Drama yang bertemakan buli di sekolah atau institusi tinggi telah menjadi genre yang memikat penonton dengan naratif yang mendalam dan menyentuh perasaan.
Kisah-kisah ini menimbulkan isu sosial yang relevan dengan realiti kehidupan remaja di alam persekolahan. Dengan penggambaran terperinci, drama ini menyajikan perspektif yang memerlukan penonton merenung dan mempertimbangkan kesan buli dalam kehidupan seharian.
Malah, siri-siri tentang buli sering kali memaparkan sekilas sisi gelap yang masih berlaku dalam dunia pendidikan. Bukan itu sahaja, drama bertemakan sebegini juga sering bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di sekeliling, agar lebih lantang dan aktif dalam membanteras kes penindasan yang masih berleluasa.
Berikut dibawah adalah 2 pilihan drama yang mengusung tema buli dan isu sosial, jom kita lihat!
THE SECRET
Baharu sahaja ditayangkan 2 episod pertama pada 22 Ogos yang lepas, drama bersiri “The Secret” diarahkan oleh Jason Chong, yang terkenal dengan filem seram Sumpahan Jerunei.
Siri Viu Original terbaru “The Secret” ini bergenre thriller jenayah. Antara pelakon yang membintangi siri ini adalah Siti Saleha dan Remy Ishak, Sara Mack Lubis, Ucop, Ellyza Azizi dan ramai lagi.
Walaupun baharu sahaja ditayangkan, The Secret telah menjadi tumpuan peminat drama Melayu dengan genre jenayahnya yang unik. Ia mendedahkan sisi gelap kehidupan di universiti, gangguan seksual yang bakal mengganggu emosi penonton.
The Secret memfokuskan pada misteri kematian tragis seorang pelajar universiti popular, Liya, yang ditemui mati jatuh dari bangunan universiti. Bagaimanapun, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri.
Johanna, pensyarah Liya merasa bertanggungjawab untuk membongkar misteri di sebalik kematian Liya. Johanna mengesyaki bahawa ada sesuatu yang buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel Liya.
Nini, adalah rakan baik kepada Liya. Sebelum kematian Liya, hubungan Nini dan Liya menjadi renggang kerana Nini lebih mementingkan keseronokan bersama teman lelakinya.
Pada malam kejadian itu, Liya telah merakam dan meninggalkan pesanan video kepada Nini melalui telefon bimbitnya. Rakaman itu sangat mengejutkan Liya.
Satu-satunya orang yang boleh Nini percayai kini adalah Johanna. Nini menunjukkan rakaman tersebut kepada Johanna, rupa-rupanya Liya telah dirogol.
Kini, dengan petunjuk yang ada mereka memulakan penyiasatan. Bermula dengan melaporkan rakaman tersebut kepada pihak polis. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius.
Apapun risikonya, mereka untuk membawa suspek ke muka pengadilan. Namun begitu, keadaan menjadi bertambah sukar apabila cerita tentang Liya dirogol telah tersebar di seluruh universiti. Dan ini memungkinkan pelaku sebenar akan mengambil tindakan berhati-hati serta melakukan apa sahaja untuk melenyapkan bukti.
Dalam dua episod pertama, penonton akan dapat melihat isu sosial cuba diketengahkan. Dimana topik serius seperti penderaan emosi, tekanan rakan sebaya, media sosial, buli, tingkah laku melampau dan gangguan seksual yang boleh berlaku dalam kalangan pelajar. Isu yang sangat berani dan tidak banyak dibincangkan dalam kebanyakkan drama-drama Melayu masa kini.
Jika anda seorang peminat siri penyiasatan yang penuh dengan misteri dan ketegangan, anda harus memasukkan siri ini dalam senarai ‘Must Watch’ anda. Anda boleh strim episod baru The Secret setiap hari Khamis dan hanya di Viu.
TAXI DRIVER
Kalau korang memang penggemar drama bersiri Thriller Penyiasatan, korang boleh tengok juga kdrama jenayah dari Korea Selatan yang selalunya memaparkan kisah jenayah yang sangat tegang. Bukan sedikit cerita berdasarkan kes jenayah sebenar. Contohnya, Kdrama Korea Taxi Driver yang sering membicarakan kes viral di Negara Ginseng. Drama ini berdasarkan webtoon Deluxe Taxi atau Red Cage.
Ceritanya mengenai sebuah syarikat teksi mewah yang menawarkan perkhidmatan membalas dendam untuk pelanggan yang tidak mendapat keadilan di mata undang-undang. Walaupun idea cerita datang daripada webtoon, kes dalam Taxi Driver diilhamkan daripada kes jenayah sebenar.
Salah satunya ialah perhambaan dan layanan tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh pekerja OKU di Pulau Ungu, Wilayah Jeolla. Kes ini didedahkan pada 2014. Sehingga kini, pencabulan hak asasi manusia ini masih berterusan.
Salah satu kes dalam Tax Driver juga menampilkan pembunuh bersiri Oh Chul Young yang diilhamkan oleh Yoo Young Chul, defendan dalam 19 kes pembunuhan dengan jolokan pembunuh baju hujan (raincoat killer).
Kisah mangsa keganasan di tempat kerja yang melibatkan CEO Park Yang Jin dan syarikat U-Data diilhamkan oleh kes serupa yang melibatkan Yang Jin Ho, Ketua Pegawai Eksekutif WeDisk dan Filenori. Video keganasan dan layanan yang tidak wajar terhadap pekerja muncul pada tahun 2018. Siasatan terhadap Yang Jin Ho membongkar jenayah yang lebih besar. Melalui dua syarikat perkongsian failnya, terbukti memperoleh kekayaan melalui kandungan lucah. Taxi Driver menghubungkannya ke Bilik Nth dan Bilik Doktor, kes jenayah yang melibatkan perniagaan kandungan lucah berasaskan pemerasan.
Episod pertama Taxi Driver memaparkan seorang pelaku keganasan seksual bernama Cho Doo Soon yang kisahnya serupa dengan kes Cho Do Chul. Dia terbukti telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun sehingga dia hilang upaya kekal, menyebabkan orang ramai Korea marah kerana dia kelihatan tidak menyesal dengan tindakannya.
Selain itu, Skandal Seungri dan Kelab Burning Sun juga turut dipaparkan dalam episod 12 yang bertajuk Black Sun Gate.