Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Black Out Sajikan Plot Twist Berlapis-Lapis, Banyak Kejutan Untuk Kes Pembununah

Black Out Sajikan Plot Twist Berlapis-Lapis, Banyak Kejutan Untuk Kes Pembununah

0

Kes pembunuhan dua orang gadis di Kampung Mucheon dalam drama Korea Black Out masih belum terungkap. Go Jeong Woo (Byun Yo Han) masih terus dianggap sebagai pembunuh walau dia bukan pembunuh sebenar.

Perkara itu jelas membuatkan Jeong Woo dan keluarganya menderita dan malu. Jeong Woo mula mencari pelbagai bukti yang akan membersihkan namanya.

Pada episod 5 dan 6 drama Korea Black Out, telah terungkap pelbagai petunjuk baru dan kejutan mengenai kes pembunuhan di Kampung Mucheon.

Jadi, apakah kejutan dan petunjuk baru kes pembunuhan dalam Black Out? Mari kita lihat ulasan dibawah ya!

 

Black out1. Terdapat kekeliruan tentang urutan masa dalam kes pembunuhan. Perkara ini mengungkap tentang kebenaran pembunuh Da Eun dan Bo Young adalah orang berbeza atau mungkin sebuah komplot

 

IMG 0768

2. Hasil siasatan forensik rangka mayat Bo Young menunjukkan bahawa adanya kemungkinan terjadinya serangan seksual. Namun, dapatan siasatan ini menjadi bukti tidak langsung

 

7d1492f8 0623 48b3 800b f4ffa6e2d22e

3. Sosok Geon Oh, anak kepada Goo Tak juga disyaki dalam kes Bo Young kerana dia menanam beg Bo Young yang selama 11 tahun ini belum lagi ditemui

 

997b10b3 f1af 4470 b43c 7dece4215f4a

4. Kehadiran Geon Oh cukup mengejutkan. Goo Tak, Byeong Mu dan ayahnya, serta Min Soo dan ayahnya yang disyaki dalang sebenar kematian Bo Young tampak cemas

 

1ce1c883 ee25 4735 9939 eef363ed6acd

5. Goo Tak secara tiba-tiba naik pangkat selepas kes Bo Young dan Da Eun. Ini bukti kukuh bahawa Goo Tak mempunya kelebihan atas kematian dua gadis tersebut dan dia juga turut campur tangan atas tuduhan kejam terhadap Jeong Woo sebagai pesalah

 

0fcc236c 5c54 41a9 b62f e0ae416ffe5c

6. Menariknya, Goo Tak dinaikkan pangkat oleh isteri kepada Park Hyeong Sik. Sementara itu Hyeong Sik adalah sosok yang disyaki sebagai pembunuh Da Eun

 

280ea242 00c1 4f19 90a1 2db0cf1a3a87

7. Kebenaran yang mengejutkan, Hyeong Sik pernah menjalin hubungan terlarang dengan Da Eun. Dia dan Da Eun telah bertemu sebanyak lebih dari 14 kali

 

399a86da e688 49a8 81a2 24407768188c

8. Penglibatan Hyeong Sik dalam kes Da Eun dikuatkan lagi dengan perbualan dengan isterinya. Mereka seolah-olah pernah menutup kes kematian 11 tahun lalu

Walau telah terungkap petunjuk baru bagi kes pembunuhan dalam drama Black Out, jalan Jeong Woo untuk membuka kembali kesnya ternyata masih menemui pelbagai rintangan dan amat sukar. Adakah bakal ada orang yang mampu membantu Jeong Woo untuk membersihkan namanya nanti?

Baca lagi: Lee Joon Gi Bakal Menemui Peminat di Kuala Lumpur 22 September 2024
Baca juga: Rating “Black Out” Meningkat, Manakala “Good Partner” Adalah Rancangan Paling Banyak Ditonton Sepanjang Minggu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here