Pelbagai cara dilakukan oleh para pencipta filem thriller untuk menyampaikan cerita dalam filem yang mereka hasilkan. Salah satunya adalah dengan menampilkan dialog para pelakon yang kompleks dan berkesinambungan.
Namun, dialog yang berat bukan satu-satunya jalan untuk mencipta filem yang berkualiti. Banyak filem thriller yang menggunakan dialog yang kurang atau minimum sebagai nilai dan tarikan utama mereka. Penggunaan dialog yang sedikit tersebut ternyata mampu menambah suasana tegang dalam filem-filem thriller di bawah ini.
Anda ingin tahu senarai filem-filem thriller tersebut? Mari lihat dibawah ini ya!
1. Sesuai dengan tajuknya, A Quiet Place (2018) mengajak penonton untuk tidak bersuara hingga filem berakhir kerana suasana tegang yang ditampikan dalam filem tersebut, bersuara bermakna mempertaruhkan nyawa!
2. Seorang vampire memburu lelaki yang tidak menghormati wanita dalam A Girl Walks Home Alone at Night (2014). Thriller dan seram bergabung menjadi satu!
3. Selepas pindah rumah ke tengah-tengah hutan, seorang penulis yang mempunyai masalah pendengaran dan juga tidak boleh bercakap perlu menghadapi gangguan pembunuh bertopeng dalam Hush (2016)
4. Leonardo DiCaprio terpaksa bertahan hidup sendirian di tengah hutan belantara yang dihujani salji selepas diserang beruang dalam The Revenant (2015)
5. Meneruskan kisah filem pertamanya, A Quiet Place Part II (2020) menampilkan kisah perjuangan keluarga Emily Blunt yang mencari bantuan untuk bertahan hidup
6. Scarlett Johansson membawa watak sebagai alien pemangsa manusia dalam filem sains fiksyen, Under the Skin (2013). Terlalu ngeri!
7. Dibintangi oleh Ryan Gosling dan Oscar Isaac, Drive (2011) menampilkan usaha seorang pemandu yang terperangkap dalam masalah selepas membantu jirannya
8. The Descent (2005) mengisahkan tentang para penjelajah yang terperangkap dalam gua dan perlu berhadapan dengan raksasa yang sangat sensitif dengan suara dan bunyi
9. Elizabeth Olsen mengalami gangguan mengerikan ketika sedang bercuti di kampung bersama ayah dan bapa saudaranya dalam Silent House (2011)
10. Tom Hanks terdampar di sebuah pulau terpencil dan perlu bertahan hidup sendirian dalam sebuah filem yang sangat meruntun emosi, Cast Away (2000)
Walau mempunyai tema dan plot yang berbeza-beza, filem-filem thriller di atas ini secara luar biasa berjaya membuktikan bahawa dialog panjang bukan satu-satunya cara untuk menyampaikan cerita yang menegangkan.