Home K - Pop Girls Generation Yuri Menentang Hacker Di Instagramnya

Girls Generation Yuri Menentang Hacker Di Instagramnya

0

Baru- baru ini Yuri Girls Generation telah berkongsi masalah tentang Instagramnya yang telah digodam.

yuri 3

Pada 4 Februari, dia membuat ‘story’ menyatakan kekecewaanya terhadap perkara itu. Dia memaparkan 2 gambar, memberi isyarat bahawa seseorang telah menggodam akaun miliknya dan malah telah mengikuti satu akaun (tanpa Yuri sedari).

Dia menulis, ” Siapa yang melakukan ini? Kenapa tiba tiba sahaja keluar gambar yang saya sendiri tidak tahu? Kenapa saya mengikuti akaun itu?” Kemudian dia menambah,” Tolong jangan sentuh [akaun saya]! Jangan menggodamnya! “

1 1

Kemudian, dia menunjukkan akaun pertama di dalam senarai akaun yang baru diikuti, sambil berkata,

” Siapa yang buat benda ini? Ini mengecewakan; kenapa awak sesuka hati buat apa yang awak nak (dengan akaun saya)? Menggodam ini menyeramkan. Awak masuk (dalam akaun) tanpa saya tahu dan mengikuti akaun seseorang yang saya tidak tahu. Awak tahu tak yang tindakan awak ini dikira mencuri?”

2 1

Dah baca jangan lupa like, share dan komen yang baik- baik. Terima Kasih.

Sumber: Soompi