Drama Korea adalah pilihan yang tepat untuk mengisi waktu terluang, terutamanya di hujung minggu. Bagi anda yang ingin menghabiskan waktu di rumah sahaja, menonton drama korea adalah pilihan yang terbaik.
Drama-drama Korea ini mencakupi pelbagai genre, bermula dari genre jenayah, komedi, hingga romantik. Berikut ini adalah cadangan drama Korea terbaru yang sesuai untuk menemani waktu cuti anda.
1. Romance in the House
Romance in the House mengikuti kehidupan Byun Moo Jin (Ji Jin Hee) dan Geum Ae Yeon (Kim Ji Soo), bekas pasangan suami isteri yang bercerai 11 tahun lalu, bersama dua anak mereka, Byeon Mi Rae (Son Na Eun) dan Byeon Hyun Jae (Yoon San Ha). Selepas mengalami kegagalan dalam perniagaan, Moo Jin ingin berkumpul kembali dengan keluarganya. Ae Yeon telah berjuang membesarkan anak-anaknya sendiri, dan kini bekerja sambilan. Kehadiran Moo Jin mengusik kehidupan mereka yang sudah stabil.
Tayang: 10 Ogos 2024
Saluran: JTBC, Netflix
Genre: Keluarga, Romantik, Melodrama
2. Bad Memory Eraser
Bad Memory Eraser adalah drama Korea komedi romantik yang tayang pada awal bulan Ogos. Kisah ini fokus pada Lee Goon, seorang bekas pemain tenis berbakat yang hilang keyakinan diri selepas kecederaan menghentikan kerjayanya. Dia bertemu dengan Kyeong Joo Yeon, seorang pakar neuropsikiatri yang menawarkan prosedur untuk menghapuskan kenangan lama untuk membantu mengatasi traumanya. Goon setuju dan menjalani prosedur tersebut.
Selepas memorinya dihapuskan, Goon mula merasa yakin pada diri dan bertambah ceria, namun terjadi satu kesilapan semasa prosedur dijalankan. Teknologi yang digunakan ternyata memanipulasi, bukan menghapuskan kenangannya, membuatnya percaya bahawa Joo Yeon adalah cinta pertamanya. Walau Joo Yeon pada awalnya menghindarkan diri dari Lee Goon dan menegaskan bahawa mereka hanyalah dokter dan pesakit, perasaannya terhadap Lee Goon mula berubah.
Tayang: 2 Ogos 2024
Saluran: MBN, TVING, Viki Genre: Komedi, Romantik, Drama
3. Love Next Door
Drama Korea ini mengikuti Bae Seok Ryu (Jung So Min), seorang wanita yang berusaha bangkit dari hidup yang kacau bilau selepas berhenti kerja di sebuah syarikat besar. Seok Ryu dulu adalah pelajar yang berprestasi yang selalu berada di kedudukan pertama, namun kini menjadi penganggur.
Semasa cuba memulakam babak baru dalam hidupnya, Seok Ryu bertemu kembali dengan Choi Seung Hyo (Jung Hae In), sahabat masa kecilnya yang kini merupakan seorang arkitek terkenal di Korea. Hubungan mereka rumit kerana Seung Hyo ingin melupakan saat-saat memalukan yang melibatkan Seok Ryu, sementara Seok Ryu merasa Seung Hyo adalah salah seorang manusia paling teruk dalam hidupnya.
Tayang: 17 Ogos 2024
Saluran: Netflix
Genre: Komedi, Romantik
4 Pachinko Musim 2
Siri Pachinko akan kembali dengan musim kedua pada 23 Ogos 2024 akam datang, menampilkan jumlah 8 episod. Drama Korea ini, yang diadaptasi dari novel sejarah karya Min Jin Lee, meneruskan kisah Kim Sun Ja (Kim Min Ha) dari musim pertama. Selepas ditinggal oleh Ko Han Su (Lee Min Ho), Sun Ja berjuang untuk keluarganya di Korea.
Musim kedua dimulakan di Tokyo pada tahun 1945, semasa Perang Dunia II, di mana Sun Ja, seorang wanita Korea, melalui layanan buruk selepas berpindah ke Jepun bersama keluarganya. Cerita kemudian berpindah ke Tokyo pada tahun 1989, di mana Sun Ja kini sudah lewat usia dan memiliki cucu, Baek Solomon (Jin Ha), yang sedang merintis kerjaya sebagai pakar kewangan. Walau telah tua, Sun Ja tetap aktif menyokong dan masih bimbang tentang masa depan cucunya.
Tayang: 23 Ogos 2024
Saluran: Apple TV+
Genre: Melodrama, Sejarah
5. No Again, No Love
No Again, No Love adalah drama Korea yang dibintangi oleh Shin Min Ah, Kim Young Dae, dan Lee Sang Yi. Cerita yang mengikuti Son Hae Yeong (Shin Min Ah), seorang wanita yang sering mengalami kesukara dalam keluarga, cinta, dan pekerjaan. Ketika diambang kejatuhan dan bakal hilang kelayakan untuk naik pangkat di syarikat tempatnya bekerja, Hae Yeong memutuskan untuk memalsukan perkahwinan dengan Kim Ji Wook (Kim Young Dae), seorang lelaki yang bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka.
Ji Wook, yang dikenali sebagai rakyat contoh yang bekerja shift malam, setuju untuk membantu Hae Yeong kerana sifatnya yang baik hati. Selain itu, ada Bok Gyu Hyun (Lee Sang Yi), seorang anak chaebol dan CEO syarikat tempat Hae Yeong bekerja. Drama ini akan mengungkap dinamika rumit antara ketiga-tiga watak tersebut. Nantikan tayangannya di akhir bulan Ogos ini.
