Home K - Pop Ini Sebabnya Jungkook BTS Menangis.

Ini Sebabnya Jungkook BTS Menangis.

0

Maknae Jungkook,BTS adalah seorang yang mempunyai hati lembut walaupun dia sudah dewasa. Sebelum ini, ahli kumpulan tersebut ada mendedahkan bahawa Jungkook akan selalu menangis jika mereka bertanya kepadanya, “awak menangis ke?” Walaupun pada ketika itu dia tidak menangis pada awalnya. Dia akan selalu menjadi bayi dalam kumpulan BTS tersebut.

Dalam episod lalu dari DVD konsert Love Yourself, ahli-ahli kumpulan tersebut mendapati Jungkook kelihatan sedih selepas persembahan. Maka mereka bertanya kepadanya, “adakah awak menangis?” lalu, air mata Jungkook terus mengalir ke pipi.

Ini alasan kenapa Jungkook telah mengalirkan air matanya dan ternyata Jungkook telah membuat kesilapan di atas pentas dimana ahli-ahli lain tidak tahu dan dia kecewa dengan dirinya sendiri. Dia cuba menahan air matanya tetapi akhirnya menangis selepas ahli kumpulan tersebut bertanya kepadanya apa sebab.

26

Setiap ahli cuba untuk menghiburkan Jungkook dengan cara mereka sendiri, menunjukkan betapa pedulinya mereka yang merupakan abang-abang kepada Jungkook yang lebih muda.

Sementara yang lain datang dan menepuk di belakang dia lalu cuba untuk menghiburkan dia, Suga berdiri dengan berkata, “Ada beberapa perkara yang anda boleh dan tidak dapat melakukannya dengan baik,” dan ini menunjukkan bahawa dia sangat mengambil berat terhadap Jungkook dengan caranya sendiri.

Dalam temubual seterusnya, Jungkook mendedahkan bahawa dia sedang menunggu persembahan yang sama itu dibuat sekali lagi supaya dia dapat menebus dirinya. Dia berkata, “Walaupun saya tidak buat dengan yang terbaik, saya berharap ARMY pulang dengan hati yang baik.”

 

Dah baca? Tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Koreaboo