Populariti dan rating selalu menjadi faktor utama dalam menonton Kdrama. Namun, tidak semua penonton mengutamakan kedua-dua perkara tersebut.
Ada juga penonton yang tetap menyukai jalan cerita drama yang jarang dibahaskan dan mendapat rating yang tidak terlalu memuaskan.
Seperti tujuh Kdrama underrated di bawah ini, walau tidak sepopular drama lain, tetapi tetap mempunyai jalan cerita yang menarik dan berbaloi untuk ditonton.
1. Run On
Kdrama yang dibintangi Im Si Wan dan Shin Sae Kyung ini mempunyai jalan cerita yang ringan, namun tidak membosankan. Ki Seon Gyeom (Im Si Wan) adalah seorang atlet lumba lari dan jatuh cinta pada Oh Mi Joo (Shin Sae Kyung), penterjemah peribadinya.
Kdrama Run On banyak menampilkan pesanan moral yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Melalui drama ini, anda akan belajar tentang pentingnya mencintai diri sendiri supaya tetap dapat menjalin hubungan yang sihat dengan pasangan.
2. How To Be Thirty
Kdrama ini menceritakan tentang kisah percintaan wanita di usia 30-an. Walau tidak sepopular drama lain, How To Be Thirty sarat dengan makna dengan cerita yang dikemaskan secara menarik dalam durasi yang singkat.
Seo Ji Won (Jung In Sun) bertemu kembali dengan Lee Seung Yoo (Kang Min Hyuk), cinta pertamanya sewaktu di sekolah. Mereka rasmi menjalin hubungan cinta. Namun, hubungan mereka menjadi rumit kerana mereka belum cukup dewasa dan tidak boleh mengatasi masalah masing-masing.
3. Misaeng: Incomplete Life
Kdrama Misaeng: Incomplete Life mampu meraih rating 10 peratus di negara asalnya. Namun, di luar korea drama ini sangat underrated dan jarang dibicarakan. Drama berjumlah 20 episod ini menceritakan tentang perjuangan untuk tetap boleh bekerja di syarikat.
Jang Geu Rae (Im Si Wan) sudah bermain baduk sejak kecil. Sayangnya, dia gagal menjadi pemain profesional. Melalui kenalannya, dia bekerja di syarikat One International sebagai pekerja pelatih. Geu Rae yang bukan lulusan universiti sering mendapat penghinaan kerana dianggap hanya menggunakan orang dalam.
4. Just Between Lovers
Lee Joon Ho dan Won Jin Ah membintangi drama ini, Kdrama Just Between Lovers menceritakan tentang perjuangan amngsa yang selamat dari musibah runtuhqn bangunan yang memiliki trauma. Lee Gang Doo (Lee Joon Ho) terpaksa hidup dibebani hutang kerana kakinya cedera dan ayahnya meninggal dunia dalam runtuhan.
Ha Moon Soo (Won Jin Ah) juga menjadi mangsa tragedi tersebut dan terus merasa bersalah kerana dia selamat sedangkan adiknya meninggal dunia. Mereka kembali bertemu dan cuba melawan rasa trauma tersebut bersama-sama.
5. Search: WWW
Kdrama ini menceritakan tentang persaingan di syarikat portal web yang diketuai oleh wanita berani dan kompetitif. Bukan hanya membahaskan secara terperinci tentang perniagaan portal web, drama ini juga menceritakan kisah Bae Ta Mi (Lim Soo Jung), Song Ga Gyung (Jeon Hye Jin), Cha Hyun (Lee Da Hee) yang unik dan tidak membosankan.
Kisah cinta yang rumit, politik di syarikat, masalah perkahwinan, persaingan di syarikat, hingga masalah keluarga semuanya diceritakan secara lengkap dalam drama ini dan pasti tidak akan membuatkan bosan.
6. One Spring Night
Jarang dibicarakan oleh orang ramai, Kdrama yang dibintangi oleh Jung Hae In dan Han Ji Min ini mengusung konflik percintaan antara orang dewasa yang rumit. Yu Ji Ho (Jung Hae In) adalah bapa tunggal yang bekerja sebagai ahli farmasi.
Konflik bermula ketika Yu Ji Ho jatuh cinta pada Lee Jeong In (Han Ji Min) seorang pustakawan yang sudah mempunyai kekasih. Bukan hanya konflik antara watak utama, penonton juga akan dibuai emosi dengan konflik watak-watak lain yang cukup menarik.
7. Missing Nine
Kdrama Missing Nine yang dibintangi oleh Jung Kyung Ho dan Baek Jin Hee ini menceritakan tentang nahas kapal terbang yang menimpa sembilan orang mangsa dari Legend Entertainment ketika mereka mahu mengadakan konsert. Semua penumpang selamat dan terperangkap di sebuah pulau yang tidak berpenghuni.
Konflik bermula apabila setiap watak mula mengalami kesukaran untuk meneruskan hidup dan sering bertengkar. Satu demi satu kejadian tidak terduga terjadi di setiap episod dan tentu sahaja membuatkan penonton merasa tegang dan terus tertanya-tanya.
Walau tidak sepopular drama lain, jalan cerita semua Kdrama di atas tetap menarik dan tidak membosankan untuk ditonton. Selamat menonton ya!