Kdrama dengan pengakhiran yang tidak bahagia atau menyedihkan juga memiliki daya tarikan tersendiri walau hati para penonton bagai dihiris-hiris apabila pengakhiran yang disajikan membuatkan air mata berderai.
Pengakhiran yang tidak menyenangkan selalu digunakan untuk memberikan pesanan moral kepada para penonton. Walau tragedi yang terjadi sangat menyakitkan, drama-drama ini dapat meninggalkan kesan yang mendalam bagi para penontonnya.
Ingin menonton Kdrama dengan pengakhiran menyedihkan? Anda bersedia? Berikut ini adalah sepuluh Kdrama yang boleh anda tonton.
1. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo
Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo merupakan Kdrama yang diadaptasi dari sebuah novel popular. Drama ini menceritakan tentang seorang pewaris takhta bernama Wong Soo yang dibawa oleh Lee Joon-gi. Keajaiban berlaku, dia tanpa sengaja bertemu dengan Hae Aeo (IU) terlempar dari era moden ke era Goryeo.
Sebenarnya Hae Seo adalah kelahiran semula kehidupannya sebelum ini. Ketika berada di kehidupan lama Hae Aeo jatuh cinta dengan putera keempat Wang Soo. Tapi kisah cintanya tidak bahagia kerana putera itu perlu pergi meninggalkannya. Kisah cinta tanpa balasan dalam drama ini sangat menyayat hati.
2. Uncontrollably Fond
Disebabkan jalan cerita yang penuh emosi, Uncontrollably Fond dianggap secara sebagai salah sebuah Kdrama yang paling menyedihkan. Drama itu menggambarkan pertemuan semula dua bekas kekasih yang kini telah menjadi pelakon terkenal dan penerbit dokumentari. Ketika mereka bertemu antara satu sama lain sekali lagi, kenangan masa lalu mereka kembali melayang-layang menerjah benak otak, bertahun-tahun selepas perpisahan yang menyakitkan mereka.
Walaupun drama ini dikategorikan sebagai drama komedi, siri ini tetap membuatkan penonton menangis teresak-esak. Dibintangi oleh penyanyi K-pop Suzy Bae dan menampilkan banyak kepincangan emosi dan lakonan yang luar biasa.
3. Hotel del Luna
Hotel Del Luna merupakan Kdrama fantasi tentang seorang wanita yang berusia 1300 tahun yang bernama Jang Man Wol (IU). Dia menguruskan sebuah hotel untuk hantu di Seoul. Hotel tersebut menjadi tempat tinggal sementara bagi roh-roh yang memiliki urusan yang belum selesai di dunia orang hidup.
Suatu hari, pengurus baru hotel bernama Goo Chan Sung (Yeo Jin Goo) datang. Dia mula bekerja bersama Jang Man Wol. Sepanjang cerita, hubungan mereka semakin rapat. Mereka turut membantu hantu-hantu menyelesaikan masalah yang masih ada dan cuba mengungkap masa lalu rahsia Jang Man Wol. Drama ini dipenuhi dengan unsur supernatural, romantik, misteri, dan emosional.
4. Snowdrop
Snowdrop adalah Kdrama romantik yang terjadi di Seoul pada tahun 1987. Ceritanya mengikuti kisah cinta yang rumit antara dua orang mahasiswa bernama Im Soo Ho (Jung Hae In) dan Eun Young Cho (Jisoo BLACKPINK) yang bertemu semasa gerakan pro-demokrasi di Korea Selatan.
Drama ini menampilkan tema penindasan politik, cinta, dan pengorbanan. Pengakhiran drama ini sangat memilukan dan penuh emosional.
5. Kill It
Drama ini mengisahkan tentang Kim Soo Hyun (Jang Ki Yong), pembunuh upahan yang menyamar sebagai doktor haiwan. Semasa masih kecil, dia menjadi salah seorang subjek uji kaji di sebuah rumah anak yatim. Dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang selamat dalam tragedi dahsyat. Drama ini penuh dengan aksi, ketegangan, dan turut mempunyai sentuhan elemen romatik.
