Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 10 Kdrama Mengisahkan Tentang Perbezaan Dunia, Hubungan Sukar yang Menyakitkan

10 Kdrama Mengisahkan Tentang Perbezaan Dunia, Hubungan Sukar yang Menyakitkan

0

Kdrama selalu tampil dengan tema yang menarik contohnya kisah romantik mengenai dua sejoli yang sama-sama berjuang demi cinta mereka.

Namun bagaimana dengan kisah cinta antara dua kekasih dari dunia dan alam yang berbeza? Besar kemungkinan kisah mereka akan berakhir menyedihkan bukan? Penonton juga turut merasa sesak dada kerana pasangan yang mereka suka mungkin akan berakhir dengan tidak bahagia.

Berikut ini adalah cadangan Kdrama kisah cinta dua dunia berbeza yang menampilkan pengakhiran yang cukup bahagia yang perlu anda tonton.

77a2e1e3 105d 42b0 b5b4 44e8f67fa623

1. Kisah cinta antara Goblin yang mengembara ratusan tahun demi mencari cinta sejatinya akhirnya membuahkan hasil yang manis setelah bertemu dengan Ji Eun Tak yang ditakdirkan menjadi pengantinnya dalam Kdrama The Great and The Lonely God

 

6128e1ba 7132 45a6 bdca 158ce6cd2667

2. Raja kerajaan Korea bernama Lee Gon akhirnya bertemu dengan detektif Jung Tae Ul yang pernah menyelamatkan ayahnya di masa depan dalam Kdrama The King: Eternal Monarch

 

54a0fe08 5b45 4d18 99fd 5cb663a55098

3. Oleh sebab selalu menghabiskan waktu bersama, seorang malaikat jatuh cinta dengan seorang gadis buta dalam Angel’s Last Mission Love

 

1133aaa8 7b28 4978 b833 5bfa403c10a1

4. Keinginan seekor Gumiho untuk menjadi manusia sebenar semakin kuat selepas dia jatuh hati dengan gadis biasa yang menelan manik-manik miliknya dalam My Roommate Is Gumiho

 

b70c8e0a 7056 4480 a03d 3d6443061351

5. Dalam My Love From The Star, Seorang makhluk asing yang berusia 400 tahun jatuh cinta dengan seorang artis terkenal bernama Cheon Seong Yi, dikemaskan dengan jalan cerita yang sangat unik dan menarik

 

ecf99282 7866 40a6 ab9a 541d0ade2466

6. Seorang gadis yang dihukum bakal meninggal dunia secepatnya terlibat pula dalam kontrak dengan dewa kehancuran dan akhirnya mereka saling bergantung dalam Kdrama Doom at your Service

 

f8d009cb 085d 4b46 bd77 f7a3f5828c74

7. Kisah cinta antara karakter webtoon yang sempurna bernama Kang Chul yang jatuh cinta dengan Oh Yeon Joo, anak kepada pencipta karakternya dalam Kdrama W: Two Worlds Apart juga membuatkan penonton tersenyum sendiri

 

98688cd8 91e6 452c 868a ce5038118e72

8. Memiliki kisah cinta yang tragis di kehidupan sebelumnya, seorang manusia biasa dan puteri duyung akhirnya bertemu kembali dan sama-sama berjuang demi cinta mereka dalam The Legend of The Blue Sea

 

Drama korea

9. Eu Dan Oh, seorang pelajar sekolah biasa yang akhirnya bertemu dengan lelaki yang membuat hatinya berdebar yang merupakan karakter webtoon yang tidak memiliki nama dalam Kdrama Extraordinary You

 

Kdrama

10. Penantian Han Gye Jeol dalam waktu yang lama akhirnya membuahkan hasil selepas Kokdu kembali ke sisinya dalam Kokdu: Season of Deity

Kisah cinta yang bahagia memang sangat disukai oleh para penonton, tambahan pula semua Kdrama di atas tampil dengan kisah cinta anti mainstream antara seorang manusia biasa dengan makhluk lain dari dunia berbeza. Jangan lupa tonton ya!

Baca lagi: Romance in The House Makin Diminati Ramai, 7 Kdrama Romcom Ini Ada Kisah Hampir Sama
Baca juga: Kdrama Rom-com “Cinderella at 2AM” Menampilkan Moon Sang Min Sebagai Lelaki Green Flag

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here