Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Andante of Love: Baru Ditayangkan, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Kdrama Ini

Andante of Love: Baru Ditayangkan, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Kdrama Ini

0

Andante of Love (2024) merupakan drama Korea komedi romantik yang baru sahaja ditayangkan pada 7 Ogos ini. Jalan cerita yang diambil cukup menarik iaitu tentang kisah cinta individu-individu yang disatukan melalui program kampung percubaan dalam rangka perdamaian antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Untuk anda yang ingin tahu tentang drama ini, tapi masih ragu-ragu untuk menonton, mari sama-sama kita lihat ulasannya. Berikut ini adalah beberapa perkara menarik yang boleh kamu saksikan dalam drama Korea Andante of Love.

 

1. Latar dan jalan cerita unik kampung perdamaian

Andante of love

Beberapa orang terpilih untuk disatukan dalam program kampung contoh di wilayah DMZ Goseong, wilayah Gangwon. Kampung fiksyen ini dibuat untuk mengeratkan hubungan diplomasi antara Korea Utara dan Korea Selatan yang baru sahaja setuju untuk berdamai.

Orang-orang yang terpilih atau yang sukarela menawarkan diri terdiri dari pelbagai latar belakang. Mereka diberi peluang untuk hidup setahun di kampung tersebut, namun mereka perlu mengikuti program-program yang disediakan di kampung tersebut.

Menariknya lagi, program yang diadakan di kampung tersebut tampak sederhana sahaja tetapi sangat unik. Contohnya ada program makan bersama dan program membaik pulih kebun. Oleh kerana jalan cerita yang masih panjang, program-program yang diadakan di kampung Goseong ini pastinya akan menjadi lebih menarik.

 

2. Perbezaan budaya Korea Utara dan Korea Selatan

IMG 8547

Memang semua orang mengetahui bahawa Korea Utara dan Korea Selatan jauh berbeza. Salah satu tujuan utama program desa ini memang untuk saling memahami dua jenis kebudayaan yang berbeza ini.

Penonton akan diajak melihat bagaimana dua negara yang sebenarnya datang dari nenek moyang yang sama boleh menjadi sangat berbeza, bermula dari loghat, kebiasaan, pengetahuan am dan banyak perkara-perkara lain. Namun perbezaan ini disajikan secara positif tanpa merendahkan salah satu pihak, sangat menarik.

 

3. Dua orang keras kepala yang tanpa sengaja tinggal bersama

b2ace9b8 0ccc 48d3 898a d4b1df25cc23

Disebabkan kesalahan pegawai bertugas, Im Joo Hyung (Kwon Hyun Bin) dan Ha Na Kyung (Song Ji Woo) terpaksa tinggal di bawah satu bumbung. Sedangkan mereka berdua adalah orang yang sangat keras kepala dan tidak pernah mahu mengalah. Melihat mereka berdua ini berusaha untuk tidak saling mengganggu sahaja sudah boleh membuatkan para penonton terhibur. Kisah dua orang ini makin lucu apabila mereka menyedari daya tarikan masing-masing.

Penonton sudah menjangkakan akan ada kisah cinta bagi Im Joo Hyung dan Ha Na Kyung. Para penonton juga ingin tahu tentang bagaimanakah hubungan mereka dimulakan serta rintangan besar yang akan mereka hadapi jika mereka memutuskan untuk saling jatuh cinta.

 

4. Watak pembantu yang sangat lucu dan menghiburkan

c3b23afb 4f6e 4ea4 afc8 334356d62f92

Sesuai dengan genrenya iaitu komedi romantik, Andante of Love akan banyak menyajikan lawak jenaka. Selain pertengkaran antara Im Joo Hyung dan Han Na Kyung yang seperti anjing dan kucing, watak-watak karakter pembantu juga bakal membuatkan anda ketawa tidak kering gusi.

 

5. Bukan hanya satu kisah cinta

Andate of love

Dari opening song Andante of Love, penonton boleh menyaksikan sekurang-kurangnya akan ada 3 pasangan romantik dalam drama ini. Pasangan pertama tentu sahaja Im Joo Hyung dan Han Na Kyung, manakala 2 pasangan lain adalah Nam Gyeong Ho (Ki Hyun Woo) dan Kim Ju Hui (Ji Won) serta Ko Jin Sang (Hong Joon Ki) dan Park Dam So (Kim Bo Ra).

Na Gyeong Ho adalah kawan Han Na Kyung dari Korea Utara. Dia tertarik pada Kim Ju Hui yang merupakan seorang influencer dari Korea Selatan. Sementara itu Ko Jin Sang dan Park Dam So sama-sama bekerja di pusat kesihatan Goseong.

Baru sahaja ditayangkan, akan ada lebih banyak perkara menarik yang ditawarkan dalam drama Korea Andante of Love. Drama ini juga berjumlah 8 episod sahaja.

  • Episode: 8
  • Tarikh: Aug 7, 2024 – Aug 29, 2024
  • Jadual: Wednesday, Thursday
  • Original Network: TVING
  • Durasi: 48 min.
Baca lagi: Cadangan 5 Anime Pada Ogos 2024, Pretty Guardian Sailor Moon Cosmos The Movie Bakal Tayang Di Netflix
Baca juga: 5 Drama Korea Ini Raih Rating Teruk Sedangkan Dibintangi oleh Pelakon Popular