tvN memang dikenali sebagai stesen televisyen yang selalu menyajikan drama Korea yang menyesakkan dada dengan ending sedih. Walau beberapa drama berakhir bahagia, tapi pasti ada sahaja watak yang mendapat nasib tragis, lebih teruk lagi watak mereka dimatikan.
Pernah viral dan membuatkan penonton trauma dengan nasib Hong Hae In dalam Queen of Tears, sekarang para peminat patah hati memikirkan penyakit Baek Seok Ryu dalam Love Next Door pula.
Berikut ini adalah 7 drama Korea yang berani menampilkan plot tragis penuh trauma dan membuatkan para penonton mengamuk serta tidak puas hati!
1. Love Next Door
Love Next Door ditayangkan secara perdana pada 16 Ogos 2024 serta boleh anda tonton di Netflix. Episod 8 drama Korea ini sedang menjadi perbincangan hangat para penonton kerana mereka membahaskan sebab musabab Bae Seok Ryu (Jung So Min) meletakkan jawatan.
Baek Seok Ryu rupa-rupanya menghidap penyakit kanser perut tahap 2. Bahkan tiga tahun yang lalu, semasa berada di Amerika Syarikat, dia pernah menjalani pembedahan.
2. Queen of Tears
Queen of Tears ditayangkan secara perdana pada 9 Mac 2024. Jumlah 16 episod sudah boleh anda tonton di Netflix. Drama Korea ini mengisahkan tentang suami isteri, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan Hong Hae In (Kim Ji Won) yang sedang mengalami krisis rumah tangga.
Masalah semakin meruncing selepas Baek Hyun Woo mengetahui bahawa isterinya menghidap penyakit cloud cytoma yang menyerang otak. Walau penuh kisah sedih, drama Korea ini ditutup dengan pengakhiran bahagia.
3. Under the Queen’s Umbrella
Under the Queen’s Umbrella ditayangkan di Netflix pada 15 Oktober, serta mempunyai 16 episod semuanya. Drama Korea ini mengisahkan tentang permaisuri Im Hwa Ryeong (Kim Hye Soo) yang perlu menguruskan masalah kelima-lima puteranya.
Puncak masalah dalam drama Korea ini adalah semasa Putera Mahkota (Bae In Hyuk) meninggal dunia. Permaisuri Hwa Ryeong perlu melindungi keempat-empat puteranya dan suaminya dari kejahatan Bonda Permaisuri (Kim Hae Sook) yang kejam.
4. Twenty Five Twenty One
Jika melihat beberapa episod awal, penonton tentu menyangka Twenty Five Twenty One (2024) hanya drama age of youth yang biasa-biasa sahaja. Drama Korea ini ditayangkan pada 12 Februari 2024. Anda boleh menonton 16 episod drama ini di Netflix.
Kisah asmara Na Hee Do (Kim Tae Ri) dan Nam Joo Hyuk (Baek Yi Jin) menarik untuk diikuti. Sayangnya, kisah cinta atlet lawan pedang dan wartawan ini tidak seindah cerita khayalan.
5. Hi Bye, Mama!
Hi Bye, Mama! ditayangkan secara perdana pada 22 Februari 2020. Anda boleh menonton 16 episod drama Korea ini di platform striming Netflix. Hi Bye, Mama! (2024) mengisahkan tentang Cha Yu Ri (Kim Tae Hee) yang sudah menjadi hantu selama 5 tahun.
Cha Yu Ri mendapat peluang untuk menjadi manusia selama 49 hari dan bertemu kembali dengan keluarganya. Ramai penonton yang sedih menyaksikan jalan cerita drama ini, drama ini menonjolkan dilema dalam membuat pilihan yang menyakitkan dan sukar!
6. Crash Landing on You
Crash Landing on You mempunyai jumlah 16 episod dan boleh ditonton di Netflix. Drama Korea ini ditayangkan secara perdana pada 14 Disember 2019 dan mengisahkan tentang Yoon Se Ri (Son Ye Jin), anak konglomerat Korea Selatan yang terdampar di Korea Utara.
Kisah cinta Yoon Se Ri dan Ri Jeong Hyeok (Hyun Bin) tidak berjalan lancar. Selain itu, pasangan kedua iaitu Seo Dan (Seo Ji Hye) dan Gu Seung Jung (Kim Jung Hyun) juga gagal meneruskan hubungan cinta.
7. Mr. Sunshine
Mr. Sunshine boleh ditonton di Netflix. Mempunyai jumlah 24 episod semuanya, drama Korea ini ditayangkan secara perdana pada 7 Julai 2018. Drama Korea ini berlatarkan Korea Selatan pada tahun 1871, semasa Amerika dan Jepun menjajah.
Menyajikan kisah cinta Go Ae Shin (Kim Tae Ri) dan Eugene Choi (Lee Byung Hun) yang membantu kemerdekaan Korea Selatan. Menjelang episod akhir, kedua-duanya mendirikan rumah tangga, tapi Eugene Choi meninggal dunia.
Semua drama Korea di atas memang menjadi perbincangan kerana plot cerita yang mengejutkan dan adegan sedih yang disajikan. Drama Korea manakah yang paling membuatkan anda geram?