Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 4 Perkara Menarik Tentang Cinderella at 2AM, Seumpama Kisah Dongeng

4 Perkara Menarik Tentang Cinderella at 2AM, Seumpama Kisah Dongeng

0

Drama Korea Cinderella at 2AM telah rasmi ditayangkan secara perdana pada Sabtu 24 Ogos 2024. Drama dengan genre komedi romantik ini diarahkan oleh Seo Min Jung dan merupakan adaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama.

Kisah drama ini menyoroti tentang hubungan asmara antara Ha Yeon Seo (Shin Hyun Bin) dan Seo Joo Won (Moon Sang Min).

Walau drama ini bukan satu-satunya drama Korea romantik pada bulan ini, Cinderella at 2AM mempunyai sisi menarik tersendiri. Perkara ini tentu akan membuatkan penonton tertarik untuk menambahkan drama ini dalam senarai drama yang perlu ditonton.

 

1. Kisah asmara ala dongeng dengan sisi lebih realistik

Cinderella at 2AM

Melihat pada tajuk drama ini, tentu sahaja para peminat Kdrama akan teringat pada dongeng popular yang telah dikenali di seluruh pelusuk dunia. Namun, penonton tidak perlu bimbang kerana drama Korea Cinderella at 2AM ini tentu sahaja akan menyajikan perkara menarik lain yang lebih unik.

Penonton akan menyaksikan bagaimanakah watak Yeon Seo yang bersikap realistik selepas mengetahui bahawa kekasihnya adalah anak keluarga chaebol. Semasa ibu Joo Won meminta Yeon Seo menjauhi anaknya, dia membuat pilihan yang lebih realistik dengan mengambil wang yang diberikan ibu lelaki itu.

Yeon So mengambil wang tersebut untuk menanggung adiknya dan berjanji akan putus dengan Joo Won dalam jangka masa dua bulan. Tentu sahaja, pilihan ini kelihatan luar biasa dan mengejutkan, tetapi perkara ini juga yang menarik perhatian penonton untuk mengetahui bagaimanakah nasib hubungan Yeon Seo dan Jo Woon.

 

2. Menampilkan watak wanita yang kuat hati dan boleh berdikari

4aea79cd cfb9 42c6 92bb 4ddc02ab618d

Perkara lain yang menarik tentang Kdrama Cinderella at 2AM ini ialah menampilkan watak wanita kuat semangat dan boleh berdikari. Watak tersebut ditampilkan melalui Yeon Seo. Dia tidak mempunyai personaliti dan sikap yang lemah ketika menghadapi kenyataan hidup termasuk semasa ibu Joo Won tidak memberi restu atas hubungan cintanya.

Yeon Seo digambarkan sebagai seorang wanita yang bekerja keras sehingga dapat mencapai jawatan ketua pasukan di pejabatnya. Dia tidak pernah meletakkan kebahagiaan pada sesiapa pun. Selain itu, Yeon Seo juga menunjukan sikap berani dalam mengambil keputusan yang tentu sahaja keputusannya telah difikirkan secara logik dan realistik.

 

3. Mengangkat tema ‘noona romance’

2700e415 7a7c 4c9d b34d c11658979933

Drama Korea Cinderella at 2AM mengusung tema noona romance atau kisah asmara antara seorang wanita yang berusia lebih tua berbanding pasangannya. Jarak usia antara Yeon Seo dan Joo Won dapat dilihat dari pengalaman kerja mereka. Mereka berada dalam pasukan yang sama.

Sementara Yeon Seo sudah memegang jawatan sebagai ketua pasukan, Joo Won pula baru merintis kerjaya sebagai pekerja baru dalam pasukan mereka. Walau bukan drama Korea noona romance pertama, tetapi Cinderella at 2AM mampu menyajikan cerita segar melalui elemen komedinya.

Penonton juga akan dipersembahkan tentang bagaimana Yeon Seo dan Joo Won menjalani hubungan dengan mengabaikan jarak usia di antara mereka. Mereka menunjukkan jalinan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan tidak mengenali siapa yang lebih tua atau muda.

 

4. Tampilkan cerita menarik tentang keluarga chaebol

91a5c857 98c7 4d37 b175 1f6630619270

Perkara yang biasanya sangat menarik perhatian peminat drama Korea adalah kisah mengenai keluarga chaebol atau konglomerat. Penonton akan melihat sikap positif anak bongsu keluarga chaebol iaitu Joo Won. Dia bukanlah anak yang manja tetapi anak yang sangat matang.

Menariknya, Joo Won berpura-pura menjadi pekerja biasa dan tidak menunjukkan bahawa dia sebenarnya pewaris kepada pemilik syarikat. Tidak hairanlah jika Yeon Seo sangat terkejut apabila mengetahui kekasihnya adalah anggota keluarga chaebol. Walau Yeon Seo berusaha menjauhkan diri, Joo Won dengan sikap gentleman terus memperjuangkan cinta mereka.

Keempat-empat perkara menarik Cinderella At 2AM ini menunjukkan bahawa drama yang dibintangi oleh Shin Hyun Bin dan Moon Sang Min ini sangat berbaloi untuk ditonton. Selain menampilkan cerita yang lebih segar, drama ini juga sangat ringan bagi anda yang benar-benar ingin berehat dan bertenang dengan menonton drama Korea. Jangan lupa untuk menonton drama ini di Viu ya!

Baca lagi: Kdrama Rom-com “Cinderella at 2AM” Menampilkan Moon Sang Min Sebagai Lelaki Green Flag
Baca juga: “Possessed Love” Siri Realiti Temu Janji Baharu yang Viral, 8 Penilik Nasib Muda Mencari Cinta Baru?