Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Drama Korea Romantik 2024 Bawa Tema Jatuh Cinta Sesama Jiran, Pernahkah...

7 Drama Korea Romantik 2024 Bawa Tema Jatuh Cinta Sesama Jiran, Pernahkah Anda Mengalami Situasi Sama?

0

Ada banyak tema tentang kisah cinta yang dibahaskan dalam drama Korea. Salah satu tema yang cukup menarik adalah kisah cinta pasangan yang pada awalnya merupakan jiran tetangga.

Mereka saling jatuh cinta dan menjalin hubungan kasih tanpa perlu mencari cinta dengan pilihan hati yang jauh-jauh, kekasih hanya berada berdekatan rumah sahaja!

Pada tahun 2024 ini, terdapat sangat banyak drama Korea dengan genre romantik terbaru dengan membawa tema cerita cinta antara jiran. Di antaranya adalah tujuh drama Korea berikut ini. Semua drama ini berjaya membuatkan penonton cair hati!

 

6a238f38 adef 40c7 8df1 ad56cb085d851. Dua pasangan utama dalam dramaLove Next Door adalah jiran tetangga di satu kejiranan yang sama. Salah satu pasangan merupakan kawan masa kecil yang kini menjadi musuh dan selalu bergaduh

Baca juga: “Love Next Door” Baru 2 Episod Tetapi Sudah Popular, Kdrama Rom-Com Pertama Jung Hae In

e78a8aca ec0a 476c 8b35 ba94a7a945a62. Semasa mengembara kembali ke masa lalu, watak utama dalam drama Lovely Runner menyedari bahwa dia dan bintang idola Kpop yang diminatinya ternyata sebenarnya berjiran. Rumah mereka saling berhadapan

 

d920f46f 8999 4280 b57d 7ba24d2f2e56 1

3. Berjumpa lagi kerana takdir, pasangan utama dalam drama Serendipity’s Embrace ternyata tinggal dalam satu bangunan yang sama dan hanya berbeza tingkat sahaja

 

2433d009 1a1c 4ed4 9d49 b1cb6e460310

4. Pasangan dalam drama Korea Frankly Speaking juga tinggal dalam satu bangunan yang sama. Keluarga mereka sudah lama rapat sehingga hubungan mereka berjalan dengan baik dan lancar

 

7ce0c986 97ab 4858 abf9 30cd0dd27a05

5. Bukan hanya bekas guru dan murid, pasangan dalam drama Korea Dare to Love Me ternyata juga sebenarnya adalah jiran tetangga. Tempat tinggal mereka terletak bersebelahan sahaja!

 

c340046c f0a4 4256 ab0e 8274c22946e5 16. Bertemu lagi semasa kerjaya mereka sebagai doktor sedang diamgang kehancuran dan mereka masing-masing sedang kecewa, pasangan dalam drama Korea Doctor Slump tinggal dalam satu bangunan yang sama. Watak utama lelaki adalah penyewa bilik atas milik keluarga watak utama wanita!

 

Drama korea

7. Ditakdirkan mempunyai jodoh sejak lahir, watak utama Welcome to Samdalri lahir dan membesar di Jeju bersama-sama. Rumah mereka juga berdekatan

Ketujuh-tujuh drama Korea romantik di atas mempunyai jalan cerita romantik mengenai pasangan yang tinggal berjiran. Dengan konflik ringan dan kisah cinta yang pasti membuatkan para penonton hanyut dalam kisah cinta indah, drama-drama Korea di atas juga sangat sesuai untuk ditonton di hujung minggu bagi merehatkan minda.

Baca lagi: 10 Watak dalam Kdrama yang Dijadikan Anak Angkat Keluarga Kaya, Watak Mereka Timbulkan Misteri Sepanjang Cerita
Baca juga: Drama Korea The Frog Berbaloi Untuk Ditonton Atau Tidak? Tonton Semua Episod di Netflix