6. Goblin
Goblin adalah Kdrama fantasi romantik tentang seorang goblin berumur 900 tahun yang bernama Kim Shin (Gong Yoo). Dia sedang mencari cara untuk mengakhiri hidup abadinya.
Kim Shin bertemu dengan seorang gadis bernama Ji Eun Tak (Kim Go Eun) yang memiliki kebolehan untuk melihat hantu. Dia juga merupakan orang yang dapat mengeluarkan pedang yang tertanam pada tubuh Kim Shin.
Hubungan mereka semakin rapat ketika mereka saling membantu mengatasi masalah masing-masing. Di samping itu, terdapat juga kisah asmara antara grim reaper (Lee Dong Wook) dengan seorang wanita bernama Sunny (Yoo In Na).
7. Cheese in The Trap
Cheese in the Trap adalah Kdrama romantik berdasarkan siri webtoon popular. Mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Hong Seol (Kim Go Eun) dan hubungannya yang rumit dengan seniornya, Jung Yoo (Park Hae Jin).
Jung Yoo yang menawan dan berbakat tetapi juga memiliki sisi gelap yang tersembunyi. Perkara itulah yang menyebabkan Hong Seol semakin tidak yakin tentang hubungan mereka. Drama ini penuh unsur cinta, kepercayaan, dan pengkhianatan dalam kehidupan kampus.
8. Big Mouth
Big Mouth adalah Kdrama thriller, misteri, undang-undang, dan jenayah. Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam yang bernama Park Chang Ho (Lee Jong Suk) yang tidak sengaja terlibat dalam kes pembunuhan. Seiring berjalannya waktu, dia menyedari bahawa kes tersebut berkaitan dengan dirinya dan masa lalunya yang kelam.
Dia bekerjasama dengan detektif Do Ha (Kim Joo Hun) untuk menyiasat kebenaran di sebalik pembunuhan tersebut dan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Jalan cerita yang menegangkan dan lakonan para pelakon yang kuat, menjadi daya tarikan utama untuk drama ini.
9. Twenty Five Twenty One
Jalinan asmara antara Baek Yi Jin (Nam Joo Hyuk) dan Na Hee Do (Kim Tae Ri) dalam Twenty Five Twenty One memang susah untuk dilupakan. Kisah asmara remaja ini boleh menguatkan diri mereka untuk menjadi orang dewasa yang matang dan bijaksana.
Sayangnya, kisah cinta pertama Na Hee Do berakhir dan membuatkan para penonton terbawa-bawa dengan perasaan. Walau gagal dalam cinta pertama, Na Hee Do dan Baek Yi Ji memiliki kenangan yang sangat indah. Mereka juga boleh menerima kegagalan tersebut dan bergerak menuju kejayaan di masa depan.
Bukan hanya soal cinta, drama ini juga mengandungi banyak pengajaran untuk kita tetap bersemangat dalam mengejar impian. Pengakhiran yang realistik, tapi juga membuatkan para penonton saling berbeza pendapat.
10. Youth of May
Hee-Tae dan Myung-Hee mengalami peristiwa yang tidak dijangka pada Mei 1980, di tengah-tengah semangat yang kuat dan laungan untuk demokrasi yang bergema di seluruh Gwangju.
‘Youth of May’ fokus pada kisah romantik antara jururawat Kim Myung-Hee dan pelajar perubatan Hwang Hee-Tae. Drama ini menceritakan tentang cinta dan persahabatan anak muda yang menjalani kehidupan biasa semasa zaman Pemberontakan Gwangju.
Drama ini juga menampilkan perjuangan mereka dalam menghadapi konflik politik dan sosial yang terjadi pada masa itu.
Bukan hanya kisah romantik, tapi sepuluh Kdrama di atas juga mempunyai pengakhiran yang tragis. Jika anda ingin menonton drama-drama di atas, jangan lupa siapkan tisu kerana drama Korea di atas pasti membuatkan anda menangis tersedu-sedan.