Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 3 Teori Ending Queen Woo, Siapakah Raja Baru dan Bagaimanakah Nasib Bal...

3 Teori Ending Queen Woo, Siapakah Raja Baru dan Bagaimanakah Nasib Bal Gi?

0

Drama Korea Queen Woo telah meraih perhatian sejak ditayangkan pada 29 Ogos 2024 baru-baru ini platform penstriman Viu. Bertemakan saeguk, drama Queen Woo diangkat dari catatan sejarah Samguk Sagi iaitu legenda mengenai Ratu Woo.

Drama Queen Woo ialah tentang perebutan kuasa semasa Dinasti Goguryeo. Viu baru sahaja menyiarkan episod 1 hingga 4 dan 4 episod akhir akan disiarkan pada 12 September 2024.

Seperti yang diketahui, suami Ratu Woo Hee (Jeon Jong Seo) baru sahaja meninggal dunia selepas Go Nam Mu/Raja Gogukcheon (Ji Chang Wook) diracun hingga mati. Untuk mengekalkan kuasanya, dia terpaksa mengahwini adik beradik Raja Gogukcheon dalam masa 24 jam.

IMG 1889 2

Ratu Woo Hee mempunyai empat putera untuk dipilih, yang kesemuanya adalah adik-beradik Raja Gogukcheon. Pertama ialah abang Nam Mu yang merupakan putera mahkota yang tersingkir, Pae Ui (Song Jae Rim).

Kedua ialah Putera Ketiga Go Bal Gi (Lee Soo Hyuk) yang merupakan adik kepada Nam Mu. Kemudian ketiga ialah Putera Keempat Yeon U (Kang Young Seok). Akhirnya terdapat Putera Kelima Gye Su (Jung Jae Kwang).

Pada episod 1 hingga 4, penonton telah diajak untuk berteka-teki tentang siapakah yang bakal dikahwini oleh Ratu Woo untuk mempertahankan takhtanya.

Meninggalkan para penonton dengan tanda tanya, berikut ini adalah beberapa perkara yang perlu dirungkaikan di 4 episod terakhir drama Korea Queen Woo. Mari kita lihat!

1. Siapakah yang akhirnya dikahwini oleh Ratu Woo?

IMG 1907 scaled

Penonton ditinggalkan untuk berteka-teki adakah Ratu Woo berjaya ke lokasi Go Gye Su setelah melarikan diri dari rumah Go Bal Ki. Go Bal Ki pula sudah memasang angan-angan untuk naik takhta menjadi raja hingga sanggup membunuh isterinya sendiri.

Ratu Woo Hee enggan mengahwini Pae Ui. Dia juga tidak berkahwin dengan Bal Gi kerana sifat kejam putera itu. Kini pilihannya ialah Yeon U atau Gye Su. Sementara itu, pelbagai pihak juga cuba menggagalkan Ratu Woo Hee dengan menyingkirkannya, malah membunuhnya.

Bahagian terakhir nanti pasti ada jawapan tentang siapakah yang akhirnya dikahwini oleh Ratu Woo.

Jika mengikut catatan sejarah Samguk Sagi, Ratu Woo memang menutup kematian suaminya. Ratu Woo juga pergi berjumpa Go Balk Ki, tetapi kecewa dengan sikap kurang ajarnya.

Akhirnya Ratu Woo berkahwin dengan Go Yeon Woo yang kemudian diangkat menjadi Raja Sansang. Namun, Ratu Woo dan Go Yeon Woo tetap tidak mempunyai keturunan.

Yeon Woo mendapat keturunan dari seorang gundik, Ratu Woo cemburu dan tidak gembira dengan kelahiran putera raja tersebut.

2. Adakah Ratu Woo berjaya mempertahankan takhtanya?

IMG 1904

Tujuan utama Ratu Woo berkahwin dengan adik suaminya yang sudah meninggal dunia adalah untuk mempertahankan takhta. Selain itu, Ratu Woo juga perlu menjaga kaum kerabatnya agar tetap mempunyai kedudukan yang selesa dalam kerajaan.

Maka, episod terakhir pasti menjelaskan adakah Ratu Woo berjaya bertahan ataupun tidak.

Mengikut sejarah, Woo Hee tetap menaiki takhta sebagai Ratu selepas berkahwin dengan Go Yeon Woo. Hingga akhir hayatnya, Ratu Woo berjaya mempertahankan kedudukannya dalam istana dan kerajaan.

3. Bagaimanakah nasib Go Bal Ki?

Queen woo

Watak Go Bal Ki adalah sangat bengis dan keji, dia juga kurang ajar kepada Ratu Woo. Selepas mengetahui abangnya meninggal dunia, Go Bal Ki mencari cara untuk berkahwin dengan Ratu Woo supaya dia boleh menjadi raja. Namun, adakah Go Bal Ki berjaya menaiki takhta dan menjadi raja?

Dalam catatan sejarah, ketika Go Bal Ki mendengar Go Yeon Woo menjadi raja, dia sangat marah dan dipenuhi hasad dendam. Go Bal Ki lalu berusaha untuk menyerang Goguryeo menggunakan ribuan askar. Namun, Go Yeon Woo menghantar adiknya, Go Gye Su, untuk menghentikan Go Bal Ki.

Go Bal Ki lantas mula menyedari kesalahan besarnya atas pemberontakannya terhadap kerajaan selepas Go Gye Su memarahinya. Malu atas sikapnya, Go Bal Ki lalu melarikan diri ke Baecheon dan memutuskan untuk mengakhiri hidupnya.

Semua persoalan di atas perlu terjawab dan terungkai di 4 episod akhir Queen Woo yang akan ditayangkan pada 12 September ini. Adakah jalan ceritanya bakal melencong dan diubah atau sama seperti catatan sejarah? Nantikan dan strim hanya di Viu!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: Gila Kuasa, 9 Puak dalam Kdrama Queen Woo Yang Terlibat dalam Perebutan Kuasa
Baca juga: 5 Sebab Mengapa Drama Korea ‘Queen Woo’ Sangat Dinantikan, Pertarungan Epik Merebut Takhta