya, Mi Sun (Yum Jung Ah). Sementara itu, Mi Sun adalah detektif hebat dari unit jenayah berat yang salah faham tentang rahsia suaminya.

Pada suatu hari, ejen Hee Joo (Jeon Hye Jin), bekas rakan sekerja Kang Moo muncul. Dia kini terlibat dalam masalah dan meminta bantuan Kang Moo untuk menyelesaikan masalahnya tersebut. Hari-hari Kang Moo yang damai mula terganggu. Kang Moo akhirnya membantu Hee Joo tanpa pengetahuan Mi Sun.

Mula merasa curiga, Mi Sun kemudian dalam diam mengikuti suaminya. Tanpa mereka sedari, mereka terlibat dalam insiden yang besar.

Semua filem-filem aksi komedi Korea di atas sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga di rumah. Gabungan adegan menegangkan yang dibalut dengan komedi segar pastinya akan menjadi tontonan yang sangat menghiburkan.

Baca lagi: 4 Filem Aksi Komedi yang Membariskan Pelakon Korea Utama Mission: Cross
Baca juga: Suka Cerita Perisikan? Tonton 10 Drama dan Filem Korea Mengenai Ejen Rahsia Ini