Drama Korea yang ditayangkan di TV selalu bersaing untuk mendapat rating yang baik. Selain cerita dan watak yang diciptakan, penglibatan para artis yang terkenal dan berpengaruh juga turut menjadi faktor untuk mencatat rating yang bagus.
Tapi kadang kala, faktor artis terkenal sahaja juga tidak dapat membantu menaikkan rating. Buktinya ada beberapa drama Korea yang dibintangi artis popular dan top Korea Selatan tetapi mendapat rating yang agak medioker dan juga boleh dikatakan agak rendah.
Pasti anda juga tidak menyangka bukan? Nama-nama yang sangat terkenal dalam senarai drama Korea dengan rating rendah ini di bawah ini tidak dapat membantu perolehan rating yang baik.
1. Happiness
Walaupun drama Korea ini sangat popular, tapi perolehan rating TV boleh dikatakan sangat rendah. Rating paling rendah diperolehi pada episod 6 yang hanya menginjak angka 3 peratus sahaja. Netizen Korea beranggapan waktu tayangan Happiness yang agak lewat malam membuatkan orang malas untuk menonton dan menunggu.
Happiness merupakan drama yang menyaksikan kemunculan semula bagi kedua-dua pelakon utama, Han Hyo Joo dan Park Hyung Sik di kaca TV. Drama ini mengisahkan tentang penyakit menular yang tersebar di sebuah apartment di sebuah bandar besar yang menyaksikan para penghuni apartment tersebut untuk terus bertahan hidup.
2. Chimera
Chimera mengisahkan tentang detektif yang menyiasat kes letupan yang serupa yang terjadi pada 35 tahun lalu. Drama ini juga dibintangi oleh para pelakon populer seperti bintang Squid Game Park Hae Soo, pelakon Fantastic Beasts Claudia Kim, dan Lee Hee Joon.
Walau dibintangi oleh para pelakon popular dan mempunyai jalan cerita yang menarik, tapi rating drama OCN tersebut sangat rendah dengan purata peringkat nasional 1.5 peratus sahaja untuk episod 8. OCN mempunyai banyak drama Korea popular seperti Voice musim 2, Tunnel, dan juga The Uncanny Counter yang mendapat rating jauh lebih baik.
3. Melancholia
Walau dengan penampilan Lee Do Hyun sebagai pelakon utama dalam drama ini tapi rating drama Korea ini tetap tidak mendapat peningkatan. Dari episod pertama hingga keempat, rating Melancholia terus mengalami penurunan.
Episod 4 drama ini hanya mencapai rating purata peringkat nasional sebanyak 1.6 peratus sahaja.
Ramai penonton yang mengkritik drama ini kerana menampilkan kisah romantik antara seorang guru dan murid. Selain itu, mereka tidak dapat merasakan keserasian antara Do Hyun dan Soo Jung yang berbeza usia 16 tahun.
4. Reflection of You
Drama Korea terbitan JTBC ini tayang secara perdana pada 13 Oktober 2021. Reflection of You menceritakan tentang kisah cinta, pengkhianatan, rasuah, dan balas dendam yang terjadi melalui kehidupan seorang wanita yang telah setia pada keinginannya dan wanita lain yang telah kehilangan cahaya kehidupan dengan bertemu dengan wanita itu.
Drama ini dibintangi oleh pelakon senior Go Hyun Jung dan Shin Hyun Bin. Walau jalan cerita menarik, tapi drama ini hanya mendapat rating purata peringkat nasional sebanyak 2.7 peratus sahaja di episod 12.
5. Inspector Koo
Drama Korea bergenre thriller dan komedi ini mengisahkan tentang penyiasat insuran iaitu Koo Kyung Yi yang menyiasat kes pembunuhan. Inspector Koo dibintangi oleh pelakon senior, Lee Young Ae dan Kim Hye Joon.
Inspector Koo juga merupakan drama yang menandakan kemunculan semula Lee Young Ae di kaca TV setelah cukup lama menyepikan diri dari dunia seni lakon. Tetapi sayangnya, drama JTBC ini mendapat rating rendah sejak episod awal lagi. Menurut Nielsen Korea, rating nasional Inspector Koo untuk episod 8 yang ditayangkan pada 21 November 2021 ini hanya mencapai 2.1 peratus sahaja.
Jadi nampaknya penampilan artis terkenal dalam sesebuah drama Korea itu juga tidak menjamin kejayaan drama tersebut dari segi perolehan rating. Terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada catatan rating yang baik seperti jalan cerita, waktu tayangan dan yang paling utama adalah strategi pemasaran.