Tayang: 26 Ogos 2024
Saluran: TVING, tvN, Prime Video Genre: Komedi, Romantik
6. Cinderella At 2 AM
Drama Korea Cinderella At 2 AM akan ditayangkan pada akhir Ogos dan mengisahkan tentang Ha Yoon Seo (Shin Hyun Been), seorang pengurus pasukan di syarikat kad kredit yang memiliki kehidupan yang tampak sempurna namun menyimpan masa lalu yang sangat menyedihkan. Yoon Seo dan adik lelakinya meninggalkan rumah kerana berlaku penderaan dan kekerasan dalam keluarga semasa mereka masih kecil.
Yoon Seo bercinta dengan Seo Joo Won (Moon Sang Min), pekerja baru di jabatannya yang ternyata adalah Chaebol generasi ketiga dan anak kepada pemimpin syarikat tempat Yoon Seo bekerja. Ketika ibu Joo Won mengetahui hubungan mereka, dia menawarkan wang kepada Yoon Seo untuk mengakhiri hubungan tersebut.
Yoon Seo menerima tawaran itu dan memutuskan untuk meninggalkan Joo Won, namun Joo Won tidak menyerah begitu sahaja. Dia nekad untuk membuktikan cintanya dan mengubah fikiran Yoon Seo.
Tayang: 24 Ogos 2024
Saluran: Viu, Channel A Coupang Play Genre: Komedi, Romantik
7. The Tyrant
The Tyrant adalah drama Korea yang dibintangi oleh Kim Seon Ho, Kim Kang Woo, Jo Yoon Su, dan Cha Seung Won. Drama ini berkisar pada sebuah projek rahsia yang dikembangkan oleh kerajaan Korea untuk meningkatkan kebolehan manusia secara drastik. Projek ini terungkap oleh badan ejen AS yang marah kerana Korea Selatan merahasiakannya. AS menuntut agar semua sampel diserahkan dan projek dihentikan.
Pada hari penyerahan sampel, terjadi serangan dari pihak yang tidak dikenali, menyebabkan sampel hilang. Kini, ejen dari Korea dan AS perlu bekerja sama untuk mencegah formula berbahaya tersebut dari jatuh ke tangan yang salah.
Tayang: 14 Ogos 2024
Saluran: Disney
Genre: Thriller, Aksi, Jenayah, Misteri, Fantasi
8. Love Andante
Love Andante adalah drama Korea romantik dan komedi yang ditayangkan pada bulan Ogos ini juga. Diarahkan oleh Min Doo Sik, drama ini berlatarkan di Korea Selatan dan Korea Utara, mengisahkan tentang perang yang terjadi sekitar 70 tahun lalu. Im Joo Hyung (Kwon Hyun Bin), seorang pemain piano genius yang memenangi pertandingan antarabangsa, penat dengan jadualnya yang padat dan memutuskan untuk melarikan diri.
Dalam pelariannya, Joo Hyung tiba di sebuah kampung dan bertemu Ha Na Kyung (Song Ji Woo), seorang ahli farmasi terkenal dan anak pegawai tinggi kerajaan Korea Utara. Na Kyung, yang mempelajari cinta melalui buku dan menjalani hidup dengan pandangan realistik, mengalami perubahan besar setelah bertemu Joo Hyung. Kisah mereka berkembang melalui muzik. Love Andante memiliki 12 episod, tayang setiap hari Rabu di saluran TVING.
Tayang: 7 Ogos 2024
Saluran: TVING
Genre: Komedi, Romantik, Drama
9. Perfect Family
Drama Korea Perfect Family mengisahkan tentang Choi Jin Hyuk (Kim Byung Chul), seorang peguam, dan isterinya Han Eun Joo (Yoon Se Ah), yang mengalami tragedi besar selepas kehilangan anak mereka dalam sebuah kemalangan. Takdir mempertemukan mereka dengan Choi Sun Hee (Park Ju Hyun), seorang anak gadis comel yang mereka ambil sebagai anak angkat.
Kehadiran Sun Hee membawa kebahagiaan baru bagi Jin Hyuk dan Eun Joo. Namun, kebahagiaan ini hanya sementara apabila Sun Hee terlibat dalam kes pembunuhan. Walau ada kecurigaan, Eun Joo sangat menyayangi anak angkatnya dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindunginya. Bagaimanakah nasib keluarga ini seterusnya?
Tayang: 14 Ogos 2024
Saluran: KBS, Viu
Genre: Keluarga, Misteri, Drama
10. Black Out
Drama Korea terbaru Black Out (2024) merupakan drama MBC yang mengisahkan tentang Go Jung Woo (Byun Yo Han), seorang pelajar perubatan yang didakwa telah melakukan jenayah membunuh, tetapi tiada mayat yang ditemui. Dia berada di penjara selama 10 tahun dan cuba memulakan hidup baru selepas dibebaskan.
Drama Black Out akan dibintangi oleh beberapa orang pelakon popular seperti Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol dan Kim Bo Ra. Drama ini adalah adaptasi daripada novel Jerman yang paling laris berjudul Snow White Must Die. Byun Yo Han membawa watak sebagai orang yang dituduh menjadi pembunuh kali ini.
Tayang: 16 Ogos 2024
Saluran: MBC
Genre: Thriller, Misteri, Jenayah
Demikian beberapa cadangan drama korea yang boleh menemani anda di hujung minggu. Selamat menonton ya!