Drama Korea Good Partner banyak menampilkan watak suami-suami dengan ciri-ciri yang tidak baik atau negatif yang perlu dihindari oleh para wanita supaya tidak mengalami nasib malang dalam perkahwinan.
Watak suami-suami ini mempunyai sifat dan perangai yang sangat negatif hingga membawa penderitaan kepada isteri dan anak-anak mereka.
Baca juga: “Good Partner” Ditulis oleh Peguam Perceraian Sebenar, Menggabungkan Pakatan Hebat Jang Na Ra dan Nam Ji Hyun
Jika anda menonton drama Good Partner pasti anda mengetahui dan mengingati watak-watak suami yang dayus ini, siapakah mereka?
Berikut ini adalah senarai watak-watak suami yang sangat menyakitkan hati dalam drama korea Good Partner!
1. Kim Ji Sang (Ji Seung Hyun) telah terbukti curang, tapi dia tetap menyalahkan isterinya atas perbuatannya ini. Sanggup membuat anaknya menderita!
2. Park Jong Sik (Jang Hyuk Jin) juga curang, lebih teruk lagi dia menyuruh anaknya untuk menutup rahsia kecurangannya ini di mahkamah
Baca lagi: Choi Sa Ra Mendapat Balasan Kerana Menjadi Perempuan Penyondol dalam Good Partner
3. Han Myung Jong (Lee Yoon Gun), sanggup meninggalkan isteri dan anaknya, Han Yu Ri (Nam Ji Hyun) hanya demi perempuan simpanannya
4. Park Min Seok (Han Eun Sung) curang dengan sahabat isterinya sendiri dan tanpa belas kasihan dia sanggup mengambil hak jagaan anak mereka
5. Suami Park Jin Sook (Kim Hak Sun) terus melakukan kekerasan dan keganasan dalam rumah tangga tetapi tidak mahu menceraikan isterinya itu
6. Kim Ho Seok (Ko Gun Han) yang merupakan seorang penganggur langsung tidak mahu membantu isterinya dalam menguruskan anak kembar mereka
7. Park Chan Seong (Bae Yoo Ram) pula tanpa hati perasaan sanggup berlaku curang semasa isterinya sedang hamil tetapi menolak untuk menceraikan isterinya tersebut
Baca juga: Rating “Black Out” Meningkat, Manakala “Good Partner” Adalah Rancangan Paling Banyak Ditonton Sepanjang Minggu
8. Kim Young Chul (Lee Han Wi), selalu mengarah-arahkan isterinya dan melayan isterinya seperti pembantu rumah untuk melakukan perkara-perkara kecil yang boleh dilakukannya sendiri
9. Kim Hoon (Lee Si Un), sanggup meminta isterinya menjadi umpan untuk memikat lelaki lain supaya mereka boleh menipu dan memperdaya mangsa mereka dengan dakwaan mengganggu rumah tangga dan memeras ugut duit mangsa mereka
10. Chun Hwan Seo (Kwak Si Yang) yang terus melakukan keganasan rumah tangga dan menolak menceraikan isterinya, hingga akhirnya dia membunuh wanita malang itu
Para suami yang sangat teruk dalam institusi perkahwinan dalam drama Korea Good Partner ini kebanyakannya telah melakukan kekerasan fizikal dan emosional serta tidak setia terhadap pasangan mereka. Akhirnya sikap negatif ini bukan hanya membawa luka yang mendalam bagi pasangan mereka, tapi juga penderitaan bagi anak-anak mereka. Sangat menyedihkan bukan?