Latar belakang watak-watak utama dalam Kdrama biasanya menyelitkan cerita masa lalu yang sangat berkaitan dengan kehidupan.
Menariknya antara masa lalu watak-watak dalam Kdrama itu adalah mereka diambil sebagai anak angkat oleh keluarga kaya Walau dilimpahi harta dan kehidupan mewah, namun tidak semua watak anak angkat dalam drama Korea dapat hidup bahagia.
Kebanyakan watak mereka membawa nuansa misteri sepanjang cerita berjalan, keunikan dan keanehan watak mereka menambah tarikan dalam drama-drama ini.
1. Lee Joon Gi pernah mempunyai sifat psikopat dalam Kdrama Flower of Evil (2020) sebelum akhirnya dia diambil sebagai anak angkat dan hanya digunakan oleh keluarga kayanya
2. Watak yang sangat malang, Ha Seok Jin dalam drama Blind (2022) dijadikan perisai supaya perlakuan jenayah pada kanak-kanak di bawah umur boleh bebas dari hukuman undang-undang
3. Sementara dalam drama terbaru Perfect Family (2024), Park Ju Hyun yang hidupnya dipenuhi kasih sayang ibu bapa angkatnya telah terlibat dalam kes pembunuhan sahabatnya sendiri
Baca juga: Peminat Thriller Misteri Harus Tonton Kdrama Perfect Family, Kisah Keluarga Yang Menyimpan Rahsia Gelap
4. Kisah sedih Jang Da Ah yang dibuli sejak kecil dalam Pyramid Game (2024) dan diambil sebagai anak angkat dalam keluarga kaya tidak dapat dilupakan, namun trauma dalam diri menyebabkan dia melakukan kejahatan
5. Dia bukanlah Gang Nam Soon yang sebenar, tapi kehidupan Choi Hee Jin dalam Strong Girl Nam Soon (2024) penuh fantasi apabila diberi kemewahan oleh ibu angkatnya hingga akhirnya berlaku tragedi
6. Watak Min Seol A dalam Penthouse (2020) sangat menyedihkan, dia dijadikan penderma saraf tunjang untuk saudara angkatnya yang berasal dari keluarga chaebol
7. Tanpa disangka, pada awalnya Jung Hae In meminta bantuan tetapi akhirnya dia bertemu ayah angkatnya sendiri yang merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan Korea Utara dalam Snowdrop (2021)
8. Kewujudan Seol In Ah sebagai Choi Se Gyeong dalam Twinkling Watermelon (2023) sebenarnya untuk menggantikan anak kepada ibu bapa angkatnya yang telah tiada
9. Sebelum kembali ke Korea, Song Joong Ki dalam Kdrama Vincenzo (2021) digambarkan pernah menjadi sebahagian dari keluarga mafia yang terkenal sangat kejam
10. Im Siwan yang berstatus sebagai anak angkat dalam Kdrama Triangle (2014) sengaja dibesarkan oleh ibu bapanya untuk dijadikan pewaris kasino
Liku-liku kehidupan watak-watak dalam drama Korea yang menjadi anak angkat keluarga kaya raya ini mengajar kita bahawa tidak semestinya yang kelihatan bahagia itu benar-benar menikmati kehidupan mereka tanpa sebarang kesukaran. Melalui suka duka cerita mereka, kita juga dapat memahami tentang makna kebahagiaan yang tidak selalu datang dari kemewahan, setiap insan mempunyai cabaran hidup masing-masing.
Sudahkah anda tonton drama-drama Korea diatas?