Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Your Honor: 7 Masalah Dalaman Keluarga Woo One Group, Saling Bermusuhan

Your Honor: 7 Masalah Dalaman Keluarga Woo One Group, Saling Bermusuhan

0

Woo One Group dalam drama Korea Your Honor merupakan sebuah syarikat yang paling berpengaruh di Korea Selatan. Mereka sangat berpengaruh dan terkenal dan selalu mendapat perhatian media kerana syarikat yang diketuai oleh Kim Gang Heon (Kim Myung Min) ini mengawal semua sistem undang-undang yang ada di Korea Selatan.

Oleh sebab itulah, hakim hebat dan jujur seperti Hakim Song Pan Ho (Son Hyun Joo) juga amat takut dengan sosok Kim Gang Hoon. Selepas kes langgar lari yang meragut nyawa Kim Sang Hyeon (Shin Ye Chan) anak kedua kepada Kim Gang Heon, terdapat banyak keretakan dalam keluarga pemilik Woo One Group.

Mereka bukannya bersatu untuk mencari orang yang bertanggungjawab meragut nyawa Kim Sang Hyeon, setiap ahli keluarga mempunyai masalah dalaman serta konflik yang mengeruhkan lagi keadaan.

Ingin tahu? Berikut ini tujuh masalah dalaman dalam keluarga pemilik Woo One Group dalam drama Korea Your Honor, mari sama-sama kita lihat!

 

 

Your honor1. Semasa kematian Sang Hyeon, Ji Young (isteri Gang Hoon) tanpa asal usul menuduh bahawa Sang Hyuk (anak sulung Gang Hoon yang juga anak tiri Ji Young) merupakan orang yang bertanggungjawab yang merupakan dalang kes langgar lari itu

 

 

8b69c29a 11bd 4881 95a3 bffa58d79d1e2. Tuduhan dilemparkan kerana Ji Young mengetahui bahawa anak tirinya itu telah banyak kali melakukan kejahatan dan jenayah hanya dengan didorong oleh perasaan benci dan amarah yang meluap-luap

 

7fc7c916 611a 4b59 8af2 5f46168c09d53. Oleh sebab sakit hati dituduh dengan melulu, Sang Hyeok ingin membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Dia akhirnya membunuh orang yang tidak bersalah

 

 

IMG 03184. Sang Hyeok disyaki membakar rumah Sang Taek, suspek utama dalam kes langgar lari Sang Hyeon. Oleh sebab itu dia terpaksa berdepan dengan amarah Gang Heon, ayahnya sendiri. Selain itu dia juga mengecewakan ayahnya apabila dia membunuh Sang Taek dan ingkar perintah ayahnya

 

 

IMG 0312 15. Gang Heon yang marah telah menampar anaknya itu dan memaksa agar Sang Hyeok kembali ke Amerika Syarikat supaya dia tidak melakukan huru hara lagi

 

IMG 0317

6. Sangat licik, Ji Young yang mengetahui maklumat tentang Sang Taek juga mengeruhkan keadaan dengan masuk campur dalam segala perkara

 

IMG 0314 1

7. Oleh sebab perkara ini, hubungan Ji Young dengan Gang Heon semakin merenggang. Semuanya kerana tindakan Ji Young yang lebih mengeruhkan keadaan

Demikian tujuh masalah dalaman dan konflik dalam keluarga pemilik Woo One Group dalam drama Korea Your Honor. Walau mereka memiliki segala-galanya, sebenarnya keluarga itu kurang kehangatan kasih sayang di dalamnya. Bagaimanakah agaknya sambungan cerita Your Honor seterusnya ya?

Baca lagi: Your Honor Makin Mendebarkan, Tuan Hakim Gagal Pertahankan Anaknya?
Baca juga: Anaknya Dibiarkan Mati dalam Your Honor: Apakah Tindakan Kim Gang Heon Demi Mencari Pembunuh Anaknya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here