Berita bahagia akhirnya datang dari pelakon wamita jelita Jo Bo-ah. Selama ini memang semua peminat mengetahui bahawa artis cantik ini tidak mempunyai pasangan istimewa dan telah lama sendirian.
Jo Bo Ah disahkan akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang bukan dari golongan selebriti.
Khabarnya, artis wanita ini akan melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan Oktober akan datang.
“Jo Bo-ah akan mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang bukan dari golongan artis di Walkerhill Hotel pada bulan Oktober nanti,” ungkap seorang pegawai unit hiburan dipetik dari JTBC Entertainment News pada Rabu, 28 Ogos 2024.
Berita gembira ini sangat mengejutkan orang ramai kerana Jo Bo-ah tidak pernah digosipkan mempunyai teman lelaki istimewa selepas dia putus dengan pelakon terkenal, Joo Wan.
Pelakon wanita ini juga sering dijodohkan dengan Lee Dong Wook selepas dia membintangi drama Tale of the Nine Tailed pada tahun 2020.
Jo Bo-ah merupakan salah seorang pelakon wanita Korea Selatan yang sangat aktif dan produktif membintangi drama terbaik pada setiap tahun.
Pelakon ini memulakan karier lakonannya pada tahun 2011 melalui drama siri TV yang bertajuk I Live in Cheongdam-dong sebagai pelakon pembantu.
Selain aktif dalam dunia seni lakonan dengan membintangi drama-drama terbaik, Jo Bo Ah juga kerap kali tampil dalam program variety show. Pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1991 ini memang selalu memberikan persembahan terbaiknya!
Kini, nama Jo Bo Ah sudah kukuh dalam industri seni dan dia menjadi salah seorang pelakon Kelas A di Korea Selatan dan selalu diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama dalam setiap drama yang dibintanginya.
Sementara itu, Jo Bo Ah masih akan aktif sebagai pelakon setelah dia bergelar isteri. Jo Bo Ah akan membintangi drama Hong Rang pada tahun ini dan bergandingan dengan Kim Soo Hyun dalam Knock Off pada tahun 2025 akan datang.
Nampaknya pelakon wanita terkenal ini pandai menyembunyikan hubungan istimewanya hingga tidak dapat dihidu oleh pihak wartawan dan paparazzi. Semoga berbahagia diucapkan untuk Jo Bo Ah dan calon suaminya.