Home Artis Korea Meninggal Pada Usia Muda dan Punca kematian Dirahsiakan, Ini 5 Kdrama Menarik...

Meninggal Pada Usia Muda dan Punca kematian Dirahsiakan, Ini 5 Kdrama Menarik yang Pernah Dibintangi Mendiang Kim Mi Soo

0

Pelakon wanita Kim Mi Soo yang terkenal dengan senyuman manisnya menghembuskan nafas terakhirnya 5 Januari 2022. Berita duka dan mengejutkan tersebut telah disahkan oleh pihak agensinya iaitu Landscape Entertainment pada hari yang sama.

“Kami dengan berat hati dan sedih ingin menyampaikan berita bahawa pelakon Kim Mi-soo telah meninggal dunia pada Rabu, 5 Januari,” kata wakil agensi, dipetik dari Sports Chosun.

Seperti yang kita semua ketahui, tidak disebutkan apakah penyebab kematian Kim Mi Soo. Pihak agensi hanya mengumumkan bahawa majlis pengkebumian diadakan secara tertutup sesuai dengan permintaan keluarga.

Nama pelakon Kim Mi Soo mula dikenali sejak mendiang membintangi filem Lipstick Revolution pada tahun 2018. Hasil lakonannya yang memukau, dia terus diberi kepercayaan untuk membintangi banyak drama Korea.

Berikut ini ialah beberapa buah siri drama Korea yang pernah dibintangi oleh pemegang watak Jung So dalam filem Kyungmi’s World ini.

1. The School Nurse Files

Kim mi soo

The School Nurse Files mengisahkan tentang seorang jururawat di sekolah yang memiliki kemampuan melihat raksasa berbentuk jeli yang membawa pengaruh negatif pada manusia. Dalam drama ini Kim Mi Soo membawa watak sebagai Hwang Ga Young.

 

2. Hi Bye, Mama!

08282b4f 35e1 4eeb 8e5e 42be751f3e49

Dalam siri popular ini, Kim Mi Soo bergandingan dengan Kim Tae Hee, Lee Kyu Hyung, Go Bo Gyeol, dan Shin Dong-mi. Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1992 itu membawa watak sebagai Cha Yeon-ji, adik kepada Yu Ri.

Hi Bye Mama mengisahkan tentang Cha Yu Ri (Kim Tae Hee), wanita hamil yang meninggal dunia kerana mengalami kemalangan. Anaknya, Cheo Seo Woo (Seo Woo Jin) berjaya diselamatkan dalam kemalangan itu.

Empat tahun kemudian, Cha Yu Ri yang telah menjadi hantu mendapat peluang untuk menikmati hidup sebagai manusia selama 49 hari. Dia perlu kembali sebagai isteri suaminya untuk dapat menjadi manusia selamanya.

 

3. Memorials

2249e858 27ca 48c9 8ed0 123a03a70005

Kim Mi Soo dipilih untuk membawa watak pembantu dalam siri drama ini. Mendiang diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai Kwon Woo Yeong yang merupakan kawan baik Se-ra.

Koo Se-Ra (Nana) berasal dari latar belakang yang miskin, tetapi dia masih berjaya mempunyai personaliti yang ceria. Dia menyara dirinya dengan melakukan kerja sambilan. Koo Se-Ra terkenal di pejabat tempatannya kerana dia sentiasa menulis aduan awam.

Seo Kong-Myung (Park Sung-Hoon) bekerja sebagai pegawai awam gred lima. Dia berpegang pada prinsipnya tidak kira apa pun dan dia menjalankan tugasnya dengan baik. Orang lain tidak menyukainya kerana personalitinya yang tidak mesra. Dia terlibat dengan Koo Se-Ra.

 

4. Hellhound

a6f7bb3d ac88 441e a0ad 59889e10fa6d

Dalam siri yang diadaptasi dari Webtoon berjudul sama garapan pengarah Kim Yeon Ho ini, Kim Mi Soo membawa watak sebagai salah seorang anggota The New Truth yang bernama Young In.

Hellbound menceritakan tentang fenomena yang terjadi pada manusia apabila terdapat sebuah ramalan yang dikatakan oleh watak utama iaitu Jung Jin Soo (Yoo Ah In) yang mengatakan bahawa dia boleh mengetahui bilakah manusia akan mati.

Jung Jin Soo mencipta sebuah agama baru yang dinamakan Saejinrihwe. Dia seorang individu yang misteri dengan aura yang kuat dan berkarisma. Roh jahat dalam drama siri Hellbound benar-benar mengerikan dan mengancam keselamatan manusia di bumi.

 

5. Snowdrop

be805dea cb1b 452e b2a5 1c67085fd670

Dalam drama ini, Kim Mi Soo membawa watak sebagai Yeo Jung Min, kawan Eun Young Ro. Mendiang tampil sebagai gadis tomboy dengan potongan rambut pendek. Snowdrop menceritakan kisah cinta Aktivis pelajar iaitu Eun Young-ro (Jisoo Blackpink) dan pengintip Korea Utara iaitu Lim Suho (Jung Hae-in) dengan latar belakang korea pada tahun 1987.

Sehingga hari ini punca kematian Kim Mi Soo masih kekal rahsia dan keluarga mendiang masih tidak terbuka hati untuk berkongsi tentang kematian pelakon berbakat besar itu. Pengkebumiannya dijalankan 2 hari selepas kematiannya dan majlis pengkebumian dijalankan secara tertutup di Seoul.

Baca lagi: Wajib Layan 2 Filem Korea Box Office Ini, Berdasarkan Kisah Sebenar Rampasan Kuasa di Korea
Baca juga: 5 Nasib Malang yang Dialami Byun Yo Han Semasa Jadi Banduan dalam Kdrama Black Out, Terseksa Setiap Hari