Home Artis Korea Lee Byung Hun dan Son Ye Jin Bakal Bergabung dalam Filem Baru...

Lee Byung Hun dan Son Ye Jin Bakal Bergabung dalam Filem Baru “Can’t Help It”, Jadi Pasangan Suami Isteri

0

Lama menyepikan diri dari dunia lakonan, Son Ye Jin akhirnya tampil menghiasi layar perak dengan filem yang bertajuk, Can’t Help It.

Pelakon wanita yang sudah menjadi isteri dan ibu ini sangat ditunggu-tunggu penampilan lakonannya oleh para peminat setia. Melalui akaun rasmi CJ ENM, pihak mereka mendedahkan tentang para bintang yang terlibat dalam filem karya pengarah terkenal Park Chan Wook ini.

Bukan hanya Son Ye Jin, Lee Byung Hun dan artis terkenal lain juga turut tampil dalam filem ini. Mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang filem akan datang ini.

 

1. Sinopsis filem Can’t Help It

Son ye jinCan’t Help It menggambarkan tentang apa yang terjadi pada watak utama yang bernama Man Soo (Lee Byung Hun). Pada awalnya, Man Soo menjalani kehidupan yang baik sebagai seorang pekerja pejabat biasa di sebuah syarikat pengeluar kertas selama 25 tahun. Dia sudah mempunyai rumah untuk didiami oleh keluarga kecilnya.

Tiba-tiba sahaja, Man Soo dan rakan-rakan sekerjanya dibuang kerja secara beramai-ramai. Man Soo bersedia untuk mencari pekerjaan baru untuk melindungi isteri dan dua anaknya. Dalam mencari pekerjaan, dia terpaksa menyingkirkan pesaingnya.

Sementara isterinya pula iaitu Mi Ri (Son Ye Jin), digambarkan sebagai seorang isteri yang pintar dan kuat. Mi Ri (Son Ye Jin) juga mempunyai peranan penting dalam melindungi keluarganya.

 

2. Adaptasi dari sebuah novel tahun 1997 dan pernah difilemkan pada tahun 2005

422526b0 7e04 4c8a b3d7 36ce57e30893Can’t Help It merupakan adaptasi dari novel tahun 1997 bertajuk The Ax. Karya ini ditulis oleh Donald E. Westlake. Ternyata, novel ini pernah dibuat dalam bentuk filem Perancis, Le Couperet, pada tahun 2005. Filem ini dibintangi oleh José Garcia, Karin Viard, dan Olivier Gourmet.

Sebagai maklumat tambahan, filem ini bergenre thriller. Watak utama lelaki akan menyingkirkan para pesaingnya dengan cara membunuh mereka. Dia mencari pesaing yang lebih berkualiti darinya.

Dia bertindak seperti itu kerana sudah 2 tahun menganggur walau telah banyak menyertai temuduga pekerjaan. Dia telah kehilangan dirinya dan keluarganya terpaksa melepaskan keselesaan yang mereka miliki. Kewangan yang tidak mencukupi walau isterinya telah melakukan dua kerja sambilan supaya keluarga mereka boleh bertahan.

 

3. Senarai pelakon filem Can’t Help It

9236b6c8 3238 4870 aa3a a2ce6a36581b

Selepas mengetahui serba sedikit gambaran mengenai filem ini, berikut ini adalah barisan pelakon yang terlibat:
● Lee Byung Hun sebagai Yoo Man Soo
● Son Ye Jin sebagai Mi Ri, isteri Yoo Man Soo
● Park Hee Soon sebagai Choi Seon Chul, ketua syarikat kertas
● Lee Sung Min sebagai Koo Beom Mo, penganggur kerana telah dipecat dari
syarikat kertas
● Yum Hye Ran sebagai A Ra, isteri Koo Beom Mo
● Cha Seung Won sebagai Goo Shi Zo, saingan Yoo Man Soo
● Yoo Yeon Seok sebagai Oh Jin Ho, seorang doktor di hospital tempat Mi Ri
bekerja

 

4. Filem ini diarahkan Park Chan Wook

aadbc1e9 5940 459a 9239 ed9540982723Can’t Help It diarahkan oleh Park Chan Wook. Lee Byung Hun pernah bekerja sama dengan Park Chan Wook untuk projek filem Joint Security Area (2000) dan Three… Extremes (2004). Bagi para peminat filem tentu sahaja sudah mengetahui tentang kualiti hasil kerja pengarah ini.

Boleh dikatakan, Park Chan Wook adalah antara pengarah hebat dari Korea Selatan kerana dia telah meraih banyak anugerah seni seperti, Decision to Leave (2022) yang telah memperoleh 17 anugerah di 43rd Blue Dragon Film Awards, 31st Buil Film Awards, 2022 Cannes Film Festival, LACMA Art + Film Gala, Chunsa Film Art Awards 2022, Critics Choice Awards Asian Pacific Cinema & Television, 58th Grand Bell Awards, Korean Association of Film Critics Awards, 59th Baeksang Arts Awards, dan Director’s Cut Awards.

 

5. Proses penggambaran Can’t Help It

d9a10068 cc4a 43f8 91e5 5628786ae146Proses penggambaran filem Korea Can’t Help It ini telah diumumkan bersama-sama dengan pengumuman barisan pelakon yang terlibat. Mengikut rancangan awal, penggambaran akan bermula pada 17 Ogos 2024 nanti. Pasti ramai yang tidak sabar menanti kemunculan semula Son Ye Jin kan? Nantikan ya!

Baca lagi: Timeline Kisah Cinta Hyun Bin & Son Ye Jin
Baca juga: 5 Drama Cina Thriller Jenayah Yang Intens, Penuh Plot Twist dan Rating Tinggi