Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 6 Filem dan Drama Korea Tampilkan Ahli Silap Mata sebagai Watak Utama,...

6 Filem dan Drama Korea Tampilkan Ahli Silap Mata sebagai Watak Utama, Menarik dan Penuh Fantasi

0

Ahli silap mata merupakan kerjaya menarik yang hanya dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai kepakaran silap mata sahaja. Mereka kerap menunjukkan berbagai-bagai helah yang menakjubkan.

Rupa-rupanya, kerjaya sebagai ahli silap mata ini juga sudah beberapa kali diangkat dalam filem dan juga drama Korea.

Lebih menarik lagi, beberapa watak utama dalam filem dan drama Korea juga ditampilkan sebagai ahli silap mata. Mari sama-sama kita lihat filem dan drama Korea yang menampilkan ahli silap mata sebagai watak utama.

1. The Sound of Magic (2022)

The Sound of Magic merupakan drama Ji Chang Wook bersama Choi Sung Eun dan Hwang In Yeop. Drama Korea genrebfantasi adaptasi webtoon berjudul Annarasumanara ini mengisahkan tentang Lee Eul (Ji Chang Wook), ahli silap mata misteri yang tinggal di taman hiburan yang terbengkalai.

Pada suatu hari, dia bertemu dengan Yoon Ah Yi (Choi Sung Eun), pelajar yang bernasib malang. Melalui pertunjukkan silap matanya yang menakjubkan, Lee Eul mampu mengubah pahitnya kehidupan yang dilalui oleh Yoon Ah Yi.

Drama The Sound of Magic mengusung konsep drama muzikal. Berjumlah enam episod sahaja.

 

2. From Now On, Showtime! (2022)

Selain The Sound of Magic, drama Korea From Now On, Showtime! juga menampilkan watak utama seorang ahli silap mata. Drama yang ditayangkan di saluran MBC ini mengisahkan tentang Cha Cha Woong (Park Hae Jin), cucu seorang dukun tersohor yang merupakan seorang ahli silap mata. Namun, helah silap mata yang ditunjukkannya ternyata merupakan bantuan dari roh dan hantu.

Drama korea

Mengusung genre romantik komedi, drama From Now On, Showtime! dibintangi oleh Park Hae Jin, Jin Ki Joo, hingga Jung Joon Ho.

 

3. The Magician (2015)

Selain drama, filem Korea juga ada yang fokus pada watak ahli silap mata. Filem The Magician mempunyai genre yang berbeza dan lain dari yang lain. Filem yang dibintangi oleh Yoo Seung Ho dan Go Ara ini bergenre sageuk dengan latar pada era Dinasti Joseon.

Yoo Seung Ho membawa watak sebagai ahli silap mata muda yang berbakat yang bernama Hwan Hee. Dia bertemu dengan puteri dari Joseon yang akan berkahwin dengan seseorang dari Dinasti Qing.

 

4. Spellbound (2011)

Filem Spellbound dibintangi oleh Lee Min Ki dan Son Ye Jin. Filem ini mengusung genre romantik komedi tapi berbalut nuansa seram.

Drama korea

Spellbound menceritakan tentang seorang ahli silap mata jalanan yang bernama Jo Gu (Lee Min Ki) yang bertemu Yu Ri (Son Ye Jin), gadis malang yang ditemuinya semasa pertunjukan. Yu Ri menginspirasikan Jo Gu dalam pertunjukan silap kata bertema seram. Rupa-rupanya, Yu Ri dapat melihat hantu.

 

5. Magic School (2017)

Sama seperti tajuknya, web drama ini fokus pada empat orang pelajar yang belajar di sebuah sekolah silap mata. Dengan latar belakang yang berbeza, mereka mempunyai sebab tersendiri untuk menyertai sekolah itu.

Web drama ini dibintangi oleh ramai artis popular seperti Park Jin Young, Nichkhun 2PM, Yoon Park, Shin Eun Soo, dan juga Ryu Seung Soo. Magic School berjumlah 16 episod dengan waktu tayang sekitar 15 mini bagi setiap episod.

Baca lagi: Suka Bad Memory Eraser? Tonton 10 Drama Korea Ini

6. Love in Magic (2005)

Love in Magic merupakan filem romantik komedi yang ditayangkan pada tahun 2005. Filem ini dibintangi oleh Yeon Jung Hoon, Choi Won Young, dan juga Park Jin Hee.

Yeon Jung Hoon membawa watak utama yang bernama Woo Ji Hoon, yang bekerja sebagai ahli silap mata popular. Woo Ji Hoon merupakan seorang playboy yang selalu tidur dengan ramai perempuan.

Suatu hari, video tidak senonohnya bersama Koo Hee Won (Park Jin Hee) tersebar di internet. Mereka bekerja sama untuk mencari perakam video tersebut.

Walau masing-masing menampilkan watak utama seorang ahli silap mata, drama-drama dan filem-filem Korea di atas mempunyai genre yang berbeza, pastinya jalan cerita juga berbeza dengan keunikan masing-masing. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 10 Cadangan Drama Korea dengan Genre Misteri yang Menarik untuk Anda Tonton
Baca juga: Suka Kdrama Makjang Penuh Misteri? Tonton 5 Kdrama Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here