Home Kdrama/Kmovie Movie 3 Filem Korea Tentang Kisah Pemberontakan Pelajar Terhadap Kerajaan, Melawan Pemimpin Diktator

3 Filem Korea Tentang Kisah Pemberontakan Pelajar Terhadap Kerajaan, Melawan Pemimpin Diktator

0

Korea Selatan juga pernah mempunyai pemimpin yang diktator. Salah seorang pemimpin yang mempunyai gaya kepemimpinan tersebut adalah Chun Doo Hwan, presiden kelima republik tersebut. Chun merebut kuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan pada 12 Disember 1979.

Sebelum peristiwa tersebut, rakyat sudah muak dengan rejim tentera yang diktator di bawah kepemimpinan presiden ketiga iaitu Park Chung Hee. Rampasan kuasa ketenteraan dari Chun Doo Hwan membuatkan rakyat semakin geram kerana dia langsung tidak berbeza dari presiden sebelum ini.

Oleh sebab itulah banyak terjadi pemberontakan, termasuk dari kalangan para pelajar yang berusaha memperjuangkan demokrasi di Korea Selatan.

Tiga buah filem Korea berikut ini mempersembahkan betapa kerasnya perjuangan para pelajar semasa melancarkan aksi demonstrasi dan pemberontakan untuk melawan kerajaan diktator.

 

1. May 18 (2007)

Filem korea

May 18 menyoroti huru-hara yang berlaku di bandar Gwangju pada bulan Mei 1980. Tunjuk perasaan mahasiswa untuk menentang kezaliman kerajaan telah dipaparkan sejak awal filem lagi. Watak utama cerita May 18 sendiri adalah seorang pemandu teksi yang bernama Min Woo (Kim Sang Kyung) yang pada awalnya tidak mahu terlibat dalam aksi tunjuk perasaan tersebut.

Min Woo hanya hidup bersama adiknya, Jin Woo (Lee Joon Gi) yang masih bersekolah. Oleh kerana dia sudah melihat dengan jelas bagaimana kekejaman tentera terhadap para mahasiswa yang berdemonstrasi, Min Woo melarang adiknya itu untuk terlibat.

Namun, emosi Jin Woo bergejolak apabila mengetahui bahwa kawannya dibunuh tentera ketika melakukan tunjuk perasaan. Jin Woo memimpin kawan sekelasnya untuk turun ke jalanan dan bergabung dengan kumpulan mahasiswa serta rakyat yang makin geram dengan kekejaman pihak tentera. Min Woo terpaksa turun ke jalanan kerana insiden yang berlaku pada adiknya.

 

2. A Taxi Driver (2017)

c4d670bd 156e 41d2 8bd6 14534e60fa34

A Taxi Driver juga menampilkan watak pemandu teksi dalam ceritanya. Filem Korea ini mengangkat kisah benar dari kerja sama wartawan warga asing dan pemandu teksi untuk membuat liputan tentang apa yang sebenarnya terjadi di Gwangju. Sebabnya, pihak tentera sudah menyekat akses masuk menuju ke bandar tersebut.

Dengan kebijaksanaan pemandu teksi yang bernama Kim Man Seob (Song Kang Ho) tersebut, mereka akhirnya boleh masuk ke bandar Gwangju. Ternyata, keadaan di sana sangat kacau bilau. Man Seob dan wartawan tersebut iaitu Peter (Thomas Kretschmann) bertemu dengan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Salah seorang di antara mereka adalah Koo Jae Sik (Ryu Jun Yeol). Nasib baik dia boleh berbahasa Inggeris sehingga mampu menterjemahkan setiap perkataan Peter kepada Man Seob juga. Berada di sebuah kubu, ketiga-tiga mereka saling menjaga satu sama lain dan berjuang supaya orang-orang di luar Gwangju mengetahui kekejaman pihak tentera pada rakyat awak di Gwangju yang selama ini diputarbelitkan.

 

3. 1987: When the Day Comes (2017)

IMG 0256

Filem 1987: When the Day Comes menampilkan ramai bintang popular seperti Kim Yun Seok, Ha Jung Woo, Yoo Hae Jin, Kim Tae Ri, Lee Hee Jun, Kang Dong Won, dan juga Yeo Jin Goo. Filem Korea ini juga diangkat dari kisah benar seorang aktivis mahasiswa, Park Jong Chul, yang diseksa oleh pihak polis hingga meninggal dunia.

Dalam filem ini, watak Park Jong Chul dilakonkan oleh Yeo Jin Goo. Walau hanya sebagai cameo, karakter tersebut menjadi inti penting dalam keseluruhan cerita 1987: When the Day Comes.

Mahasiswa serta pihak media cuba membongkar perkara sebenar yang dilakukan oleh polis terhadap Park Jong Chul yang dikenali sebagai sosok pro-demokrasi.

Ketiga-tiga filem di atas memperlihatkan bagaimana kejamnya kerajaan pada masa tersebut. Bahkan watak para pelajar dalam tiga filem Korea di atas sama-sama mempunyai pengakhiran yang tragis.

Baca lagi: 5 Filem Korea Tentang Dunia Remaja dan Kanak-Kanak, Kisah Menyayat Hati dan Penuh Inspirasi
Baca juga: 5 Filem Korea Menarik yang Diangkat dari Novel Terkenal, Semua Keluaran 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here